1 a) Yang Berhormat Datuk Mustafaadalah
seorang anggota dewan rakyat. Beliau telah disabitkan di mahkamah atas suatu
kesalahan dan dihukum penjara selama tempoh tiga tahun. Datuk Mustafa telah
hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat kerana sabitan itu. Sampai
bilakah hilang kelayakan itu berkuatkuasa?
b) Encik Ahmad telah hilang kelayakan
menjadi anggota Dewan Rakyat atas sebab dia memegang Jawatan berpendapatan.
Tetapi dia dipilih menjadi anggota dewan tersebut. Bolehkah Encik Ahmad menjadi
anggota dewan itu?
c. Dalam satu mesyuarat Dewan Rakyat
yang Berhormat Encik Lim membuat tuduhan yang tidak benar terhadap
YangBerhormat Encik Gopal . Bolehkah yang Berhormat Encik Gopal membawa perkara
itu ke Mahkamah?
d. Bolehkah anggota yang tidak hadir
dalam mesyuarat Dewan Rakyat atau Dewan Negara mengundi?
e. Suatu rang undang-undang telah
diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bolehkah undang-undang
itu berkuatkuasa sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong memberikan persetujuannya?
2. a. A seorang wanita bangsa Australia
telahberkahwin dengan B seorang warganegara Malaysia. A telah menjadi
warganegara Malaysia dengan cara pendaftaran dibawah perkara 15(1)Perlembagaan
persekutuan. A Berjaya menuntut cerai dari B. A kemudiannya berkahwin dengan C
seorang warganegara Jepun dan menjadi warganegara Jepun. Bolehkah Kerajaan
Malaysia melucutkan kewarganegaraan A?
b. Puan Juriah berusia 18 tahun ketika
berkahwin dengan Encik Robert, warganegara Australia. 2 tahun kemudian Puan
Juriah telah mengikuti suaminya balik ke Australia dengan hasrat menetap
disana. Puan Juriah berhasrat untuk tidak lagi
menjadi rakyat Malaysia. Bolehkah Puan Juriah berbuat demikian?
3. Puan
Jamilah (gemulah) seorang pegawai berpencen telah bersara wajib daripada
jawatannya sebagai pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di kementerian
pertanian pada 1.6.96. Beliau telah meninggal dunia pada 15.8.98. berikutan
dari itu suami gemulah, Encik Jailani telah menerima pencen terbitan di bawah
sebseksyen 15(1)(a) akta pencen 1980. Namun begitu siasatan polis kemudiannya
membuktikan bahawa kematian gemulah adalah akibat diracun oleh suaminya
sendiri. Pada 15.12.98 Encik jailani telah mengaku salah atas pertuduhan “ mematikan orang dengan
salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang” di bawah seksyen
304 (Bahagian pertama) Kanun keseksaan dan dihukum penjara selama 12 tahun dari tarikh ditangkap
(7.12.98). Gemulah mempunyai 2 orang anak kandung yang masih bujang ( dan tidak
cacat atau hilang upaya) Jamal dan Jaharah, yang berusia 23 dan 19 tahun
masing-masing pada tarikh kematian gemulah.
a.
adakah Encik Jailani layak
menerima bayaran pencen terbitan setelah beliau disabitkan dan dihukum penjara
pada 15.12.98? berikan sebab-sebab anda.
b. Bolehkah anak-anak gemulah mendapat
pencen terbitan? Berikan sebab-sebab anda.
c. Bagaimanakah amaun pencen terbitan
di hitung?Nyatakan peraturan-peraturan yang berkaitan.
4. a. Bilakah seseorang pegawai sama ada
pegawai persekutuan atau pegawai Negeri boleh memohon untuk persaraan pilihan
sendiri?
b. Apakah fakta-fakta yang perlu
dipertimbangkan dalam menentukan kelayakan seseorang pegawai yang telah bersara
atas pilihan sendiri untuk menerima pencen dan bila pencen itu mula dibayar.?
Nyatakan seksyen-seksyen yang berkaitan
dalam jawapan anda.
c. Bagaimanakah kedudukan pencen
seseorang pegawai perempuan yang dilantik sebelum peruntukan mengenai persaraan
pilihan mula berkuatkuasa dan telanh bersara secara pilihan sendiri apabila
mencapai umur 40 tahun tetapi meninggal dunia sebelum mencapai umur 45 tahun?
5. a. Syarikat ABC telah menjalankan
perniagaannya sejak 3 tahun yang lalu dan mempunyai 50 orang pekerja. Pengurus
besar KWSP telah mengesyaki bahawa Syarikat ABC
telah gagal untuk membayar caruman terhadap beberapaorang pekerjanya.
Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada Syarikat
ABC bertanggungan untuk membayar caruman tersebut. Pengurus Besar KWSP telah
menyerahkan notis secara bertulis kepada Syarikat ABC.
i) Apakah tujuan notis secara bertulis
tersebut diserahkan kepada Syarikat ABC?
ii) Jika Syarikat ABC gagal eatuhi
kehendak notis bertulis tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas
Syarikat ABC?
b. Encik Rashid adalah merupakan Ahli
Lembaga KWSP. Di Dalam satu mesyuarat lembaga yang dihadirinya, lembaga telah
membauat perbincangan dan seterusnya bersetuju untuk membeli sebidang tanah di
Johor. Tanah tersebut sebenarnya adalah kepunyaan isteri Encik Rashid dan
perkara ini tidak diketahui oleh ahli-ahli lembaga yang lain.
i) Apakah tindakan yang sepatutnya
dilakukan oleh Encik Rashid sewaktu perbincangan tersebut diadakan.
ii) Jika gagal melakukan tindakan di (b)
(i) di atas, Encik Rashid telah melakukan satu kesalahan di bawak Akta KWSP
1991. Jika sabit kesalahan tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke
atas Encik Rashid.
6. a) Encik Devaraj seorang pencarum
kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau ingin menamakan ibu dan
isterinya sebagai penama bagi carumannya itu. Menurut isterinya, beliau hanya
boleh menamakan salah seorang daripada mereka. Adakah kenyataan isteri Encik
Devaraj itu betul atau tidak? Berikan alasan.
b) Encik Muthu seorang juruteknik di
Jabatan Kerja Raya telah bersara wajib pada 20 Januari 1999. Semasa membuat lawatan
ke India dalam bulan Mac 1999 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di
India. Bagi maksud untuk menuntut KWSPnya , bagaimanakah warisnya perlu
membuktikan kematian pegawai ini?
No comments:
Post a Comment