Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, June 13, 2014

KPSL N27 - CONTOH SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 2001


TAHUN 2001

1.       Encik Osman berumur 30 tahun telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan awam. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik secara tetap selama 4 tahun  dah baru disahkan dalam jawatan seminggu sebelum hari kematiannya.
Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berumur 2 tahun.

i)                    ADAKAH Encik Osman layak diberikan taraf seorang pegawai berpencen. Berikan Alasannya.
ii)                Balu dan anak perempuan Encik Osman juga layak diberikan  pencen Terbitan dan/atau apa –apa pampasan terbitan. Nyatakan sebabnya, tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan tersebut.
iii)             Nyatakan hal keadaan yang boleh menyebabkan pencen terbitan yang diterima oleh balu dan anak perempuan Encik Osman diberhentikan.


2.       Cik Samihah seorang Ketua kerani yang berkhidmat secara tetap di salah sebuah jabatan kerajaan telah mengalami kecederaan parah setelah terlibat dalam kecelakaan jalanraya semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat.

Kecederaan parah tersebut telah menyebabkan beliau lumpuh seluruh anggota badan dan setelah diperiksa oleh lembaga perubatan beliau dinasihatkan untuk bersara daripada perkhimatan awam. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan awam.

Cik Samihah masih belum berkahwin dan beliau tinggal bersama ibunya yang sudah tua, Beliau adalah anak tunggal dan beliau seoranglah yang menjaga dan memelihara dan memberi nafkah kepada ibunya secara sepenuhnya selepas kematian bapanya 10 tahun lalu.

Selepas 6 Tahun menghidap penyakit lumpuh , Cik Samihah meninggal dunia dengan meninggalkan ibunya yang sudah tua hidup keseorangan.

i)                    Jelaskan samaada Cik Samihah boleh diberikan pencen hilang upaya selepas persaraan beliau
ii)                   Jelaskan samaada ibu Cik Samihah boleh diberikan pencen tanggungan selepas anaknya meninggal dunia 6 tahun selepas menghidap penyakit lumpuh. Beri alasan
iii)                 Nyatakan hal keadaan yang boleh menyebabkan pencen tanggungan yang diterima oleh ibu Cik Samihahdiberhentikan.



3.       Negara Malaysia telah selamat melangsungkan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Yang baru. Kerajaan telah memerintahkan anda untuk memberi penerangan kepada Seri Paduka baginda tentang beberapa perkara yang berkaitan fungsi eksekutif yang dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Fokuskan penerangan anda kepada perkara-perkara berikut.
(a)                Peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam bertindak mengikut nasihat yang diberikan oleh Jemaah Menteri
(b)               Perkara-perkara Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya tanpa terikat dengan nasihat yang diberikan. Dan
(c)                Tatacara yang perlu diikuti dalam melantik Jemaah Menteri



4.       Pada tahun 1990, suatu perkahwinan telah dimeterai Antara Azhari seorang warganegara Indonesia dengan Lusia seorang warganegara Malaysia yang kemudiannya menetap di Dungun, Terengganu. Azhari telah menjadi seorang warganegara Malaysia pada tahun 2000 di bawah Perkara 16A, Perlembagaan Persekutuan. Pada tahun 2001, Azhari telah pergi ke Singapura dan secara terbuka menghina Persekutuan Malaysia dan mengatakan bahawa dia lebih cintakan Negara tersebut. Azhari juga telah melakukan suatu rompakan di Filipina tetapi telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
a.       Bolehkah kerajaan Malaysia melucutkan kewarganegaraan Azhari? Berikan justifikasi bagi jawapan anda
b.      Apakah tatacara yang perlu diikuti oleh kerajaan sebelum melucutkan kewarganegaraan Azhari?


5.            Shahron ialah ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yangtelah meninggal dunia pada tahun 2001 di Jordan . Sebagai warisnya yang berhak , Yassir bercadang untuk mengeluarkan amaun yang ada dalam Kredit Shahron di KWSP. Bagi maksud ini, Yassir telah meminta nasihat anda
                a)            Sila maklumkan Yassir dokumen-dokumen yang beliau perlu kemukakan kepada KWSP sebagai bukti kematian Sharon
                    b)            Apakah yang perlu dilakukan oleh Yassir bagi membuktikan kematian Sharon.
                  c)            Apakah tatacara yang perlu diikuti Yassir bagi mengeluarkan amaun yang ada dalam kredit Sharon di KWSP?

(Jawapan hendaklah berdasarkan kepada kaedah-kaedah KWSP 1991)




6.            Aisyah telah ditugaskan oleh syarikat rakamannya untuk membuat pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja-pekerja syarikat tersebut. Sila nasihat Aisyah berkenaan
                     a)            Cara pembayaran caruman yang perlu diikuti
                     b)            Pihak yang mana pembayaran caruman –caruman itu hendak dikemukakan dan
               c)            Tindakan yang perlu diambil oleh pihak penerima apabila menerima pembayaran caruman  tersebut
Sila nasihatkan Aisyah dengan merujuk Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja1991.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...