Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Sunday, June 9, 2013

SOALAN KPSL (BAHAGIAN 111: KOD 3001C)


BAHAGIAN 111 (KOD 3001C: UNDANG-UNDANG UMUM)
Mengandungi enam (6) soalan dan calon diminta menjawab empat (4) soalan sahaja dalam masa 2 jam.

Soalan 1
a)            Norika Fujiwara dilahirkan di Tokyo hasil pernikahan ibunya Puan Nana Ika seorang rakyat Malaysiadengan bapanya seorang jurutera syarikat multinasional warganagera Jepun. Pada 14 Februari 2012, ketika berusia 4 tahun, Norika Fujiwara telah dibawa kembali ke Malaysia oleh ibunya setelah bercerai dengan bapanya di Jepun. Puan Nana Ika telah membawa Norika Fujiwara ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya, memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya itu.

Sebagai seorang Pegawai Pendaftaran, jelaskan status kelayakan Norika Fujiwara untuk memohon kewarganegaraan Malaysia dengan cara kuat kuasa undang-undang dan berikan justifikasinya.
(9 markah)

b)            Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah tinggal selama dua (2) tahun di Chrisrchurh sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi taraf pemastautin tetap di New Zealand. Setelah Berjaya memperolehi taraf pemastautin tetap New Zealand itu, Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah pulang semula ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Walau bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah membatalkan hak Encik Klam Kar Bord sekeluarga untuk mengundi atas sebab Kerajaan Malaysia dengan perintah mahkamah telah pun melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuan mereka. Encik Klam Kar Bord tidak berpuas hati dan bercadang untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia tersebut.

Jelaskan sama ada wujud sebarang prima facie yang boleh menjadi asa kepada Encik Klam Kar Bord bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuannya. Nyatakan yang berkaitan.

(8 markah)



c)            Puan Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di BrusselsBelgium telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung mereka dengan menaiki pesawat Lufthansa, sebuah syarikat penerbangan Jerman. Tanpa diduga, tiba-tiba Puan Kristina mengalami sakit perut dan telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika berada di ruang udara Thailand.



Sila jelaskan nama Negara yang akan didaftarkan sebagai tempat kelahiran bayi lelaki Puan Kristina dan berikan justifikasinya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan Negara tersebut.



(8 markah)





Soalan 2



a)            D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong dijaualkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Washington, Amarika Syarikat mulai 27 Jun 2012 hingga 6 Julai 2012. Setelah itu Baginda akan terus berangkat ke Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum kembali ke Malaysia pada 13 Julai 2012.



Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, apakan tindakan tertentu yang perlu dilakukan oleh D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong sebelum baginda berangkat meninggalkan Malaysia dan berikan justifikasi tindakan tersebut.

(6 markah)



b)            Terdapat tiga (3) keadaan yagn menyebabkan seseorang Raja sesebuah Negeri dalam Malaysia tidak layak untuk dipilih memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.



Nyatakan tiga (3) keadaan tersebut.

(9 markah)



c)            Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yagn mencukupi untuk memecat Yang DiPertuan Agong.



(5 markah)



d)            Semua Raja bagi Negeri-Negeri dalam Malaysia menerima gaji sebagai mana diperuntukkan oleh Pelembagaan Negeri masing-masing.



Jelaskan saman ada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagai mamn diperuntukan oleh Pelembagaan Negeri setelah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong.

(5 markah)





Soalan 3



Encik Asri berumur 30 tahun telah meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Taraf jawatan beliau adalah tetap dn telah berkhidmat selama empat (4) tahun serta telah disahkan dalam perkhidmatan sebulan sebelum beliau meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia lima (5) tahun.



a)            Adakah Encik Asri layak diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen? Berikan alas an anda?

(8 markah)



b)            Balu dan anak lelaki Encik Asri juga layak diberikan faedah-faedah persaraan atau apa-apa pampas an terbitan. Nyatakan sebabnya. Tempoh pemberian dn jumlah pencen terbitan tersebut.

(7 markah)



c)            Nyatakan keadaan yang boleh memyebabkan faedah persaraan yang diberikan kepada balu dan anak tersebut terhenti.

(10 markah)




Soalan 4



Senar berikut merupakan beberapa kategori tanggungan kepada seorang penjawat awam yang telah diberikan taraf sebagai pegawai berpencen:



i.         Anak permpuan berumur 12 tahun.

ii.       Anak lelaki berumur 20 tahun tetapi telah berkahwin.

iii.      Anak cacat anggota kekel berumur 45 tahun

iv.     Janda

v.       Balu yang telah berkahwin semula sebulan selepas penjawat awam itu meninggal dunia.



Daripada senarai di atas, nyatakan:



a)            Siapakah yang layak unutk diberikan pencen terbitan? Berikan alas an anda.

(22 markah)



B)            Siapakan yang tidak layak diberi pencen terbitan?

(3 markah)




Soalan 5



a)          Encik Amran seorang warganegera Bangladesh telah diambil berkerja sebagai buruh oleh Syarikat Bina Murni Sdn. Bhd. Melalui permit kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan imigresen kepadanya.



Adakah Encik Amran boleh mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Nyatakan alas an anda.

(9 markah)



b)          Encik Salam mengusahakan perniagaan sendiri iaitu dengan membuka gerai makan di hadapan rumahnya. Beliau memperolehi pendapatan secara purata sebanyak RM5,000.00 sebulan.



Adakah Encik Slam boleh mencarum kepada KESP? Nyatakan alasan anda.

(8 markah)



c)          Puan Salmah telah diambil bekerja oleh Dato’ Norimah sebagai pembantu rumah. Beliau telah dibayar gaji sebanyak RM700 sebulan.



Adakah Puan Salmah boleh mencarum kepada KWSP? Nyatakan alasan anda.

(8 markah)







Soalan 6



Encik Kamaruddin baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di kemantarian Pelajaran Malaysia pada 1 Februari 2012. Beliau yang menerima gaji sebanyak RM850.00 sebulan telah diminta membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui potongan gaji.





a)            Mengapakah Encik kamaruddin perlu mencarum kepada KESP?

(9 markah)



b)            nyatakan kadar caruman yang perlu dibayar oleh Encik Kamuruddin kepada KWSP.

(7 markah)



c)            Jelaskan dalam keadaan manakah Encik Kamaruddin boleh mengeluarkan kesemua carumannya dalam KWSP?

(9 markah)


kredit to : fauziah mahadi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...