Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, June 18, 2013

Kaitan Jenis Pembeli-Pembelah di Malaysia dengan http://www.save22.com.my/


Serius sangat tajuk kita pada hari ini....
aku rasa proses jual beli dah lama ada dalam Dunia ni , dimulai dengan proses pertukaran barang..sampai la apa yang kita ada sekarang ni
kalau nak kira pembeli ni, macam -macam jenis.. meh aku nak huraikan satu persatu

TYPE 1 - PEMBELI MANJA2 GITU
sekarang zaman dah maju, semua pun maju
dulu-dulu nak shopping berpeluh-peluh lah kita bergesel-gesel dengan orang dekat Jalan Tar, Shopping Complex...
sekarang dah mudah kauuuuuuu...
baring atas sofa, kaki atas meja kopi, sejuk-sejuk manja duduk dalam aircond, sambil tengok channel 391 pun dah boleh shopping..online aje.
dari kasut sampai ke tudung,aksesori, periuk ,belanga, vitamin, makanan semua boleh shopping online....
ikan bilis sahaja tuan tanah belum pernah beli online..yang lain pernah...
tema pembelian online adalah tak perlu bersusah payah kita duduk berebut-rebut dengan orang..
tak payah berebut parking...
minyak kereta jimat, kepala tak pening menghadap jam, cuma bayar kos postage sahaja.


TYPE 2 PEMBELI NAK PUASKAN HATI MEREKA
Macam-macam pandangan dan pendapat diutarakan dalam melakukan pembelian online ni. Ada yang kata best, ada pulak yang kata tak best.

 "I tak suka beli online, takut kualiti tak sama" KATANYA...

padahal penjual online tu dah terang-terang tulis jenis, material etc... tapi kita yang tak ada pengetahuan tentang material tersebut..so bagi mereka-mereka jenis ini lebih cenderung untuk shopping sendiri. pergi sendiri tempat yang ada jual barang yang diorang nak tu..terpaksa la pulak meredah mencari jalan, kalau tak sesat nasib, kalau sesat haruslah google..lepas tu bila dah beli, baru perasan kedai lain ada bagi diskaun kaw-kaw punya..menyesal terus, tidur malam tak lena memikirkan diskaun yang tidak dapat dinikmati. Perempuan macam tu la..kalau kena macam ni mau seminggu tak lalu makan.

TYPE 3 ASYIK TUNGGU DISKAUN AJE
aku ni termasuk dalam kategori ni la. kalau benda ada diskaun, insyaallah akan aku beli. Kalau tak percaya korang tengok la sogo tu time ada member day, tengok Jusco time J card.. Tengok jalan TAR time malam raya.. berpusu-pusu beb.. sampai tak nampak barang, nampak kepala orang aje...tapi kadang-kadang lambat nak tau kalau ada promosi/diskaun ni. Korang kena sentiasa alert..kadang2 dah 2 3 hari promotion baru kita tau, itupun kawan office tanya, tak pergi **** ke??? ada diskaun gila-gila..bila kita pergi tinggal yang sisa-sisa aje...sedih lagi...

TYPE 4 TUKANG SURVEY HARGA
ok pembeli kategori ni boleh jugak dikatakan adik beradik dengan TYPE 3 ..tapi lain sikit
kebiasaannya kita selalu survey kalau nak beli gadget la kan..
tak pernah pulak aku tengok nak beli kicap survey harga , survey bahan-bahan dalam kicap A apa, kicap B apa...tak pernah ye..
ini biasa terpakai dalam pembelian handphone, laptop etc... etc bermaksud gadget la...
survey kat internet untuk function pun dah setengah hari..belum pergi beli lagi tau...
pergi lowyat tu pulak kena survey harga..kalau boleh dari tingkat bawah sampai tingkat atas kena survey price + barang free terbaik...bila dah decide korang dah lupa kat mana kedai yang korang rasa paling berbaloi-baloi sangat tu...korang dah la tak ada pricelist untuk laptop/handphone yang korang nak tu..last-last terpaksa jugak beli mana-mana kedai,sebab dah penat sangat.

 
Ada lagi aku rasa jenis-jenis pembeli ni. Tapi idea aku tak keluar pulak..Tadi idea mencurah-curah sampai terkeluar dari telinga..

aku rasa nak-nak raya tak lama lagi comfirm semua macam orang gila nak shopping, shopping baju , Handphone baru, barang-barang kelengkapan etc..yela, raya semua nak baru...tipical...cliche sangat-sangat..memang penuh la dengan rakyat Malaysia nanti kat atas jalan raya.. so aku rasa, kalau nak mudah supaya masa tak habis banyak dengan terpaksa cari jalan ke sesuatu tempat, nak tau bila promotion, nak tau harga handphone atau laptop, kita biasa cari di internet.. Yela nama pun celik IT, pakai smart phone..tak kan tak pandai tengok internet...
Booooo...boooo...booo... buat malu aje....

untuk memudahkan kerja kita ni , ace (loghat pahang,bermaksud cuba dalam loghat KEY EL)  tengok dalam laman web ni
http://www.save22.com.my
korang nak cari apa semua ada...
nak cari jalan pun boleh, nak cari tempat shopping boleh, nak tau tempat mana yang bagi diskaun boleh, nak tau dekat mana yang bagi barang free boleh (kalau ada)
eh malas la nak cerita
sekarang masing-masing ada smartphones..
nak jadi orang smart kena la berfikir dengan smart
pergi aje website ni http://www.save22.com.my lepas tu warning orang jual laptop  "I tau price laptop ni ok...u jangan main-main harga dengan I" sambil tunjuk pricelist laptop kat peniaga tersebut...walaupun bukan niat korang nak beli laptop..

bila cerita pasal ni tiba-tiba teringat quote spiderman....
it's like our friendly neighbourhood right??
sekian

1 comment:

Zura said...

zura pun tunggu diskaun dulu baru beli..hihihhi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers