BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM
Soalan 1
(a) Haris seorang
warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British
di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan,
bolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah
syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya?
(6 markah)
JAWAPAN:
Boleh.
Syarat-syarat:
(a) Katie telah bermastautin di Persekutuan
sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat
hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b).
atau
Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian
3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a) dan (b), Katie boleh memohon untuk menjadi
warganegara Malaysia dengan syarat .......
(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi
warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh
didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?
(5 markah)
JAWAPAN:
Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara
Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).
c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi
warganegara dengan cara Pendaftaran?
markah)
JAWAPAN:
Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara
Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).
(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah
memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001.
Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan
tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada
sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh
dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di
bawah perlembagaan persekutuan?
(5 markah)
JAWAPAN:
Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ……..
e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang
tanah kerajaan negeri yang telah dirizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan
kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta
oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih
dahulu.
Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium
tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri
Selangor.
(5 markah)
JAWAPAN:
Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah
sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan –
(a) ...
(b) ...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan,
Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 Fasal (2) (a) dan (b).
Soalan:
Pn.Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di
Brussels Belgium telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung dengan
menaiki pesawat Lutfhansa sebuah syarikat penerbangan Jerman.Tanpa diduga
Pn.Kristina mengalami sakit perut dan melahirkn seorang bayi dalam pesawat
berkenaan ketika berada di ruang udara Thailand. Sila jelaskan nama negara yang
akan di daftarkan sebagai tempat kelahiran bayi Pn.Kristina dan berikan
justifikasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan negara
tersebut.
*******
ok..di soalan ni dia dah cakap kat mana kita kena
rujuk atau "Apa Tajuk dlm buku"..babnya adalah Perlembagaan
Persekutuan.kat soalan tu pn dah kira ada klu untuk jawapan.so jawab macamni..
Jawapan
Nama negara yang akan didaftarkan adalah Jerman.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan,Jadual Kedua,
Bahagian Taksiran 19A. (*salin balik dr buku) seseorang bayi yang lahir dalam
sesuatu kapal atau kapal udara berdaftar hendaklah disifatkan sebagai telah
lahir di tempat di mana kapal atau kapal udara itu telah di daftarkan.
Oleh kerana kapal terbang tersebut milik berdaftar
syarikat negara Jerman maka tempat kelahiran bayi tersebut perlu didaftarkan
sebagai negara Jerman.
2 comments:
terima kasih kerana bagi tips nak jawap soalan-soalan undang-undang
mohon share
Post a Comment