Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, March 24, 2015

Perkembangan Sophea 8 Bulan

aku ada jugak google aktiviti yang boleh aku buat dengan anak masa umur dia 8 bulan ni
Duduk, merangkak dan Berdiri
ini memang jadi kegemaran Sophea, sejak-sejak dah boleh duduk sendiri ni, dia main hala je bontot tu tak kisah kat mana-mana asal dapat duduk

lepas tu merangkak dah laju dah sekarang.. jangan cuba-cuba halang dia, paling best suka berdiri pegang meja atau sofa. yang ni memang kena alert selalu, sebabnya dah 2 kali kepala dia cium lantai sebabnya masa berdiri boleh pulak tepuk tangan ...maybe sebab aku selalu ajar die tepuk tangan tiap kali dia berjaya buat sesuatu ..uhuuuuuuu...
Menggunakan tangan
jari jemari anak solehah aku sekarang memang laju bab mengutip...tengah-tengah meragkak tu kalau nampak habuk ke sampah kecik2 ke mesti berhenti dulu duk korek2 benda tu...kalau aku nampak Sophea laju je merangkak tiba2 berhenti dan senyap je..kompem tengah berusaha mengutip la tu...selagi tak dapat selagi tu la dia duduk situ..kalau dah dapat kompem masuk mulut...bertuah punye budak
mainan kegemaran
remote tv
handphone Ibu die

Sifat semakin emosional

ingat tak keek tomok yang amboi- amboi kat anak die tu...
comel kan???? tapi bila aku amboi-amboikan sophea ....xde makne dia nak cebik2 nangis... dia buat donno je....

 

Apabila berpisah

yang ni memang xboleh tinggal langsung kalau ada kat tempat lain selain dari rumah..kalau kat rumah xnampak aku dia tak ada hal...tapi kalau keluar tak nampak aku meraung beb...

Mengeksplorasi objek

Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya. 

yesssss.... aktiviti die sekarang...
 

Penglihatan yang semakin baik

Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik. 

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya. 


kredit :

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...