Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, March 24, 2015

Kebaikan Chia Seed


Aku pun baru je berjinak-jinak dengan Chia Seed ni.. Selama ni tak tau pun...
adik aku la promote..die kate elok kalau nak diet...rasa kenyang seharian..
aku pun try... sebab fizikal dia macam basil seed , aku tak ade masalah sangat nak telan chia seed ni...
dengan harapan supaya perut sentiasa kenyang..
tapi entah lah.mungkin sebab aku bf anak , rasa lapar tu tetap jadi peneman setia aku..hihi
tapi aku still amalkan chia seed ni, sebab banyak kebaikkan die...

pada  yang tak kenal chia seed ni rupa dia




antaranya... baca kat bawah ok..ni aku google
Khasiat biji chia yang sudah dikenali segelintir kaum sejak zaman purba lagi diangkat sebagai makanan kesihatan bagi kaum Maya dan Aztec, seperti terkandung dalam catatan sejarah.
Ia kaya dengan omega-3, karbohidrat, protein, serat, kalsium, antioksidan dan mineral yang melindungi kulit daripada radikal bebas dan penuaan pramatang. Malah ada yang mengatakan biji chia mempu­nyai bahan yang mampu melawan kanser. 

Khasiatnya juga membantu mengurang­kan keradangan, memperbaiki sistem penghadaman, meningkatkan kemampuan kognitif dan mengurangkan kadar kolesterol. 

Secara keseluruhan, biji chia mampu mening­katkan tenaga, menstabilkan kandungan gula dalam darah dan menggalakkan pembuangan toksin dari badan. Malah ia juga membantu kulit tampil lebih segar dan cantik. 
Jangka hayatnya yang panjang memudahkan ia disimpan lama sehingga dua tahun jika berada di tempat yang sejuk dan kering seperti peti ais. 

Dua sudu besar biji chia mengandungi 18 peratus kebaikan kalsium, 35 peratus fosforus, 24 peratus magnesium dan 50 peratus mangan yang membantu mengelak masalah tekanan darah tinggi, mengekalkan berat ideal serta membekalkan tenaga untuk metabolisme badan.
Kandungan serat yang tinggi memberikan rasa lebih kenyang dan secara tidak langsung, membantu mengekalkan kenyang lebih lama dan mengawal pemakanan, seterusnya menjaga berat badan. 
Lapisan luarnya akan berubah menjadi gel apabila dicampurkan dengan air, sekali gus memboleh­kan ia digunakan sebagai pengganti telur dalam makanan untuk mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kandungan nutrien makanan. 



Campurkan satu sudu biji chia dengan tiga sudu air dan biarkan selama 15 minit untuk membentuk gel yang diperlukan bagi menggantikan penggunaan telur dalam masakan terutama pastri. 

Bahan cantik semula jadi 
Selain itu, minyak ekstrak daripada biji chia mempunyai kebaikan kecantikan semula jadi kerana bukan saja kaya dengan asid omega-3, ia juga mempu­nyai bahan yang mampu ‘menenang­kan’ kulit bermasalah serta membantu mengembalikan kelembapan wajah. 


Ia menghilangkan kemerahan pada kulit dan mengurangkan masalah kedutan akibat kulit kering. Minyak biji chia boleh disapu di mana-mana bahagian tubuh terutama kawasan kering dan bermasalah untuk mendapat faedahnya. 


Minyak biji chia boleh juga dicampurkan dalam losen bagi memperoleh kelembapan tambahan atau titiskan di tangan dan sapu pada wajah untuk wajah berseri.
Minyaknya juga boleh disapu pada wajah bagi mengelak solekan daripada mudah terjejas atau membentuk garisan sekiranya kulit terlalu kering. 



2 comments:

Nurul Hidayah said...

macam best je.. Nurul pun baru ni tauuu.. thanks sharing :)and thanks a lot datang blog Nurul^^

Rai OurKizuna said...

saya pun ada kat rumah.. masuk dalam yogurt ke cereal bebudak ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...