Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, April 25, 2012

Kebaikan Epal Hijau



Aku suka makan semua jenis buah, kecuali buah Lai tu... aku paling suka epal, tak kira la hijau ke, merah ke, pink ke... yg penting epal la...kalau korang nak tau amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi korang nak  menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

kat bawah ni antara kebaikkan epal Hijau ni...
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Pssstt*** ade lagi tak yang nak tanye kenapa orang guna ayat "an apple a day keeps the doctor away" ? tapi kan kalo korang memang keje kat spital memang akan jumpa doctor la hari2...

6 comments:

Unknown said...

blog walking kejap=) da followed awk. jgn lupe follow me back ye.=)

Zana Adieyza said...

zana suka mkn epal hijau.. epal merah x suka.. hihihi.. rajin gak makan buah epal, paling kurang pun 2 hari sekali.. sbb konon nak diet.. hahaha.. nyampah!!

Unknown said...

@aimi ~ Thanks

@zana adieyza~ hahhaa kite makn sebab suke benda masam2..lau die tak kot.epal ijau makan, nasik melantak jugak...siap sekali gulai lemak.. ughhh T__T

adli said...

suka makan epal merah yang manis tuuu

adli said...

suka makan epal merah yang manis

Shiema Sufian said...

Shiema suka epal hijau :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers