Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, May 21, 2012

Hanis Zalikha Terima Anugerah Naib Canselor UiTM



perghhhhhh.............
cukup lengkap pakej.....


SHAH ALAM - Kesibukan menulis blog peribadi dan terlibat dalam dunia seni peragaan bukan penghalang bagi Hanis Zalikha Zainal Rashid, 22, untuk menggenggam segulung diploma pada majlis Konvokesyen ke-76 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.

Malahan gadis jelita yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter itu berjaya merangkul Anugerah Naib Canselor dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.

Hanis yang memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, anugerah tersebut merupakan pencapaian terbaiknya di institusi pengajian tinggi kerana ia tidak pernah diimpikan sebelum menjejak kaki ke UiTM Segamat, Johor.

Menurutnya, resipi kejayaannya cukup mudah dengan memberi tumpuan sepenuhnya di dalam dewan kuliah selain berbincang bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan bijak membahagi masa.

"Semasa di sekolah, saya tidak pernah mendapat gelaran pelajar cemerlang namun apabila masuk ke UiTM, keputusan peperiksaan saya pada setiap semester adalah cemerlang," katanya di sini semalam.

Hanis yang terkenal dengan laman blog http://inibelogsaya.blogspot.com juga bercadang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda pada tahun hadapan selain membuka perniagaan produk kecantikan selepas tamat pengajian.

1 comment:

Amirah. said...

ade la psl akk ni kt paper . sy tgk suratkhabar smalam. hehe . untung lha kan . :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers