Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, August 5, 2013

Aisyah ditemui selamat di Pulau Pinang


eh baru je aku post pasal ni tadi rupanya Aisyah ni dah ditemui...
Alhamdulillah..syukur Ya Allah...

Gambar penemuan Aisyah Wan Exzan yang tersebar luas di media sosial.
Gambar penemuan Aisyah Wan Exzan yang tersebar luas di media sosial.
SUBANG JAYA – Adik Aisyah Wan Exzan, 3 tahun yang dilaporkan hilang dan diculik seorang lelaki sejak Selasa lalu sudah ditemui orang ramai dalam keadaan selamat.
Anak kepada seorang guru, Arbaiyah Md Zin itu kemudian diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Kanak-kanak berkenaan juga dilapor sudah diserahkan kepada ibunya kira-kira 11.30 pagi tadi.
Gambar penemuan Aisyah kini tersebar luas menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Sehingga kini masih belum ada butiran lanjut mahupun penjelasan pihak polis berhubung penemuan kanak-kanak itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers