Petaling Jaya, 13 Januari 2013: Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza telah membuat penampilan sulung dengan imej berhijabnya pada majlis resepsi pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex bersama pasangannya Leuniey Natasha Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara, di sini sebentar tadi.
Dato Siti telah mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini dan telah disepadankan dengan tudung litup dari rona serupa.
Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut menyepadankan penampilan mempersonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama.
Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Dato' Siti berkata dia cukup selesa dan bersyukur dengan penampilan bertudung litup barunya itu.
"Alhamdulillah nampaknya hati saya telah terbuka untuk berhijab pada ulang tahun hari lahir saya yang ke-34 baru-baru ini.
"Syukur, saya sangat gembira dengan perubahan ini," katanya yang ditemui sejurus sahaja memasuki pintu masuk utama hotel.
Kemunculan istimewanya itu turut diserikan dengan alunan sebuah lagu romantik, Kenangan Terindah dendangan Samson sebagai hadiah buat pasangan mempelai.

No comments:
Post a Comment