Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, March 28, 2012

Tasik-Tasik Bawah Tanah Tercantik

Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah tanah dan di dalam gua.

Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge 

 
Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.

Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave

Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.

Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia

Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.

Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England

Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.

Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x540.

Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.

Tasik bawah tanah di Macan Ché

Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.

Tasik bawah tanah di Mexico

Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini. 

2 comments:

Qira said...

subhanallah.. cantik sangat2!

Shiema Sufian said...

Lawanyaaaa (:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers