Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, August 23, 2010

Kuih L0pes

Semalam kawan aku baru balik dari kampung dia...s0 dia mak dia bekalkan kuih lopes. bagi orang yang tak pernah lagi tengok kuih ni, aku rasa cara penyediaan dia sangat menarik... ( yeke??? )

so aku jalan2 la kat taman google untuk mencari resepinya...
taraaaaa

Bahan-bahan ( 40-45biji )

  • 2kg Beras Pulut
  • 1-2biji Abu-chang
  • Secukup Air
  • Daun pisang
  • Air Gula Melaka
  • Kelapa Parut

Cara-cara

  1. Cuci Beras Pulut, Lalu rendamkan bersama abu-chang selama 6jam.
  2. Sesudah 6jam, toskan.
  3. Bersihkan Daun Pisang, potong saiz kecil, panaskan diatas api supaya daunnya lembut.
  4. Kuih_lopes_004
     Lipatkan daun seperti bentuk segi-tiga
  5. Kuih_lopes_010
     Kemudian masukkan pulut, padatkan, lalu bungkus ketat hingga menjadi bentuk segi -tiga.
  6. Ulangi hingga mendapat 2-3biji, ikat dgn tali rafia supaya bila merebuskannya, pulut tak terkeluar.
  7. Bila dah habis membungkus. Masukkan kedlm periuk besar, tuangkan air hingga menutupi kuih. Rebuslah selama 4jam.
  8. Bila dah masak, keluarkan dari periuk dan biarkan ianya sejuk.
  9. Balutkan kuih lopes dgn kelapa parut, sajikan bersama air gula melaka.

Pada aku kuih ni sangat menarik coz die potong c guna pisau tapi guna benang


see.... nampak x benang 2... bila dah potong2 gaul ngan kelapa



Nampak menyelerakan ..nyum2..erkkkkk ..pas 2 cicah dengan air gula melaka...

2 comments:

erlyn erlyana said...

uit..abu-chang e2 pe?abu mayat ker??(ahaks lwk bodoh n tokleh bla)

misz sheyla said...

aiyark...x pasti la pe 2... t aku google..lalalalala~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...