Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, August 6, 2010

Ulser mulut

Again!!!!!!! arghhhhhh... tension giler... sure la selain aku ramai orang kt luar sane yang slalu kene. kalau nak gosok gigi seksa gile. sakit yang amat. time makan lagi lah...arghhhhh.... seksa..seksa..seksa.... tp jgn risau die x berjangkit pade sedare mare, pade kawan2 juga tak berjangkit pade orang yang berkaitan.. mean kalo aku kene ulser mulut korang xperlu menjaohkan diri dari aku..hukhuk... pade kawan2 yang x penah kene ulser mulut 2 aku memang salute r..tp lau da kene memang seksa.. pade mereka meh kite bce same2 info sal ulser mulut ni..

Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.



Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini?

Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.


Tanda-tanda

Tanda-tanda yang selalu dirasai:

tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.

ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.

sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.


Sebab-sebab terjadinya ulser mulut

Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.

daya menahan sakit yang lemah.

kekurangan zat dalam makanan yang diambil.

tekanan perasaan (stress).

alahan kepada makanan seperti nanas dsb.

penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.

pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).

perubahan hormon.

jangkitan

rawatan radiasi

rawatan kemoterapi



Masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

Rasa membakar di dalam mulut

Kesakitan

Ketidakselesaan yang berpanjangan

Hilang selera makan

Demam


Langkah-langkah yang boleh anda lakukan

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi

jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.

kurangkan air berasid.

gunakan antiseptik untuk berkumur.

letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.

minum air dengan banyak.

elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.

ambil mineral zink dan zat besi.

tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.

vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.

untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

Buat pemeriksaan lanjut

Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya:

ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.

ulser berdarah.

tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.

Petua



Cubit sekeping asam keping, sebesar jari kelingking, tekapkan di tempat ulser tersebut. Biarkan sekejap dalam 2-3 minit. Memang akan rasa pedih tetapi selepas kesakitan selama 3 minit, bahagian ulser tersebut akan terus baik. Cubalah , Insya Allah berkesan.garam pun boleh lau x silap..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers