Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, August 27, 2010

Adegan Tak Logik Dalam Drama Tv Tempatan

Hmm aku ni bukanlah nak menyokong industri luar or what so ever.... tapi lau kita tengok drama tempatan ade banyak adengan2 tak logik yang kadang2 diambil mudah. Walaupun bende ni mungkin kecil tapi aku sebagai penonton sangat tak puas hati dengan adegan tak logik  ni tadi <---------- abaikan diri shaye yang sedang beremosi ketika ini...

ni adalah contoh-contoh adegan tak logik:-

1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata... Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.

2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk... Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.

3. Adegan keluar kereta dari kawasan rumah pintu pagar buka luas-luas bila kereta dah keluar dari garaj je terus pecut konon keluar. pintu pagar tak ditutup. logik ke nak tinggal rumah dengan pintu pagar yang tak bertutup? 

4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.

5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga....

6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.... "Tuan ada baca akhbar semalam?" .

7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda... Seorang lelaki bekerja di pejabatnya... Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).

8. Babak ini yang kelakar... Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan menulis email menggunakan Microsoft Word!!!.

9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat... Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja. Cermin kereta mesti maintain, tak akan kena sedas pun tembakan.

10. Semua filem seram karya penerbit tempatan akan berakhir dengan mimpi semata-mata. Anda tak perlu lagi ke panggung wayang... (Jika ada filem seram baru) kerana kesudahannya sudah anda ketahui, hanyalah mimpi. 


11. Kalau pergi restoran wajib ada air kaler2 yang pasti air mahal atas meja dan kalau ada makanan mesti makanan tu tak berusik pun. Cuma minum air, itupun tak sampai separuh.


12. Kalau minum kat rumah pulak mesti guna mug kosong.


13.Kalau nak tidur pun pelakon perempuan masih cantik ber make up, siap pakai bulu mata palsu lagi. Kalau masuk hutan pun still pelakon perempuan masih cantik, walaupun tak mandi, walaupun time tu tak ada masa, tapi perempuan ada mase lagi bermake up.


14. kalau businessman bercakap dalam telefon mesti projek mega harga juta-juta, projek cikai-cikai ni tak main la. dan kalau pergi tapak projek mesti bentang kertas besar tu sambil tangan tunjuk kiri kanan.


15. Kalau perempuan yang baru bersalin tu, amek ko baby da macam umur setahun lebih, 




errr....ade lagi kew??? erm bende2 ni memang slalu aku perhatikan... hahahahha lawak pun ade, bukan nak jatuhkan drama melayu tapi aku ni salah seorang peminat drama tempatan, benda2 cam ni pun boleh terlepas pandang macam mane??? lau citer luar negara bende2 kecik macam ni pun mesti dorang ambil berat sebab tu cerita mereka nampak real kot..tapi tak semua cerita melayu macam ni.... hope lepas ni industri filem melayu lebih maju dan lebih sensitif dengan benda2 macam ni... :)

1 comment:

Anonymous said...

O-O pemerhatian yang menarik.. byk informasi yg dpt saya pelajari termasuk lawak yg buat saya tergelak sndri depan pc...

Teruskan lagi siasatan anda Det. Sheyla.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers