Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, December 17, 2015

Resepi Daging goreng berlada @ daging balado versi campak2


semalam jalan-jalan ternampak gambar daging berlada dalam blog Cik Epal tu kan...
sedap pulak...
nasib ada daging kat rumah so kite on....

ihsan google..gambar tak sempat ambik



Bahan-bahan:
  • 500g daging 
  • serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • garam dan sedikit gula
Bahan dikisar@tumbuk kasar 
  • 5 tangkai cabai basah
  • 3 tangkai cili api merah
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih


Cara-cara:
  1. Daging hiris nipis2. (aku xrebus pun.. sebab dah potong nipis)
  2. Gaul daging bersama kunyit dan sedikit garam. Biarkan seketika kemudian bolehlah digoreng. Apabila masak, toskan. Ketepikan.
  3. Tumis bahan dikisar menggunakan minyak menggoreng tadi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  5. masukkan daging goreng tadi..Masukkan bawang besar dan gaul rata. Matikan api. Siap

**kalau resepi cik epal tu die guna limau..tapi aku xguna pun ...sedap jugeeekkk first time buat...tapi mcm biase la..nampak je cili Encik Suami tak nak makan..untuk die aku goreng ayam dan sardin...

3 comments:

azizah green line said...

sedap nih.. daging pun lama xmakan

umi alya said...

Dah terasa kepedasan, pasti sedapkan..

Cikna said...

Aikkk, en.somi elergik ngan cili ke.... Xctly campak2 tu yg sdpkn....;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...