Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Sunday, February 26, 2012

Cara Mengenal pasti Bulu Khinzir dijadikan berus


kalau nak cerita pasal berus-berus ni memang ade kaitan sangat la dengan kaum Hawa
make up xkan sah tanpa adanya berus2 ni...tapi kite kena hati-hati sikit sebab kadang-kadang berus tu kita tak pasti dibuat dari bulu ape...

bulu barbie kah...atau bulu-buluan....


Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir… ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.


Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi.

2 comments:

H.J said...

kena berhati2..bahaya ni

teratai said...

ohh baru tahu. terima kasih kongsi info ini. InsyaAllah akan berhati2 nanti bila beli berus...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...