Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, October 6, 2011

Pengasas Apple Inc, Steve Jobs Meninggal Di Usia 56 Tahun.


Hari ini dalam sejarah! Pengasas syarikat Apple dan pencipta Ipod telah meninggal dunia hari ini pada 5 Oktober 2011. Dunia telah kehilangan seorang lelaki yang telah banyak merubah teknologi dan memberikan banyak inovasi kepada banyak produk ciptaannya.
Steve Jobs mula dikesan menghidap penyakit kanser dan menjalani pemindahan hati pada tahun 2009. Beliau yang dilahirkan pada 24 februari 1955 telah mengasaskan Apple di garaj rumahnya pada tahun 1976 bersama Steve Wozniak. Setelah hampir 35 tahun ditubuhkan, kini Apple Inc boleh berbangga dengan pencapaian dan teknologi yang mereka kembangkan.
Kematian Steve Jobs benar-benar mengejutkan bukan sahaja kami, malah semua orang di seluruh dunia. Bill Gates turut berkata, “Dunia jarang melihat seseorang seperti Steve, seseorang yang mampu memberikan kesan dan ingatan pada generasi akan datang.”
R.I.P Steve Jobs, 24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011

1 comment:

Ku Azhar said...

kesiannye..xsmpat dia nk tgk iphone 5 T_T

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers