Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Saturday, August 11, 2012

Mumble ayam tapi macam Penguin


Ayam ini diberi nama mumble dan mempunyai bentuk fizikal yang pelik . berasal dari China dan pergerakannya menyerupai seekor Penguin


Secara normalnya kia melihat bentuk fizikal ayam adalah berkaki dua dan berjalan mengikut apa yang kita lihat. Namun terdapatseekor ayam yang menunjukkan sedikit kelainan berbanding ayam yang lain di sebuah ladang. Ayam yang dimaksudkan ini adalam ayam betina yang dikenali sebagai Mumble bukan sahaja memiliki sayap yang kecil saiznya dari sayap seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.

Dia tidak pernah mencuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air. Walaupun bentuk fizikalnya tidak sesempurna ayam lain. Kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak.

Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana. Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam filem animasi Happy Feet, iaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari.

Kata En. Xi “Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.

“Saya tidak melihat filem tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga tidak fikir ia boleh berenang dengan baik. “Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk”.

Sumber

Monday, September 19, 2011

eeewww...lalat !! ulat !!! gagak!!!! tapi makhluk ini penanda aras kepada bahaya.

LALAT

AWAS! Berhati-hati Membeli Ikan di Pasar Malam. Ia Mungkin Pembunuh Senyap.kapur barus adalah bahan kimia yang menghindarkan ikan di kerumuni oleh lalat.


Aku mengetahui cerita ini bukan melalui internet tetapi melalui seorg kakak saudara penjual ikan. Terkejut gaban aku dibuatnya. Kapur barus? Huh! Paling kurang ajar penjual ikan itu sendiri tidak mahu makan ikan krn takut.

Kapur barus atau nama sainsnya larutan formalin (formaldehid) adalah bahan kimia terlarang telah ditambah di dalam makanan. Ia digunakan untuk mengawet tisu organisma hidup seperti daging, ayam, ikan dan makanan laut lain bagi menjadikannya tahan lama, sentiasa kelihatan segar, cantik dan paling penting laris penjualannya.

Apa yang pasti larutan yang sama juga digunakan untuk mengawet mayat manusia! Huh!

"Antara penyakit yang boleh dialami oleh seseorang yang menerima bahan kimia tersebut secara berlebihan adalah kanser paru-paru, kanser otak dan leukemia.


So, berhati-hatilah membeli makanan segar. Tolong jangan sesekali membeli ikan di pasar malam atau yg sewaktu dgnnya krn memang banyak kapur barus digunakan.

ULAT

Memastikan sayuran yang kita beli berlubang-lubang(bekas gigitan)akibat dimakan oleh ulat sayur.Kehadiran ulat ini menyatakan sayur tidak pernah diracun oleh bahan kimia perosak serangga.

GAGAK

Kehadiran gagak disatu-satu tempat memberi isyaratbahawa tempat itu kurang memuaskan dari segi kebersihannya. Jadi gagak adalah penanda aras ciptaan Allah yang teramat canggih dapat mengesan ketidakbersihan sesuatu tempat tu.

RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL.....



copy dari mane ntah...tak hengat

Sunday, September 18, 2011

MERENUNG SEJENAK CIPTAAN ALLAH..LUAR DARI BATASAN AKAL MAKHLUKNYA! - EDISI NYAMUK



Saje letak pic nyamuk inesen...ptuiiiii
NYAMUK

Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk terjun tiruk, nyamuk tonggeng, semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?
Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya terfikir, perkongsian 15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri disebalik seekor nyamuk.

1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)

2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.

3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)

4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)

5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).

6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).

7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).

8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).

9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).

10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)

11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas betul tu!)

12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie..)


/13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.

14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman batu daa..).

15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)

renungan...

1. Usia nyamuk pendek saja, tugasnya membawa penyakit sebagai memberi peringatan kepada kita. Sesakali sakit, membuatkan kita lebih taat pada Allah. Jika tidak, kita berasa sentiasa megah atas nikmat kesihatan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA.

2. Kita sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk sebab memberi peluang untuk kita merasai sakit. Bukankah sakit itu sebahagian dari peluang menghapuskan dosa-dosa kecil kita? Subhanallah.

3. Nyamuk sebagai penanda aras tahap kebersihan. Jika persekitaran kotor, nyamuk akan tunjuk kesannya. Tidakkah kita berfikir?

4. Kebolehan nyamuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran perlu kita contohi. Kalau kita ingin ’survive’ dan berjaya, pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dengan suasana zaman sekarang (tapi agama tetap sebagai asas pegangan kita)

Monday, September 12, 2011

Kanak-kanak minum susu terus dari lembu

eh paham tak tajuk aku tu???kalo tak faham sila buat-buat faham..sekian.. hal ni pagi tadi lagi kawan aku dah cerita..tapi baru tengahari tadi aku jumpa gambar dia.tu pun bila jenjalan dekat lulu caldina punye blog..so dah nama pun jumpe entry ni di situ..makanya aku copy bulat2..pasal malas nak type2 dah...ah layan aje la..

Minum susu lembu sudah tentu merupakan hal biasa bagi seorang bayi. Namun bagaimana jika ada bayi terus meminumnya dari lembu?
 Ini benar-benar terjadi. Seorang anak di Kamboja menyusu susu lembu langsung dari induknya. Dia adalah Tha Sophat, 20 bulan.

 Datuknya, Um Oeung, yang tinggal di Desa Koak Roka, bahagian Siem Reap, Kamboja, mengatakan, kebiasaan itu berlaku sejak kedua orangtuanya meninggalkan desa dan bekerja di Thailand. Sejak saat itu, bila mencari susu, Robhat langsung menyusu dengan lembu.

 Ketika menyusu, anak ini sudah tidak memiliki rasa takut lagi. Sedangkan, jika lembu itu menggerakkan kaki saja, ianya akan sangat berbahaya bagi anak ini. Sebab tinggi badan Sophat tidak lebih tinggi dari kaki lembu itu.




Tuesday, July 26, 2011

Cano Crystals sungai tercantik di dunia







klik untuk pembesaran lebih sehat

Dinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.

Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana,korang leh google sendiri mana tempatnye

Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.

Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.

Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.

Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.

Tuesday, June 21, 2011

Piramid Melayu Di Jepun PART 2 - MELAYU - THE LOST TRIBE




Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.


Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

mbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-


ada yang digelar tanah penghujung dunia,

ada yang digelar Semenanjung Emas,

ada yang digelar Survana Bumi,

ada yang digelar Golden Chersonese,


Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 


Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 

* UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
* TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
* TIMUR (funan, okinawa, sulu,) 
* SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus


psttt*** ada certain2 benda aku tak berani nak copy.. sebab orang biasa bace sikit terus nak hentam....tapi korang leh baca kat sini SUMBER juga disini sumber

*** hebat jugak rupanya melayu ....

Sunday, June 19, 2011

PEPSI stand FOR?????? Astagfirrullahhalazim

PEPSI sebenarnya adalah ringkasan dari “Pay Every Penny to Save Israel” ertinya seperti demikian :

“Sumbangkan setiap penny untuk menyelamatkan Israel.”



Huruf P pertama bererti “Pay” (Berikan),

E untuk “Every” (Setiap).

Huruf ketiga untuk “Penny”.

Penny adalah koin kecil yang anda terima dan anda tak tahu apa yang akan anda lakukan dengannya. 


Berikan itu untuk “Menyelamatkan” I – “Israel”.

Dengan kata lain, berikan setiap koin kecil yang anda terima untuk menyelamatkan Israel.

Mereka tak ingin wang anda – mereka hanya ingin koin pecahan kecil, penny anda.

dalam ekonomi Amerika, penny adalah se per seribu dolar.
Nilainya adalah sangat kecil sekali.


Mereka mengatakan,

“Sumbangkan pecahan kecil yang tidak anda perlukankan, tetapi berikanlah dengan alasan yang benar. Bila anda mengumpulkan pecahan kecil ini, anda boleh membeli minuman ini.”

Mereka mengambil masing-masing kata awalan dan membentuk kata “Pepsi”.

Bila anda membayar (untuk membeli Pepsi), anda akan menyelamatkan Israel.


Saya tak akan menghalang anda membeli Pepsi atau Coca Cola tapi
Anda boleh lihat sendiri. Anda Muslim.

Buat semua sahabat-sahabat, seandainya merasakan hal ini benar..

gunakan Iman di dada sendiri untuk menilai apakah perlu kita menyumbang untuk kumpulan yang menyembelih saudara Islam kita
__________________

sumber : carigold forum

pstt** betul ke ni????? sesape yang tau boleh kongsi2 k......nasib baik la kurang minat air pepsi...

Thursday, May 26, 2011

Spider Invasion in Pakistan








Spider invasion has some positive consequences for the Pakistani people. It led to a drop in malaria rate.

Tuesday, May 17, 2011

Bahaya Tidur Dengan Lampu Terbukak

Tidur adalah kegiatan yang membuat diri kita segar kembali. Rasa lelah kita akan hilang jika lenyap jika kita telah tidur yang cukup. Namun siapa yang tahu kalau tidur yang cukup itu belum cukup jika tidak melakukan tidur yang sehat. Tidur yang sihat memiliki beberapa syarat, salah satunya dengan mematikan lampu ketika kita tidur.

Kenapa? Kerana tidur dengan lampu menyala akan berisiko terkena penyakit leukimia. Para ilmuwan berpendapat bahawa tubuh memerlukan suasana gelap dalam menghasilkan zat kimia untuk melawan cancer. Kerana lampu yang menyala dapat menghentikan produksi zat melatonin. Prof. Rusle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian, mengatakan “Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda akan langsung mendeteksi bahawa lampu menyala seharian dan produksi zat melatonin akan menurun. Sebuah konferen tentang anak penghidap leukimia yang diadakan di London menyatakan bahawa orang yang menyalakan lampu semasa tidur pada malam hari lebih besar peluangnya terkena cancer. Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam sampe dengan jam 8 pagi.

Penelitian terdahulu telah menunjukan bahwa orang-orang yang paling mudah terserang adalah para pekerja shift yang memiliki risiko terkena cancer payudara. Pada kenyataannya, orang-orang buta yang tidak rentan terhadap melatonin, memiliki resiko yang lebih rendah terhadap cancer. Maka, para orang tua disarankan untuk menggunakan lampu yang suram atau berwarna kuning jika anak-anaknya takut akan kegelapan.

Thursday, May 5, 2011

Kenali Diri Melalui Bantal Anda

1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus danjiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orangramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapaicita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


aku punye 1 , 2 ,4 masa memula tido..bangun pagi jadi 3 kadang 5 ...erkkkkk..kire sifat aku ni cam rojak ke ape??

Saturday, February 26, 2011

Undang-Undang Pelik seluruh Dunia

Banyak perkara yang agak pelik berlaku di alam nyata. Bunyi macam mengarut, tetapi itulah kenyataan



THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.



SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.



SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.



KOREA SELATAN :

* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.



SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)

* Tidak flush jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.



UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .

* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.



MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.

* Dilarang memaki di tempat umum.





AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.

* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.



YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium, kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.



KANADA :

* Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.

* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.

* Dilarang memanjat pokok.



PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.



ISRAEL :

* Dilarang memelihara **** di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.



AMERIKA

ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.

* Dilarang bermain domino di hari Minggu.

* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.

* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.

* Dilarang memandu dengan mata tertutup.



ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.

* Dilarang memberi minum bir pada rusa.

* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.



ARKANSAS :

* Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.

* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.

* Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.

* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.



CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.



COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan anda ditahan olehnya.



CONNECTICUT :

* Dilarang mencium isterinya di hari minggu.



FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.

* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .

* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.



WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.



MALAYSIA :

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang (eh ye ke ni??x pernah dengar)

sumber : email ku

Saturday, February 19, 2011

Ikan Pelik

ouhhhhhhhh korang penah tengok ikan???? tak pernah kan? memang dalam dunia ni memang aku sorang je yang pernah tengok ikan.....hahahhahahahahahaa..ikan bilis pun korang lom tentu kenal kan??? harharhar
susah bebeno kan nak jadi orang pertame yg tau segala benda..cisssss abaikan la...
berbalik pada tajuk kita pada hari ni iaitu ikan pelik...cecite..cecite..<---versi hantu k.limah
xde cite pun hahaha..aku nk ajak korang layan gambar aje pun...
hahahahaha wat penat je kan..malas nk layan korang...

Jaw

ikan bintik2


fish + paul =mutan fish

weird fish
siyes horror gile ikan ni...

ntah pe name

Blobfish
ikan ni cam nak main cak-cak...aku tak tahu nama ikan ni

ni adalah ikan ye kawan2 bukan sejenis tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis

yang ni macam same spisis ngan ikan atas tadi yang kaler oren 2

erkkk........

cam lintah pun ade..

yang ni memang aku x sure spisies ape..hahahahahhaa....lariiiiiiiiiiiiiiiiiii


Tuesday, December 28, 2010

Beg Pelik

beg dengan pompuan memang tak boleh dipisahkan...
macam mane lak ngan laki... laki jarang pakai beg..kalo ade pown pakai backpack aje..tol tak???
lau laki yang tuttttttttttt.... 2 lain citer la ea.
meh kite nengok beg2 edisi pelik yang korang sendiri tak ingin pakai

euuuwwwwwww.....

tamoe pakaibeg iniiii

hen bag

Handbag that  have a model and form a strange
mcm no plate

Unique Onion Handbag
okey yang ni gantung wat hiasan kat dinding pun tak ada masalah

sape lapa boleh gigit beg anda

cheese bag..ape?? ingat pizza je ade cheese

hair bag
lady gaga punye bag ni asenye..tertinggal


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers