Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, December 5, 2014

Anak saya breastfeed dan tak berak sampai seminggu...Normal ke???


Pernah dulu si Phea tak berak dalam 2 3 hari aku dah gabra
whataps adik aku mintak tolong tanya pada yang pakar
katanya normal
okey....hilang risau bila lepas tu Phea berak 

lepas berak seminggu lagi si phea tak membuang
g klinik tanya nurse
nurse kata normal, kalau susu badan
tapi diorang tak explain la kenapa2
hakak terpaksa la gugel lagi...
nampakkkkkk??? gugel dah jadi klinik kedua dah
tapi jangan percaya 100% pada dr gugel ye....


Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
Apa yang perlu di ambil perhatian?
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.

4 comments:

Nastyna said...

Yes... of course pernah hadap benda macam ni hehehee. Ini yang best pasal susu badan, tak banyak benda perlu dirisaukan.
And yes juger, doktor gugel ni kita jgan percaya seratus peratus, ambik as rough guidelines boleh la.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. hehe normal tu. Adam sampai 10 hari pun ada. yang penting kencing dan kentut ada. hihiii

Lyaa Suriany said...

Lama nya tak terjah siniii. Dobot nye dieee.

InaYusoff said...

normal..
jangan risauuuu...

ada nurse gitau..
kalau beby tak berak...
mungkin dia tengah kumpul lemak..hihi..

nak berisi katenyee..

kalau breastfeed la..
kalau susu formula tu...
kene risau..
takot beby sembelit..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...