Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, December 4, 2012

First time buat carbonara


hari tu entah macam mana datang idea nak makan spaghetti carbonara so decide nak buat sendiri
berbekalkan resepi dari gugel...
aku ngan dak ain gagah la g kedai runcit a.k.a sogo.....
kemain ko ....sambil cari barang curi2 tengok resepi...kahkahkah malu kalau orang tgok dtg bawak resepi
ni hah resepi dia kawan2..amek dari http://www.myresipi.com/top/detail/10666

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
  • 1 tin sos carbonara Prego
  • Sedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)
  • bawang putih (cincang)
  • bawang merah (cincang)
  • mushroom butang (dihiris)
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit daun parsley
  • Garam secukup rasa
  • lada sulah.

Cara-cara

  1. macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  2. tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
  3. masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
  4. masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  5. nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
  6. letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
  7. untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.

kitorang guna ayam kisar ye untuk resepi ni....
nak dijadikan cerita dalam resepi semua cendawan butang kan...so aku utarakan la kegusaran hati aku perihal aku tak pernah nampak cendawan butang di sogo...
tapi dengan bongkak dan angkuhnya dia jawab

" ada je................aku selalu nampak"

so bila cari hari tu , dengan tak semena2 dia mencapai salah satu cendawan....
aku pun "waaaaa...memang ade upenye. aku tak pernah nampak cendawan ni"

time nak bayar aku tengok pelik bebeno cendawan die...cam ade ruang2 kat bawah...
dalam ati aku mcm cendawan yang biasa letak dalam yee mee ni... 

" eh ni shitake mushrooms yang letak dlm yee mee 2 kan??"

dak ain " hah yeke?? abes mcm mana ni?? macam mana"

oleh kerana dah tak sempat nak cari lain..amek je la cendawan tu, tapi kitorang tak pakai pun la dalam spaghetti

untuk susu lak , kitorang bantai letak satu kotak kecik tu.... T____T nak bagi creamy2 sikit... puiiiii
pas tu letak cheese 2 keping dalam sos tu...tapi kitorang letak 3 ke 4 keping cheese ntah... nak bagi creamy2 sikit rasa dia...

makan sepinggan besar tu memang mabeles gile la...tapi untuk pinggan kedua dah tak boleh abeskan...pasal tekak pun dah kembang......muaakkkkk seesangat...creamy la sangat ...puiiiii...
tapi not bad la untuk percubaan pertama.. cuma lepas ni takmo tamak2 ag..nak kasi creamy la sangat ..sampai muak makan....bhahaahhahaha

hah?? gambar sebagai bukti??
memang aku tak amek..
sebab makan dlm pinggan plastik....
T___T macam dak tadika tu.....
kahkahkah

gambar gugel opkos......

2 comments:

nur anis said...

saya selalu pakai cendawan butang dalam tin tu je...sebab nak cari yang fresh memang susah...semalam pun dah beli bahan buat spagethi ni..tapi aleh-aleh, makan luar..huhu

Anonymous said...

hehe,,, nak aku tlg masak x?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers