Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, September 21, 2012

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Sembahyang


kebiasaannya orang solat pada akhir waktu maghrib dan lepas abes solat maghrib tu dalam 5 ke 10 minit dah boleh solat isya'. 
kenapa buat macam tu?? kadang2 sebab senang sekaligus....
kadang sebab tak ada air kat rumah, so kalau tunggu lama-lama nanti titew tertentut...putttt.. dah terbatal air sembahyang....
ni bukan nak cakap kat orang, ni aku pun tak terkecuali buat benda macam ni...
nanti korang tanya lak.. tak malu cerita benda ni?? macam tunjukkan kebodohan sendiri...
malu la.. tapi tak kan nak jadi bodoh sombong....
so bila aku terjumpa artikel ni , aku nak share dengan korang semua....
untuk peringatan kita semua yang kadang-kadang lalai...

*******************************************************************************************
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW
mengenai orang yang melalikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu
mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut
mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW
bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka
sesungguhnya dia telah memasuki pintu
besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan
menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.

Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api
itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan
3) Akan muncul seekor ular yang bernama
"Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang
Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga
naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi
kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh
Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi
(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan
itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.
Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT,
dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita
lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.
Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan disamping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
Wallahualam.....
untuk panduan bersama..

** ambil dekat forum CG.. lupe lak sape..x dpt nak bg kredit

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers