Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Monday, October 31, 2011

Tips untuk mengecilkan perut buncit!

Assalamualaikum semua.....wah.....semua...bajet macam ramai aje yang bace blog ko kan...alaaa..lebih pada dua tu aku assume dah ramai la kan...*sentap* ke tidak??????meh aku bagi hujah sokong statement aku tu... kalo bahase omputes pun, kalo satu tade 's' kalo lebih dari satu ade 's'...faham tak??faham tak?? ade faham tak ape yang cuba aku sampaikan????? okeh macam ni..kalo satu pencil orang sebut "pencil" tapi kalo lebih dari satu pensel orang putess kate "pencilssss" ye anak2...haaaaaaa kauuu.... nampak tak ??? haram jadah, contoh pun tak betul...eh asal panjang sangat introduction aku?? bukan ke aku sepatutnya cerita pasal perut buncit???? 

T__T baiklah saya cuma tak ade idea

baiklah kita cerita pasal perut buncit pulak... sape yang nak suka dengan perut buncit kan??? baik perempuan , baik lelaki... *terkecuali bagi yang mengandung .. so aku ade cara bagi korang nak kempiskan perut... tapi dengan syarat
**lakukan secara konsisten
**disiplin yang tinggi
**lakukan setiap pagi tanpa GAGAL


caranya ialah

~Lakukan setiap pagi..

Berdiri tegak....tundukkan kepala, tatapan mata ke perut .. Bongkokkan badan..Buka baju, Lalu tampar perut byk kali, sambil mengucapkan :"Bikin Malu.. Bikin Malu..Bikin Malu... Bikin MALUUUUU AJA!!!!!

jangan marah aku daa....marah pada forum cg....kihkihkih..aku dapt kat situ

Maybank2u urgent Customer Notice

eh jap.....pelesu kah email ini?? kerana aku tadek maybank 2u..harap maklum.. juga dah berape kali kauuuu anta da email sebegini...

Tuesday, October 25, 2011

Fly to.................

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

cerita dah berbulan lepas..tapi sebab bizi aje, duduk la semua gambo ko didalam pendrive terperam disitu ....tak sempat nak draft2 la...t kang tak draft asyik kene tacap lak...salah eja la..salah penggunaan tatabahasa la kannn.... *owh macam aku kesah pulak selama ni salah eja bagai   nanti orang komplen tak suke dan terus blah dari sini...maka pendapatan nuffnang terus merudum...sob2 T_T ... sebagai permulaan aku tepek satu gambar dulu..satu sudah la...walopon ikot ati nak tepek semua...nanti korang perasan pulak aku jakun kan.... tak nak la nampak sangat ...hihihihi



kan dah terupload dua..tetibe datang teruja..sila jangan salahkan aku...salahkan keterujaan aku... v_v

Jerawat Oh Jerawat

siapa yang suka dengan Encik Jay  ni kan????? tapi apekan daya, walaupun x suka tapi die still datang menyendeng2 kat kita...ape nak buat..nak2 lagi kalau macam aku ni, kulit agak berminyak dan ada resdung lagi la banyak die hinggap...so aku ade cuba satu produk ni ... baru lagi.... tetibe terasa macam nak bagitau dalam blog..hehehe...leh aku tengok perubahan die kan...tapi kalau tak ade perubahan aku tu bukan bermakna produk tu tak okey..."mungkin " la kulit aku yang tak sesuai dengan barangan itu..Bluerkkkkkk

Siap la ko Encik Jay....!!!!

Giveaway time!!!! Sabar Ye kengkawan seme

Sabar ye kengkawan semua...Pemenang akan diberitahu nanti..lom berkesempatan nak cek satu2... update blog pun cume copy paste aje..hahahaa......mekasih sebab sabar menunggu...hihi mekasih seme.. t kite hapdet okeh

Monday, October 24, 2011

Utusan Online - LOL


Cerita pasal rumah juruterbang disamun tapi gambar die??????









pstt** semoga azhar tenang hadapi dugaan ini..amin

MARCO SIMONCELLI MAUT DALAM PERLUMBAAN MOTO GP SEPANG


SEPANG, 23 Okt (Bernama) -- Perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan berikutan kematian pelumba Itali Marco Simoncelli , 24 tahun akibat kemalangan pada pusingan kedua di Litar Sepang di sini Ahad.

Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu.

Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan.

-- BERNAMA

Friday, October 21, 2011

Solat Sunat Tahiyatul Masjid


Tau tak korang bahawa kalau kali pertama masuk masjid kena buat solat sunat tahiyatul masjid?????? saya (ceh tetibe guna ayat saya2) tak tau.... tak tahu la sama ada aku tak ingat atau memang tak belajar..tapi memang saya tidak tahu....tau pun kawan saya yang bagitahu... so kepada mereka yang tak tahu meh nak bagitau sikit..kalau dah tau pun x salah kalau baca kan?????

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat mu’akkad ‘selamat datang’ bagi menghormati masjid yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan sesuatu yang lain.
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim)
Dalam sebuah riwayat yang lain disebutkan, “Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk hingga mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
.
.
Tujuan
1.  Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah.
2.  Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3.  Menggalakkan umat Islam mendapat pahala berganda ketika di masjid.
.
.
Tertib
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah lakukan pekara2 berikut:
 .
1.   Bila seseorang jemaah hendak masuk sesebuah masjid disunatkan membaca doa:
.
2.   Berniat iktikaf.
.
3.   Dan apabila sampai di tempat hendak duduk, bagi menambahkan kecekalan hati dalam menghadapi syaitan eloklah dibaca:
.
.
 Cara Melakukan Solat Tahiyatul Masjid
Sebelum duduk, boleh terus mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dua raka’at. Caranya sama dengan solat sunat yang lain, hanya niatnya saja yang berbeza.
.
1.  Niatnya :
.
2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
      Raka’at pertama – Al-Kafirun.
      Raka’at kedua – Al-Ikhlas.
.
3.  Zikir Selepas Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Kemudian selepas selesai Solat Sunat Tahiyatul Masjid itu bacalah 100 kali;
.
 .
Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga sampai mendengar azan.
.
.
Fadilat
1.  Melatih masyarakat kearah meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
2.  Memperolehi pahala yang berlipat ganda.
3.  Dapat meningkatkan ketenangan jiwa dan perasaan.
.
Ulama hadis terkemuka, Sufyan at-Tsauri menyatakan, di antara perkara yang termasuk dalam pekara sia-sia ialah apabila seseorang itu masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid.
.
.
Permasalahan Solat Sunat Tahiyatul Masjid
.
1. Jika seseorang itu telah masuk masjid dan terus duduk dengan sengaja, maka tiada lagi Solat Sunat Tahiyatul Masjid baginya.
.
2. Jika duduk itu dengan terlupa ada 2 keadaan.
a. Terlupa yang sekejap kemudian ingat kembali, maka dibolehkan bangun dan terus solat.
b.  Jika terlupa yang panjang waktunya, kemudian teringat, tiadalah lagi dibolehkan bangun bersolat.
.
3  Sekiranya masuk masjid dan didapati azan sedang berkumandang, maka perlulah menjawab azan tersebut sambil berdiri, kemudian melakukan solat sunat Rawatib yang  dikira sudah memadai sebagai memenuhi tuntutan Solat Sunat Tahiyatul Masjid..
.
4. Apabila masuk masjid,  khatib sedang berkhutbah atau majlis ilmu sedang dijalankan,  hendaklah mengerjakan solat Tahiyatul Masjid dua rakaat, sebelum duduk. Solat tersebut hendaklah dilakukan secara ringkas dengan mengambil yang wajib sahaja. Malah Rasulullah SAW pernah menegur orang yang masuk ke masjid kerana tidak Solat Sunat Tahiyatul Masjid sewaktu khutbah jumaat dijalankan.
.
Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a., dia menyatakan: Sulaik al-Ghifani pernah datang pada hari Jumaat ketika Rasulullah SAW sedang menyampaikan khutbah lalu dia terus duduk. Beliau SAW pun berkata kepadanya:

“Wahai Sulaik, berdiri dan ruku’lah dua rakaat serta pendekkanlah dalam melaksanakannya.” Kemudian beliau bersabda: “Jika salah seorang di antara kamu datang pada hari Jumaat ketika imam sedang berkhutbah, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat dengan seringkasnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
.
5. Orang yang tidak dapat mengerjakan Solat Sunat Tahiyatul Masjid disebabkan sudah dimulakan solat jemaah atau dia telah duduk atau dia sekadar masuk sebentar untuk sesuatu keperluan, maka dianjurkan membaca 3 kali:  ‘Subhanallah Walhamdulillah Walailahailallah Wallahu Akbar.’
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAWbersabda: “Jika iqamah solat sudah dikumandangkan,tidak ada solat lagi, kecuali solat wajib.” (Hadis Riwayat Muslim)
.
6. Tiada tuntutan untuk Solat Sunat Tahiyatul Masjid di luar masjid. contohnya di padang atau kaki lima.  Sekiranya datang sewaktu imam berkhutbah, kena duduk diam mendengar khutbah. Jika tiba sebelum imam memberi khutbah dan selepas azan pertama, maka boleh solat sunat qabliyah Jumaat.
.
والسلام
By
Shafiqolbu


Thursday, October 20, 2011

Inilah Tukang Sampah yang Menolong Budak 2 Tahun Mangsa Langgar Yang Tak Di Pedulikan




Pemungut sampah, Chen Yianmei yang ‘menyelamatkan’ gadis kecil Yueyue. Ia menceritakan kejadian itu sambil menangis.

Peristiwa yang mengemparkan dunia, dimana bayi 2 tahun dilanggar dua kali oleh dua buah kereta dan tak seorang pun peduli. Padahal waktu itu terakam dalam CCTV ada 18 orang yang lalu lalang dekat bayi yang tengah kritikal itu. Hanya seorang pemungut sampah, ibu tua (Chen Yianmei) yang tergerak hatinya memeluk sang bayi dan meminta bantuan. Anehnya orang-orang di sekitar lokasi kejadian tersebut tetap tak menghiraukanya sama sekali. Ada sejumlah orang melihatnya dari dalam kedai tapi tak melakukan apa apa seolah tak ada kejadian sama sekali.


Bayi malang bernama Yueyue tersebut kini sedang terbaring di hospital, dan doktor menyatakan bayi tersebut akan meninggal, namun jika tidak matanya akan buta seumur hidup dan otaknya akan rosak seumur hidup.

Sewaktu kejadian si bayi berlari ke tengah jalan raya tiba-tiba sebuah van putih datang ke arah ke Yueyue dan melanggat tubuhnya. Pemandu tersebut tidak turun, malah melarikan diri. Akibatnya roda belakang van tersebut kembali mengilis si bayi tersebut. Seseorang yang menyaksikan seluruh kecelakaan itu slumber dek jer berjalan melintasi tubuh Yueyue.

Dia bahkan tidak pandang sedikit pon. Setelah itu, dua pejalan kaki lalu berjalan melintasi dan melihat yueyue mengeletek kesakitan , tetapi tiada sebarang tindakan pon yang dilakukan. Tak lama muncul sebuah truk pickup. Si pemandu tidak memperhatikan Yueyue dan melanggar kembali bayi itu, kali ini pada bahagian kaki bayi itu pulak.

Sekali lagi! Dalam sepuluh minit berikutnya, lebih 10 pejalan kaki melintasi mangsa, tetapi semua hanya memandangnya dan tak seorang pun berhenti untuk membantu, bahkan untuk memanggil polis pun tidak. Yueyue masih mengerang kesakitan, dan kemudian diam. Sekitar jam 05:31, seorang wanita tua pemungut sampah terlihat di CCTV muncul di jalanan. Dia melihat Yueyue dan datang mencuba mengangkat tubuhnya. ( tao rasa wanita tua tu nak kalih kan ketepi jer kot )

“Tapi Yueyue sudah lembik sperti mee,” kata Chen Yianmei seperti dikutip di berita itu. Wanita tua itu kemudian memindahkan Yueyue ke sisi jalan yang lebih selamat dan kemudian meminta bantuan. Ibu Yueyue, yang berada di sekitarnya, bergegas ke Yueyue dan memeluknya.

Seseorang berkata, jika saja 3 orang pertama yang melihat Yueyue datang menyelamatkannya maka risiko yang tinggi mungkin masih dapat dihindari, apalagi setelah tertlanggar buat kali kedua itu .

Video tersebut disiarkan di media dunia, dan orang-orang pun mengecam keras sikap tak ambil peduli ke bayi itu. Sumpah serapah dan keprihatinan nyaris memenuhi ruang komen berita itu.


kenapa tiada siapa membantu budak 2 tahun yang digilis di cina 



Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?


mesti ramai yang tahu pasal kes budak dua tahun yang digilis tu kan?? aku ingat lagi aku dengan kawan-kawan aku penuh emosi cerita sal kes ni. Tadi mummy to be erlyn ade emailkan pasal ni..dan aku nak share jugak la kat korang-korang... tapi kalau maklumat ni salah maknanya sumber nye salah la...huhu maapkan aku okeh...chop2...kalo korang dah tau pun aku still nak post..haha boleh????


TAOTAUAJER - Tao yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.


Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...


"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah

Sekarang tao nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?
PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die

kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu

akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar

hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...
Tao berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

SUMBER : TAO 

Tuesday, October 18, 2011

GILA!!!Ibu muda sembelih anak luar nikah

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.




x rasa baby ni sgt comel ke????

Friday, October 14, 2011

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT



Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut.





 Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.
Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.


Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu’alam

Wednesday, October 12, 2011

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32





Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?~

Wordless wednesday## I DONT WAKE UP TO IMPRESS YOU!!!!!



Tuesday, October 11, 2011

Gerai Lima Bintang


KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini terkejut apabila dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM17.50 untuk segelas teh o ais dan sepinggan nasi berlaukkan ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal.

Menurut pelanggan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ashraf, dia singgah ke restoran tersebut untuk makan tengah hari semalam.

“Saya pertama kali pergi ke kedai makanan itu dan pada saya ia hanya kedai biasa sahaja cuma bahagian dalam mempunyai ruang khusus untuk pendingin hawa.

“Selepas ambil makanan, saya makan di bahagian luar restoran ini. Kemudian semasa saya ingin membayar makanan, saya diberitahu kena bayar RM4 untuk segelas teh o ais dan RM13.50 untuk makanan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ashraf yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan bangunan memberitahu, restoran itu tidak kelihatan seperti sebuah restoran bertaraf lima bintang atau terdapat di hotel.

“Walaupun saya pernah makan di tempat-tempat yang eksklusif dan membayar pada harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan tetapi saya tidak rasa restoran ini bertaraf eksklusif dan pada pandangan saya biasa sahaja dan tiada yang istimewa,” ujarnya.

Harga segelas teh o ais di kebanyakan restoran ialah RM1 hingga RM1.70 manakala sepinggan nasi ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal pula RM5 hingga RM8.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_08.htm

Monday, October 10, 2011

Awan Disinari rembulan dengan kalimah Allah


KEBAIKAN KURMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...apa kaba punn?????? hari ini kita akan bincang kan mem pasai kurma aduhaiii...


Serius dowh (aku tulis dowh pasal tetibe terasa nak jadi budak2 urban hari ni ) aku memang tak berapa berkenan ngan kurma, kalau time puasa tu memang jarang-jarang la aku telan kurma. bukan makna aku tak makan langsung.. cuma tak berapa menggemarinya... tapi kan kalo korang tak makan better r fikir 2 3 kali..pasalnye kebaikkan nye memang sangat mengancan.. info ni aku ambil dari Blog Golden ros

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda:
"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda:
"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 

Sabda Rasulullah s.a.w
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamilitu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma adalah amat baik sekali jika diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. 

 
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. 

so banyak kan kebaikan die... preggy mom sila makan kurma okey

Saturday, October 8, 2011

PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran




PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di per*****kan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.



Psstt ** copy from carigold forum

Tiru Aksi lesbian


JASIN: Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua beradik dikesan melakukan aksi ghairah itu di rumah mereka di Asahan, di sini.

Bagaimanapun, dua beradik berusia sembilan dan tujuh tahun itu yang didakwa pernah melakukan perbuatan terbabit sejak setahun lalu tidak bernasib baik apabila perbuatan mereka dilihat ibunya Rabu minggu lalu.


Ketika ditemui ibu mereka, dua beradik itu asyik bergomol umpama pasangan sejenis tanpa seurat benang dalam sebuah bilik di rumahnya.

Nasib malang menimpa dua kanak-kanak itu apabila menerima pembalasan daripada bapa angkatnya yang berusia 28 tahun selepas dimaklumkan ibu kandungnya Sabtu lalu.


Bapa angkat kanak-kanak itu yang baru pulang daripada bekerja di Pahang pada Sabtu lalu merotan dua kanak-kanak berkenaan sebagai hukuman terhadap perbuatan melampau mereka sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.


Bagaimanapun, kesan lebam pada kanak-kanak berkenaan dilihat beberapa penduduk yang mengesyaki mereka didera lalu membuat aduan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela) supaya perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudian berkunjung ke rumah ibu tunggal berkenaan, malam kelmarin. Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM negeri, Zamzuri Mohamad, berkata siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak itu menghubungi bapa angkat anak sulungnya itu yang bertugas di Pahang selepas terkejut melihat perbuatan lucah dua anaknya.

Katanya, lelaki terbabit merotan sehingga lebam di beberapa bahagian tubuh dua kanak-kanak berkenaan sebagai pengajaran. “Berdasarkan siasatan, dua beradik itu mendakwa pernah menonton video lucah yang ditayangkan sepupu mereka ketika mendiami rumahnya di Selangor.


“Mungkin disebabkan terpengaruh atau teringat apa yang pernah ditonton, pasangan kanak-kanak itu cuba aksi terbabit sebelum disedari ibu mereka,” katanya, di sini, semalam.

Hadir sama dalam siasatan terhadap kes berkenaan Pengarah Pembela, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.


Menurut Zamzuri, anak sulung ibu tunggal itu diserahkan kepada satu pasangan untuk dijadikan anak angkat secara sah kepada lelaki berusia 28 tahun dan isterinya berusia 25 tahun itu sejak setahun lalu.


Katanya, ketika kejadian, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu pulang ke rumah ibu kandungnya selepas ibu angkatnya itu ke Pahang untuk menemui suaminya yang bertugas di negeri itu.


“Saya dimaklumkan, adik-beradik itu bukan pertama kali melakukan perkara sumbang itu dan keluarganya pernah melihat mereka berdua-duaan dengan keadaan mengghairahkan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Du...esbian/Article
__________________

Pssst** T__T

Friday, October 7, 2011

Orientasi Paling Gila Di dunia - 18 SG kot





Para gadis-gadis calon mahasiswi berbaring dan para calon mahasiswa di atasnya dengan posisi Push Up - itu adalah sebahagian aktiviti Orentasi dari Institut Manajemen Singapura-Universiti (SIM-UOL) bulan lalu.


Menurut artikel di The New Paper, sekitar 400 siswa ambil bahagian dalam orientasi dan anak perempuan dan anak laki-laki semua freshies dan tidak mengenal satu sama lain. Selain kegiatan yang disebutkan sebelumnya, para siswa juga diminta memakan biskuit dari hujung yang berlawanan dan memeluk lawan jenis.

Beberapa orang gadis merasa sangat tidak selesa dengan kegiatan ini dah bahkan ada yang menangis kerana aktviti yang diperlakukan ini sungguh memalukan..


sumber: sekamar rindu

Thursday, October 6, 2011

Pengasas Apple Inc, Steve Jobs Meninggal Di Usia 56 Tahun.


Hari ini dalam sejarah! Pengasas syarikat Apple dan pencipta Ipod telah meninggal dunia hari ini pada 5 Oktober 2011. Dunia telah kehilangan seorang lelaki yang telah banyak merubah teknologi dan memberikan banyak inovasi kepada banyak produk ciptaannya.
Steve Jobs mula dikesan menghidap penyakit kanser dan menjalani pemindahan hati pada tahun 2009. Beliau yang dilahirkan pada 24 februari 1955 telah mengasaskan Apple di garaj rumahnya pada tahun 1976 bersama Steve Wozniak. Setelah hampir 35 tahun ditubuhkan, kini Apple Inc boleh berbangga dengan pencapaian dan teknologi yang mereka kembangkan.
Kematian Steve Jobs benar-benar mengejutkan bukan sahaja kami, malah semua orang di seluruh dunia. Bill Gates turut berkata, “Dunia jarang melihat seseorang seperti Steve, seseorang yang mampu memberikan kesan dan ingatan pada generasi akan datang.”
R.I.P Steve Jobs, 24 Februari 1955 – 5 Oktober 2011

Raja Lawak kena tahan

TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.


Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.


agak2 sape yer 

Wednesday, October 5, 2011

Tak Ada Baju Melayu Putih, Tak nak Kahwin

PUTRAJAYA: Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.

Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.

Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.


Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ma...akjadi/Article

Saturday, October 1, 2011

Koir Di Majlis Perkahwinan RM12 Juta Persembahkan Lagu Gereja?

Terima kasih kepada Astro yang menganjurkan majlis rumah terbuka, kami mempunyai pilihan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan RM12 juta.
Daripada beberapa perkhabaran yang kami terima, majlis perkahwinan Norman Hakim &Memey Suhaiza yang berlangsung malam tadi tidak lebih dari sebuah acara promosi.
Rafflesia yang menaja perkahwinan mega ini berkata keseluruhan majlis memakan kos sebanyak RM12 juta dan ramai hadirin kurang setuju dengan angka tersebut.
Lebih menarik adalah kenyataan jujur chef selebriti Malaysia, Chef Wanyang turut hadir ke majlis malam tadi. Chef Wan turut menyifatkan majlis tersebut jauh lebih murah dari angka RM12 juta.
Menurut Chef Wan lagi, ramai media tidak berpuas hati dengan koir yang ada dalam majlis bertemakan New York itu kerana di’katakan mendendangkan lagu bertemakan perkahwinan ala gereja.
Chef Wan turut menulis yang tiada sebarang doa di’bacakan sepanjang majlis sedangkan ini sebuah majlis perkahwinan orang Islam.
Anda boleh membaca kenyataan Chef Wan yang jelas tidak berpuas hati dengan cara majlis ini di’jalankan di Facebook rasmi beliau atau kenyataan copy pasta di’bawah. Enjoice
Just got back from the Wedding of Norman Hakim and Memey. If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.
Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la.
I liked the ambience and Atmosphere but tak tahan MC asyik panggil Taukeh Rafelessia,Dato Jimmy Choo and Lord Taylor tak habis2 puji memuji and mengingat kan kita semua betapa mahal tajaan mlm tu dgn gown dan kasut harga mcm ni dan mcm tu… letih mak lah!
Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.
I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding.That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti.
U tengok this weekend jika masin mulut i mesti banyak issue di ketengah kan.I think the sponsors also tak make it clear that this wedding pengantin tak ada banyak involvement.
Just as a model for us to fit all our jewellery on her baju.Press ambil2 gambar pun publicity is for the sponsors lah as i was told by the hotel that the actual cost of the interior is only RM94,000 ,the room is sponsored.
Makan sponsor cover for 200 guests i feel would not be more than RM100,000 la that menu mcm tu. So where is the 12 million yg press2 heboh2 dari awal tahu saja press kita dengar RM12 million. Wow!
Gambar ihsan mStar Online

sumber : roti kaya
ai hapdet aje...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...