PUTRAJAYA: Majlis akad nikah seorang wanita berusia 24 tahun yang sepatutnya berlangsung di sebuah masjid di sini kelmarin, tidak kesampaian apabila bakal pengantin lelaki ‘ghaib’ dipercayai hanya tidak mempunyai baju Melayu putih.
Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin perempuan menanggung malu kepada imam, saksi serta sanak-saudara apabila majlis berkenaan terpaksa dibatalkan.
Menurut pengantin perempuan yang mahu dikenali sebagai Julia, dia sepatutnya dinikahkan dengan teman lelakinya yang sama usia selepas solat Isyak hari berkenaan berikutan kedua-dua keluarga sudah bersepakat melangsungkan majlis berkenaan.
Katanya, persiapan majlis akad nikah itu dibuat sejak akhir Ogos lalu.
Julia berkata, hasil perbincangan, keluarga teman lelakinya bersetuju mereka dinikahkan, malah meminta dia dan teman lelaki menghadiri kursus perkahwinan minggu lalu.
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Ma...akjadi/Article
2 comments:
macam ni pun ade. mereng ke ape laki tu. haha
Saya berpendapat pengantin lelaki tersebut kurang matang....
Alasan yang digunakan terlalu keanak-anakan...
Ini hal perkahwinan.. Suatu perkara terpenting dalam riwayat hidup seorang manusia...
Kebiasaannya untuk seseorang melalui detik2 ini, mereka dah buat persediaan beberapa minggu hingga berbulan lamanya...
Post a Comment