Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, June 14, 2012

Cepat Lapar!!!!! Grrrrrrrrrr



Lately ni aku sangat-sangat cepat rasa kelaparan... biarpun 2 jam yang lepas aku dah melantak macam apa kan... 
kadang-kadang rasa lapar tu datang tiba-tiba...
datang pulak ngan pakej, siap efek rasa mengeletar badan macam tak jumpa nasi 10 hari....
pelik kot... asyik lapar macam bela jinkalewa jinkala...
tadi tetibe ade terniat nak tengok fungsi2 vitamin2 yang aku ngah makan skang....

ooooooooooooooooooooooooooooooo... itu lah punca die upenye...!!!ciskek!!!
sebab aku makan vitamin b kompleks
kenapa lak makan vitamin b kompleks ni aku asyik lapar je!!!! pantang ade mase terluang ko tau...
pade korang yang tak tahu meh aku kasi tau ape yang aku baru baca tadi....

Orang pasti bertanya, mengapa bila makan B complex kita jadi cepat lapar? Ini kerana B complex berfungsi untuk menukarkan glukos kepada tenaga. Tanda lapar itu bermakna badan kita perlukan glukos untuk menukarkan menjadi tenaga. Maka kita perlu makan tetapi bukanlah sehingga kenyang dan menjadi malas. Memadai makan untuk alas perut hatta sebiji kurma.

ohoooooooiiiiiiiiiiiiii...patut la pun... ade ag...sambung baca

2) Cara aturan makan

Secara logiknya, bila kita dah tau tentang fungsi B kompleks ini, boleh ditetapkan cara aturan makan b kompleks yang betul.

Disarankan b kompleks ni dimakan selepas makan. Bukan sebelum makan atau semasa lapar. Kenapa ya?

Semasa badan kita kekurangan glukos (lapar) kita makan pulak b kompleks ini, jadi, b kompleks akan menukarkan segala glukos2 yang tersimpan dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Sekiranya tak cukup glukos, pasti badan akan menghantar signal yang baru iaitu petanda perut berbunyi dan “SAYA LAPAR”.

Jadi anda akan terasa cepat lapar dan nafsu makan akan membuak2 sebab badan perlukan glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sebab itulah bila makan b kompleks masa lapar, anda akan makan dengan lebih banyak lagi. Jangan salahkan b kompleks ye sebab fungsi itu sudah ditetapkan Allah sebegitu. Kita sebagai manusia yg perlu menggunakan akal fikiran untuk mengaplikasikan ilmu yang Allah turunkan untuk semua hambaNya.

Jadi, kalau anda nak kurus, makanlah b kompleks selepas makan. Kalau nak tambahkan berat badan, makanlah sebelum makan atau masa lapar J

3) Sumber b kompleks
Adalah sangat penting untuk anda mengetahui bahawa b kompleks sintetik yg banyak di pasaran dibuat dari bahan apa? Boleh baca sendiri mengenai kandungan b kompleks sintetik. B kompleks Shaklee diperbuat dari bahan-bahan asli yang tidak membahayakan kesihatan. Tidak membahayakan organ. Tidak membahayakan sel-sel badan. Sumber yang selamat juga penting agar sistem metabolism badan tidak terganggu.

5 comments:

Nurul Affendi said...

ko peknen eh??
biasanya orang kuat makan ni org tgh peknen!!
ekekekekek

nur anis said...

saya yang tak makan vitamin pun ni, asyik lapar je..-__-"

misz sheyla said...

@NURUL ~ Haah...mengandungi lemak tepu...bhahahha

scha_imal87 said...

itu cuma alasan..nk mencekik,cekik je la..lengan ko tetap mcm tu..tufff

Syira said...

salam..

kalau saya ni,
kalau amal makan lewat mlm, esok pagi2 lagi dah lapar..huhuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...