Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, May 16, 2012

Jiran yang so...so




duduk berjiran kat KL ni memang tak syiok langsung tau tak..
jumpa bulan pertama, pandang-pandang aje dulu
bulan ke 2 baru la nak senyum-senym
bulan ke 3 baru bertegur sapa...
bulan ke 4 dan seterusnya senyum2 je...xde peningkatan sampai sudah....

berjiran ada yang baik, ada yang kurang peramah...ade yang tak amek peduli langsung pasal ko....
pendek kate so so aje la...tapi ape pun kita kena la amek tau gak pasal jiran kan...nak2 tak nak kite duduk sebelah menyebelah... walau tak bertegur tapi please jage hubungan tu jangan sampai bergaduh...

ni bukan nak cerita pasal ape la....
aku duk umah tingkat2 so memang la x jumpa tanah kecuali dalam pasu bunga....
jiran ade pelihara kucing <--- tapi tanak ngaku
tiap kali nampak kucing tu mesti tanya kitorang
"ehhh... kucing awak ke ni????"<----- tiap2 kali jumpa dak umah aku tanya mcm ni

kitorang pun jawab la

"tak la, tak tahu kucing sape, bukan kucing akak ke??"

akak tu jawab
"eh..bukan kucing ni memang kucing floor ni, akak bagi makan je...nama die Issabell"

padahal dah 2 3 kali aku ternampak kucing tu melepak dalam umah dia time pintu umah die terbukak....nama tanak kalah tu...

nak jadikan citer satu hari tu kat depan umah aku pakej kucing tu sekali ngan anak-anak die yang dah besar sikit..selama ni aku tak pernah nampak pun anak die....maybe kakak tu jage dalam umah, bila dah besar sikit dah cergas pandai berak merate2 kakak tu letak kat luar umah..jgn kate anak2 die je pakej sekali ngan die punya najis2

perghhh memang tak tahan la kan...aku memang tak boleh sikit dengan kucing..nak pegang die pun aku tak boleh inikan pulak najis2 die...ko balik keje penat2 pas tu nak bersihkan najis2 kucing yang merate2 kat depan umah ko, sape tak sakit ati kan.....
umah mak aku pun ade kucing gak... tapi xpernah la lagi wat pengotor macam tu...
nak kencing nak berak pandai die carik port...

so pagi tu nak g kerja aku ngan dak umah decide nak letak kucing tu kat floor bawah sekali, since kakak tu tak mengaku tu kucing die.. kitorang letak kat level bawah sekali sebab kitorang tau mesti selamat punya kucing tu...
balik tu sekali aku nengok kucing tu dah ade kat atas balik, sekali ngan anak2 die duk melepak baik atas2 kasut...ase nak ngamuk aje.

aku bukan ape..aku tadek masalah pun kalau akak tu nak bela kucing, tapi kalau dah ase duduk apartment ...takde port untuk kucing tu berak kencing, beli la pasir tu...xde la die berak merate2...kalau dah dari kecik die berak merate memang sampai ke besar la macam tu sebab tak diajar...

sejak insiden kitorang letak kucing tu kat bawah pandai lak kakak tu letak makanan and air untuk kucing die depan umah die.... selame ni letak tepi umah kitorang...sebab malas nak gaduh kitorang letak kotak kat grill depan umah ..tak bagi kucing masuk  kat umah..


Friday, May 11, 2012

VW Polo Sedan Launch (Phase 3)




Baru-baru ni kereta ni banyak kali singgah kat blog..tapi mula2 aku cam tak minat sangat nak amek tahu kereta apa...sebab tak de niat pun nak beli...kereta teknologi German..gile ko!!!!!! tadek duit la.. tapi tadi terjumpa artikel dekat sinar harian pasal kereta ni...oooo kirenya kereta ni jenis mampu milik la....meh baca sesama...tapi kalau nak tahu lebih lanjut pasal spec ke, harga ke, nak pilih kaler  ke KLIK SINI


Kereta keluaran Jerman lebih diinginkan kerana kejuruteraan dan prestasi yang impresif, namun tanda harga yang ditawarkan tidak semua mampu memilikinya. Tetapi kini Volkswagen Group Malaysia menawarkan ‘kereta rakyat’ mereka dalam usaha membolehkan lebih ramai rakyat berpeluang memandu kereta jenama Jerman menerusi pelancaran varian Polo Sedan di bawah harga RM100,000. Bagi mereka yang begitu menginginkan sebuah kereta dengan logo VW di bonet hadapan mungkin anda boleh tersenyum kini.

Ramai yang berharap satu hari nanti akan memiliki kereta keluaran Eropah. Ada antara jenama Eropah dijual pada harga lebih rendah kerana dipasang dalam negara (CKD) contohnya jenama Perancis.

Namun, keluaran Jerman lebih diinginkan kerana hasil kejuruteraan dan prestasi yang impresif. Justeru itu dengan kehadiran Polo Sedan memungkinkan untuk anda memiliki kereta Volkswagen (VW).

Pengenalan segmen baru ini oleh Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah memecah tanda harga kebiasaan jualan kereta Volkswagen melebihi RM100,000 di pasaran negara. Walaupun untuk menawarkan harga yang berpatutan dalam negara ini agar sukar kerana polisi kerajaan yang menjadikan ia satu cabaran yang besar.

Namun begitu, memiliki matlamat tersebut dan menggunakan sumber-sumber global, kini VGM menawarkan Polo Sedan di bawah RM100,000 (RM99,888 harga sebenar).

Kenderaan pemasangan luar negara (CBU) dari India itu dilengkapi enjin 1.6 liter Multi Point Injection (MPI) dipadankan dengan transmisi Tiptronic automatik enam kelajuan.

Menawarkan kuasa kuda 105PS dan kuasa kilas 153Nm, kereta sedan keluarga ini boleh memecut dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam tempoh 12.3 saat dan mencapai kelajuan maksimum 183 km/j.

Apabila menyentuh tentang pemasangan di India tentunya ramai akan mempertikaikan tentang kualiti kenderaan tersebut, namun Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay memastikan walau di mana kenderaan VW dibina ia dipastikan memenuhi standard kualiti global syarikat.

Beliau juga menegaskan tidak semua model VW didatangkan dari India kerana VW sendiri mempunyai kilang seluruh dunia yang menawarkan model khusus. Sebagai contoh Jetta dan Beetle dipasang di Mexico.

Melihat reka bentuk Polo Sedan, ia mirip barisan kereta VW yang lain dengan garisan tajam di hadapan dan reka bentuk lampu hadapan VW. Bahagian belakangnya juga mudah dicam yang memiliki beberapa persamaan dengan Jetta.

Secara keseluruhan bentuk badan yang diketengahkan ringkas dan sederhana. Mungkin ia bukanlah kereta paling menarik berbanding 12 model lain VW di Malaysia tetapi kehadirannya di jalan raya pasti akan disedari.

Kabin Polo Sedan pula mengetengahkan gaya premium dengan caranya tersendiri. Jangan jangkakan kabin yang eksklusif lebih daripada harga yang ditawarkan. Gaya Eropah diserlahkan menerusi pakej kemasan krom di bahagian bolong pendingin hawa, butang lampu, stereng, dan tombol tuil brek tangan. Sebagai tambahan ia juga didatangkan dengan satu sentuhan untuk keempat-empat tingkap berkuasa, pelarasan ketinggian tempat duduk untuk penumpang dan pemandu serta tidak lupa radio bersama pemain CD-MP3/WMA.

Tidak lupa juga kusyen dibalut material fabrik dan papan pemuka yang ringkas. Bahkan ruang but di bahagian belakang seluas 454 liter, cukup luas untuk membawa barang-barang dalam menempuh pelbagai aktiviti harian.

Memandu uji Polo Sedan sehari selepas pelancaran di Pulau Langkawi, Kedah, ia agak lancar. Jentera segmen B itu menunjukkan prestasi yang baik walaupun pecutan sedikit lembap.

Ia memberi respons berdasarkan kepada permintaan pendikit anda dan perlu diingatkan ia tidak dilengkapi dengan pengecas turbo seperti varian VW yang lain serta tidak didatangkan enjin 1.2 liter TSI dan kotak gear DSG tujuh kelajuan seperti mana versi hatchbacknya. Oleh itu, anda jangan terlalu berharap kepada pecutan yang responsif ataupun lebih dari itu.

Menekan pendikit kepada kelajuan yang lebih tinggi mendapati enjin sedikit membantah tetapi tindak balasnya agak baik. Secara peribadi bagi penulis kelajuan terbaik untuk anda memacu dan menikmati Polo Sedan adalah antara 90 hingga 120 km/j.

Dari segi kedapan bunyi juga agak baik di mana bunyi bising dari luar sangat sedikit. Apa yang boleh dikatakan di sini Polo Sedan menjadi pilihan terbaik buat mereka yang menginginkan kereta Eropah pertama atau yang memerlukan kereta sedan keluarga yang selesa dan jimat petrol.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/karya/...rah-vw-1.46854

Thursday, May 10, 2012

Iklan shampoo semua bajet best aje...









kalau nak cerite pasal rambut gugur..perghhhh 3 hari 2 malam pun tak habis lagi agaknye...
usia dah meningkat ni rambut asyik gugur aje...
kalau bangun tido tu tak sah kalau tak selonggok lekat dekat bantal..tu lom kire yang bersepah2 kat tilam lagi...
kire kalau CSI nak wat investigated memang x susah la nak cari rambut...xpayah guna kanta pembesar  bagai...

iklan shampoo kat tv pulak tak sah kalau tak bajet best...
shampoo die aje la satu2nye yang terbaik kat dunia...perghhhh
kalau pakai shampoo die rambut gugur leh kurang dalam masa 2 minggu..2 minggu beb... meh aku bagi contoh2nye ea..

fentene cakap kalau pakai dalam masa 2 minggu rambut gugur dah mula kurang ... 
Hasilnya... hari pertama


Hari ke 14


senselk kata shampoo die mengatasi rambut gugur 

dah pakai sebulan

pakai la shampoo pape pun ...rambut aku tetap gugur gak.. tapi ade satu cara je nak atasi rambut gugur..kalau aku la..meh aku kasi TIP die..........cara-caranya adalah

potong pendek

kompem tak ade rambut yang gugur ag TT_TT ... cara ni memang tiap2 kali berjaya...rambut aku kalau dah lepas bahu sikit memang tak sah kalau tak gugur...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers