Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, September 26, 2013

Dapat call dari AIA - Private Number


bulan8 lepas aku dapat call dari dari private number. 
yang nak dijadikan cerita , aku terlebih layan pasal aku dengar Air Asia ni Air Asia tu, customer bla, bla bla...
so aku ingat dari Air Asia... so first sekali dia mintak alamat dan number ic untuk pengesahan...
aku pun ntah kenapa sengal pulak pergi bagi time tu sebab ingat tol dari Air Asia...rupanya insuran AIA
lepas tu dia cerita pung pang pung pang pasal insurans, aku dengar aje..
aku memang dah lama bercadang nak amek insurans , dah 4 tahun aku disscuss ngan kawan2 nak amek insurans..tapi ntah kenapa kitorang cuma semangat time berbincang aje..
bayangkan budak AIA ni bercerita punya laju mcm meter teksi 
amboih pandai orang training ko dik non..
 last2 aku emm kan aje tanda faham...
yang aku faham, sebagai customer Air Asia AIA akan bagi sebulan insuran free.. so kalau apa2 jadi kat aku time tu kiranya dah di cover la...
aku cakap ok...
lepas tu dia terangkan polisi tu polisi ni , kalau aku ade sakit ke ape bla...bla..bla... suami belum tentu sanggup jaga aku , bla..blabla....
lepas tu die tanya soalan2 yang mana aku dah tak ingat sangat

tibe2 dia kata dia dah buat pendaftaran untuk aku..
watdehek.....
dia claim soalan tu tanda dah buat pendaftaran..
eh jadah apa pendaftaran macam ni...
aku cakap kat dia aku tak nak daftar apa-apa...
aku kena bincang dengan suami dulu..
lepas tu dia ulang balik ayat sama
kalau ade penyakit puan yakin ke suami puan jage puan ???
aku terus rasa macam menyampah ,bila paksaan sebegitu dilakukan
lepas tu aku cakap aku ade kerja
call aku semula sebab aku perlukan masa untuk berfikir dan  sebelum aku setuju ambil apa-apa insurans

aku pun terus google...
owh ramai rupanya yang dah kena...
even diorang tak setuju dan masih terpinga-pinga tapi AIA dah potong duit dari kad kredit  siap2 
sedangkan mereka belum terima apa-apa polisi dari insuran tersebut..
aku dah mula cuak..
lepas tu baca-baca lagi..
fuhhh nasib baik aku tak bagi lagi 4 digit terakhir kad bank aku
hari isnin cik AIA call aku lagi dan msih menggunakan private number...
aku jawab dan aku cakap elok2 yang aku tak nak amek apa-apa insurans
Cik AIA masih insist nak suruh aku amek...
aku still degil cakap tak nak amek apa-apa insurans yang menambahkan komitment bulanan aku..
then dia kata ok dan tak paksa2 aku lagi...
tapi baca blog orang yang terkena ni, sampai diorang dah deduct dari akaun...
tiap2 bulan pulak tu, sedangkan polisi insuran tak sampai kat diorang
diorang pun tak sign pape lagi...
serammmm...
kita duit dah la tak ada..
tiba2 kena potong oleh insurans yang kita tak tahu apa-apa langsung..
aku rasa better AIA ni lepas call jumpa pulak orang yang dia call tu senang..
explain face to face lagi senang..
setakat ni duit aku masih belum dipotong..
maybe orang yang call aku tu faham dan tak buat dajal dengan aku..
tapi kalau lepas2 ni dia potong duit aku 
siap la....
tapi selagi kita tak bagi num kad kredit or debit kad kita aku rasa tiada pemotongan dilakukan kot,,,
kot la....



1 comment:

scha_imal87 said...

seram weh..sekarang ada xyah jumpa.asal ada num ic bagai dah cukup.gaji dahla sejemput

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers