Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, October 15, 2010

Juwatan Sekelip Mata

JERANTUT: Dua guru dari bandar ini terkejut apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank menyatakan mereka menerima wang RM7.5 trilion dimasukkan dalam akaun masing-masing, awal pagi semalam.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inderapura, di sini, Bazli Abu Bakar, 41, berkata dia menerima SMS Bank Islam memaklumkan jumlah berkenaan dimasukkan ke dalam akaunnya kelmarin, kira-kira jam 7.50 pagi.

Menurutnya, dia terkejut kerana jumlah wang diterima terlalu mustahil sehingga mencecah angka trilion.

"Saya sungguh terkejut selepas membaca SMS ini dan terus menunjukkan kepada rakan bagi memastikan angka wang yang dimasukkan itu dan semuanya mengakui ia mencecah trilion. 

"Memang setiap kali gaji dimasukkan ke dalam akaun saya, pihak bank berkenaan akan memaklumkan penyimpan dengan menghantar SMS menyatakan jumlah gaji diperoleh. Namun, kali ini jumlahnya tidak munasabah untuk diterima," katanya.

Beliau berkata, penerima SMS juga akan dipotong 30 sen daripada kredit tambah nilai telefon bimbit selepas menerima makluman kemasukan wang dalam akaun penyimpan.

Seorang lagi guru di sekolah sama, Amir Hamzah Nordin, 50, turut terkejut apabila menerima SMS sama jam 7.48 pagi dan memikirkan mungkin terdapat kesilapan sebelum menghubungi pihak bank berkenaan bagi mendapatkan kepastian.

"Saya dan Bazli segera merujuk kepada bank berkenaan di cawangan bandar ini bagi mengetahui kedudukan sebenar SMS itu. Malah, kami juga bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap wang simpanan kami dalam bank itu sebelum ini.

"Lebih membimbangkan, kebetulan kami menerima gaji pada hari ini dan kesilapan itu akan menyebabkan wang gaji tidak dapat dikeluarkan," katanya.


Menurutnya, seorang pegawai bank dihubungi mengaku kesilapan teknikal berikutan sistem perkomputeran bank itu dinaik taraf dan mengakibatkan kesilapan jumlah wang dihantar kepada penyimpan akaun.

"Mujurlah kesilapan SMS ini tidak menjejaskan wang gaji kami. Jika tidak, sudah tentu keadaan semakin buruk memandangkan kami memerlukan wang ini untuk kegunaan harian selain membayar bil dan ansuran.

"Pihak bank berkenaan mengakui kesilapan mereka dan sekali lagi menghantar SMS kira-kira jam 4.30 petang memohon maaf, selain mengembalikan semula caj 30 sen bagi SMS yang kami terima sebelumnya," katanya.

Katanya, selain mereka berdua, tiga lagi rakan juga guru sekolah berlainan menerima SMS sama.





** ape la aku nk wat lau aku yg dpt wet 2

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers