(Hidangan untuk 2 orang)
Bahan-Bahan
- 60 g (¼ cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit.
- 90 g (1 biji) ubi kentang, dikupas dan dipotong dadu
- 20 g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
- 30 g (2 sudu makan) jagung manis
- 125 ml (½ cawan) stok ayam
- 30 ml (2 sudu makan) susu ibu
- 10 g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang
Cara memasak
- Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk.
- Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sahingga ubi kentang menjadi lembut.
- Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit.
- Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak.
- Kisar campuran sehingga menjadi kasar.
- Masukkan susu ibu dan hidang.
Cadangan
- Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan.
- Hidang bersama nasi lembik.
Selamat mencuba!
pstt* resepi ni semua saya telah savekan lameee dulu..so tak dapat nak bagi kredit dekat orang yang postkan pasal ni..saya tak ingat ambil di blog..majalah..website..fb..ntah la...mintak halal
2 comments:
bleh copy resipi nie.. nnt baby dah 6 bln boley la Fiza try..
Oh itu rupanya resepi makanan bayi, nampak sedap jugak makanan bayi buatan sendiri ni ye :-)
Post a Comment