Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, September 26, 2012

Teringat Kisah Dolu-dolu


2 minggu lepas pergi pangkor untuk handle kursus....
sampai sana terus teringat zaman2 study dulu....
aduihhhh...rindu same kawan2 dulu...
 




separuh dah kawen, separuh still study..separuh lagi ilang
huargh....



Tengok BMI sendiri


korang tau kan ape itu BMI???
untuk apa BMI tu???
macam mana nak kira BMI??
tak payah susah2 guna formula...
meh nak share jadual BMI yang di gugel tadi....

hehe leh kire BMI sendiri okeh


berat tt dalam 58 tinggi dalam 163 cm.... Alhamdulillah, dalam keadaan sihat....cuma nak kurangkan lagi 3 kilo aje...ngan lemak di perut ... TT___TT
korang lak macam mana???



Tuesday, September 25, 2012

Bunyi Loceng Basikal pukul 3 pagi????


kisah ni di alami oleh kak long aku...
kawasan perumahan die tak ade la horror mana
tapi bila malam..macam-macam cerita yang aku dengar
bukan setakat dengar cerita aku pernah jugak dengar sendiri benda tu...

nak cerita pun meremang la bulu roma aku...
nak dijadikan cerita aku tido rumah die beberapa hari yang lepas...
kalau aku dah tidur tu, memang harap maklum la...aku memang tak kan sedar kalau korang bukak lampu sekalipun....

dalam pukul 2 macam tu
kak long aku dengar bunyi loceng basikal
kring---kring.....

tau kan bunyi die macam mana.. k.long aku memang tanjat gile la....
die pasang telinga betul2 nak dengar lagi... 
tapi bunyi tu dah tak ade....
die pun fikir mungkin telinga die salah dengar...
sekali bunyi ag
kring--kring....
ko bayangkan umah tingkat 3 kot... basikal anak die mana ade loceng
kali ketiga berbunyi k.long aku bangun keluar dari bilik die tengok kat luar... dengar betul2...
tak ada bunyi...

die bangun nak masuk balik dalam bilik berbunyi lagi...
die cepat2 masuk bilik kejut suami die....
lepas tu bunyi tu dah tak ada...

last2 kakak aku duduk ruang tamu nak pastikan bunyi tu...
sekali berbunyi lagi
kring---kring
dada dah berdebar2
die dah pasang lampu
lama sikit lagi bunyi lagi
kring---kring
mata die dah pandang henpon aku kat ruang tamu..
bukan setakat mata telinga pun dah dekat henpon aku...
tetibe 
kring--kring
bunyi datang dari enpon aku.....

kaklong aku punye bengang 
pasal die kecut perut sensorang dari pukul  2 sampai dekat pukul 3 
aku terbangun tengok die
tak sempat aku cakap pape die terus tanye
" ko punye msg bunyi basikal lama tu ke?"

aku jawab la " haah"

"hissshh..penat aku kecut perut bagai"
aku jawab "emmmm" tengok enpon msg dari Celcom
terus tido balik....

kahkahkah bila ingat balik pagi tu aku rase kelakar lak...
mau die tak kecut perut..
rumah tingkat 3, pukul 2 3 pagi dengar bunyi loceng basikal
alaaa...yang basikal dulu2 kan ade loceng tu......
sape tak takut....

sekian dari saya.....
eh korang paham tak ape yg aku tulis ni???

Friday, September 21, 2012

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Sembahyang


kebiasaannya orang solat pada akhir waktu maghrib dan lepas abes solat maghrib tu dalam 5 ke 10 minit dah boleh solat isya'. 
kenapa buat macam tu?? kadang2 sebab senang sekaligus....
kadang sebab tak ada air kat rumah, so kalau tunggu lama-lama nanti titew tertentut...putttt.. dah terbatal air sembahyang....
ni bukan nak cakap kat orang, ni aku pun tak terkecuali buat benda macam ni...
nanti korang tanya lak.. tak malu cerita benda ni?? macam tunjukkan kebodohan sendiri...
malu la.. tapi tak kan nak jadi bodoh sombong....
so bila aku terjumpa artikel ni , aku nak share dengan korang semua....
untuk peringatan kita semua yang kadang-kadang lalai...

*******************************************************************************************
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW
mengenai orang yang melalikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu
mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut
mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW
bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka
sesungguhnya dia telah memasuki pintu
besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan
menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.

Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api
itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan
3) Akan muncul seekor ular yang bernama
"Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang
Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga
naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi
kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh
Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi
(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan
itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.
Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT,
dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita
lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.
Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan disamping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
Wallahualam.....
untuk panduan bersama..

** ambil dekat forum CG.. lupe lak sape..x dpt nak bg kredit

Thursday, September 20, 2012

Kedekut Gile!!!


ye kawan-kawan, bila nak cerita pasal kedekut ni
aku mengaku akulah orang yang paling kedekut sekali dalam bab-bab berbelanja ni
sesetengah orang tak kisah beli beg harga 4, 5 ratus 
tapi kalau hulur kat aku beg harga macam tu 
memang pelan2 aku tolak pakai kaki......
sebab pada aku membazir.....
beg 4, 5 ratus semata-mata untuk bawak kehulu kehilir memang tak berbaloi....
tapi ye la..aku faham....sebab beg mahal ketahanan die luar biasa..
kita keluar 400 boleh pakai 4 tahun kan.... 
tapi aku tetap tak kan beli
kecuali aku betul2 berkenan sangat dengan beg tu.. baru aku keluarkan duit...dengan syarat tak lebih dari RM300.00 
tapi untuk rekod korang semua
bag aku yang paling mahal aku beli adalah bagpack nike RM 210 tak silap aku...
itu pun sebab terpaksa... nak g kursus tak ada bagpack...
itu pun balik umah terus ase nyesal...
bhahahha kedek gile kan aku...

lepas tu kalau cerita pasal perfume lagi la...
aku ni jarang pakai perfume...
aku tak suka sangat wangi2 ni...
dan aku cukup2 bangkang kalau korang suh aku beli perfume mahal...
heloooo aku rasa macam sembur2 duit aje pada kain...
baik aku beli emas kan...
sesak2 boleh jual 
kalau beli perfume??
sesak2 boleh ko pegi kedai beli milo pakai perfume???
"berape kak?? RM 4.50... okey" sembur perfume 4 kali sambil berlalu pergi....
tapi kan sejak2 dapat miniature perfume dari carolina herera tu kan macam berkenan pulak dekat perfume die... hewhewhewhew.... terus ubah fikiran..tak salah sesekali beli kan.... 
212 VIP perfume by Carolina Herrera for women
yang ni seyes mangi...titew sukew....
rege titew tataw.....

tapi harga mestilah kurang dari RM 250...
kalau lebih2 memang aku tak beli...

satu benda yang aku tak kedekut ialah bab MAKAN....
g makan dekat SR bayar 70 hinggit pun rileks aje...
cuma timbul rasa penyesalan selepas membayar rege makanan aje T__T
kadang2 duit aku abes sebab aku makan kot...
barang tak nampak sangat...
menyimpan?? memang tak la...sedikit-sedikit aje
bile gaji, makan kadang2 lebih 10 ringgit sehari...
g sogo lagi beli air la, cekedis la...mekdi la, kehepci la...
sungguh tak menyihatkan ...

tapi skang aku rasa duit tu better aku simpan sikit2... 
tak pun beli barang sikit2....

HERBALIFE ALOE CONCENTRATE


Tadi encik Nuar lalu, lantas bertanya

" eh amende gangnam style tu...gangnam2 ape benda tu?"
seraya aku menjawab " oh tu tarian tu , gangnam tu name tempat"
"best sangat ke?" soal encik anuar lagi
aku menoleh kearah ain untuk meminta bantuan, namun die pun terpinga-pinga...
lantas aku berkata " ntah , tarian tu macam kelakar aje"
lantas ain menyampuk " haah.. kelakar aje, tak tahu la kenape orang minat sangat "

aku tak tahu la amende yang korang minat sangat pasal tarian tu..aku rasa best sebab tarian die kelakar..tapi idok la sampai 44 kali aku ngadap youtube sebab nak tengok gangnam style ni kan....
okeh lupakan pasal gangnam style ni...

Kali ni aku nak SHARE dengan korang pasal satu lagi produk HERBALIFE yang sangat bagus untuk kesihatan.

HERBALIFE ALOE CONCENTRATE

Isi kandungan produk ni, haruslah Aloe vera kan.. xkan benda lain pulak..dah tak kena dengan konsep pulak ye dok?? dah terterakat situ "ALOE concentrate" ..aslo known as LIDAH BUAYA. Dulu-dulu kakak aku ade tanam kat umah , dalam pasu mak aku.. pas tu tenyeh-tenyeh kat muke dorang.. tapi bole aku patahkan sebab nak tenyeh kat muka  , dorang marah, penyudahnya aku dapat belen2 aloe vera yang dorang dah guna... kesian kan jadi adik yang inesen ni... selalu dibuli...gituuuuuu...

sape yang pernah tenyeh aloe ni kat muka memang akan tau sensation die macam mana..muka akan rasa sejuk dan nyaman gilak.... korang pun mesti tau kan apa yang terkandung dalam aloe ni.. bagi yang tak tahu tak apa... tak masuk exam pun, tapi still aku nak cerita gak...

Kandungan 
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. Enzim
7. Triterpen
8. Glyconutrien & glycoprotein
9. Polisakaraid
10. Aceman
11. Fenolik, glikosid
12. Dihidrokomarin

Pokok Aloe Vera memang dijadikan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam 'tangki' yang besar pada daunnya yang keras dengn kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia.

Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria.

Aloe concentrate ni sangat2 bagus untuk membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.

Apa yang luar biasa hebat tentang produk ni, ianya mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. 

Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan PUNCA UTAMA masalah sukar menghadamkan makanan.

Selain dapat mencuci usus dan meningkatkan kesihatan usus, Aloe concentrate ni jugak dapat meningkatkan penyerapan nutrien serta melegakan perut. 

Kebaikkan Aloe vera 

1. Menghentikan pertumbuhan tumor
2. Merendahkan kadar kolesterol
3. Memperbaiki sel darah
4. Menambah oksigen di dalam darah
5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman
8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom
9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
10. Menghilangkan buasir
11. Meneutralkan gula di dalam darah
12. Memelihara buah pinggang dari penyakit
13. Menghalang jangkitan
14. Menguatkan ketahanan badan

Berminat?


Review Sony xperia ion


selamat petang dan salam sejahtera.
bagi review kali ini biarlah kita menggunakan ayat skema sedikit..
ini kerana pihak penaja berkemungkinan tidak mahu ayat caca marba didalam iklannya...
tapi kalau skema sangat pun boring khennn.....
terima kasih kepada pihak nuffnang dan sony xperia ion kerana memberi buffered earning buat blog melukut di tepi gantang ini....
pada mereka-mereka yang ingin mendapat wang semasa berblog bolehlah klik NUFFNANG


 


pada mereka-mereka yang ingin menggunakan henpon sony xperia ion yang canggih manggih ni tanpa perlu keluarkan sesen pun duit bolehlah klik SONY XPERIA ION...
macam mana nak join?? klik facebook die


meh klik ramai-ramai untuk dapatkan henpon sony xperia ion ni..
bukan suh klik aje..korang kena main HD& seek dahulu okey...
best ape..main aje pun dah boleh menang henpon...
aku memang pengguna sony tegar...pasal ape aku suka pakai sony ni
sebab sound die best....
camera dia sangat jelas okeh
henpon sony aku tu masih aku pakai dan tak tukar2 pun..
ni la masanya untuk pakai henpon baru kan....
yang dulu pun aku dah cukup puas ati , inikan pulak henpon keluaran terbaru kan...
TERBAIK!!!!


untuk tengok spec xperia ion ni klik  SONY XPERIA ION

Quick specs

  • 5.1 ounces
  • 144 grams
  • 5.2 x 2.7 x 0.4 inches
  • 133.0 x 68.0 x 10.6 mm
  • Talk time (up to) 10 hours [1]
  • Standby time (up to) 400 hours [1]
  • Music listening time: 12 hours [1]
  • 4.55" touchscreen - scratch-resistant TFT
  • 16 million colors, 1280 x 720 pixels
  • Google Android 2.3 (Gingerbread)
  • 1.5 GHz Qualcomm Dual Core processor
  • 12.1 megapixel camera with auto focus
  • 16x digital zoom, LED flash






























Camera and video
  • 12.1 megapixel camera with LED flash and Auto focus
  • Sony’s Exmor™ R for mobile CMOS sensor
  • 16x digital zoom
  • HD video recording (1080p)
  • 3D Sweep Panorama
  • Image playback, supported formats: BMP, GIF, JPEG, PNG, WBMP
  • Image capture, supported format: JPEG
  • Video playback and recording, supported formats: 3GPP, MP4
  • Accelerated Adobe Flash Video
  • Front-facing camera (1.3 megapixel, 720p)
  • Face detection

Display

  • 4.55”, 1280 x 720 pixels 16M color TFT
  • Reality Display with Mobile BRAVIA® Engine
  • Scratch-resistant, shatter proof sheet on mineral glass
  • Capacitive touchscreen with on-screen QWERTY keyboard
  • Screenshot capturing

Pre-loaded applications

  • Google Voice Search
  • Google Talk with video chat
  • Google Mail
  • Google Calendar
  • Google Maps with Street View and Latitude

Networks

  • GSM EDGE 850, 900, 1800, 1900
  • UMTS HSPA+ 850, 1900, 2100
  • LTE Band IV and Band XVII

Entertainment

  • xLOUD Experience – audio filter technology from Sony
  • FM Radio with RDS
  • 3.5 mm audio jack for headphones
  • Audio playback, supported formats: MP3, 3GPP, MP4, SMF, WAV, OTA, Ogg vorbis
  • Audio recording, supported formats: 3GPP, MP4, AMR
  • 3D and motion gaming
  • Timescape with Twitter integrated
  • Xperia™ 2.0 with Facebook
  • TV launcher

Connectivity and communication

  • USB High speed 2.0 and Micro USB support
  • WiFi and WiFi Hotspot functionality
  • HDMI Support
  • DLNA Certified
  • Synchronisation via Exchange ActiveSync, Google Sync and Facebook
  • aGPS
  • WebKit web browser with Pan & zoom
  • Bluetooth technology
  • Native USB tethering
  • NFC
  • ANT+ technology

Memory

  • RAM: 1GB
  • Flash memory: 16GB eMMC
  • Expansion slot: microSD, up to 32GB


Tak Payah Nak Sedih Sangat ..ko Pun macam tu


aku bukan nak cakap pasal orang lain
tapi apa yang aku cakap ni pasal aku dan jugak orang-orang diluar sana tu yang mungkin lebih kurang aku jugak...
perasan tak kita selalu mengadu orang sekian-sekian ni tak suka kita
orang sekian-sekian ni ngumpat pasal kita kat belakang
orang sekian-sekian ni menjauhkan diri dari kita
orang sekian-sekian ni g hasut orang lain tak suka kita....
orang sekian-sekian ni suka cakap ko macam tu , macam ni

tapi pernah tak kita fikir bila
kita tak suka dekat orang lain...
kita pernah ngumpat pasal orang lain
kita punya tak suka orang tu sampai kita tak nak rapat dan menjauhkan diri pada orang tu
kita bagitau kat kawan kita jangan kawan dengan si polan ni....
bila kita nampak orang lain terus terdetik " eh kelakar la ko ni" 

so.. aku rasa tak perlu nak sentap2 sangat bila kite rasa ada orang tak berkenan dengan kita....
sebab perangai ko pun lebih kurang macam tu.....
bila buat kat orang ko memang tak tau ape rasa dia...dan ko memang tak sedar ape yang orang tu rasa
tapi bila benda dah kena kat batang hidung sendiri
baru la masing-masing nak sentap khen...
tak seswai dengan konsep okey....

so sekarang ni , marilah kita kurang-kurangkan perbuatan annoying itu 
walaupun aku sendiri tau sungguh SUKAR sekali untuk dikikis tabiat itu, bila benda tu dah sebati dalam diri...
sampai kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita dah terumpat orang...
nampak tak??? terumpat ok...TERumpat....nampak kan konsep tak nak mengaku diri tu teruk....
meh la sama-sama muhasabah diri....
hari ni ngumpat 6 jam...esok kita kurangkn 5 jam.. ye dok
sikit2 kita berubah jadi yang lebih baik...
ni aku cerita pasal diri aku....
untuk kesedaran aku...
kalau korang baca and korang rasa korang bukan lah orang sebegini 
maka bersyukurlah....


Gile pemalas!!!


skang ni otak kelapa rasa tepu.....
nak update blog serius macam nak pilih wakil rakyat untuk pilihanraya
tak tahu yang mana satu yang paling terbaik....
banyak benda nak cerita....
cerita umah banjir
citer sal tadek air
citer sal kursus 
tapi terbantut pasal ketiadaan gambar untuk cerita-cerita tersebut...
motip?????
sebab aku memang pemalas
bila dah ada gambar tak perlu taip panjang2 khennnn...
taruk gambar aje....
kohkohkoh.....

Tuesday, September 18, 2012

Herbalife : Pengurusan berat badan terbaik di dunia



Kata kunci carian kat blog ni merata ada keyword herbalife...aku rasa produk herbalife ni dah lama ada dan dah ramai yang tahu, aku pun dah lama tau...bagi yang tak tahu tak ape..meh kita baca sama-sama. Ingin di diingatkan okeh herbalife bukanlah produk untuk kurus semata-mata seperti kebanyakan produk lain .. produk ni datang bersama program pengurusan badan yang bersistematik la aku rasa.Herbalife ini adalah nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.

Tentang Herbalife
Diasaskan pada 1980, Herbalife International adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terunggul yang mengkhusus dalam mempermudahkan ke arah kehidupan yang sihat.
Misi Herbalife adalah untuk mengubah kehidupan manusia dengan produk pengurusan berat badan terbaik di dunia.
Herbalife adalah merupakan nutrien yang cukup untuk keperluan tubuh kita.

Herbalife adalah yang pertama dalam membangunkan pengurusan berat badan yang paling maju, pemakanan dan produk penjagaan diri. Teknologi terkini telah digunakan dalam mencipta formula setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, ataupun bahagian khusus tubuh. Produk-produk ini diasaskan kepada kemajuan dalam sains makanan, tambahan mikronutrien, dan sains herba. Ia dicipta untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyediakan kehidupan masa depan yang sihat.
Dengan menggabungkan alam semulajadi yang terbaik dan kemajuan sains, Herbalife adalah perintis dalam memaksimumkan kesihatan diri.

Pengurusan Berat Badan
Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa. Program ShapeWorks™ menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya anda boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda menghilangkan kilo yang tidak dikehendaki. 

Program ShapeWorks™ mudah, senang diikuti dan enak, menawarkan semua yang anda perlukan untuk mengurangkan berat badan yang berkekalan dengan berjaya. 

Jaminan Pelanggan
Herbalife menjamin kualiti mana-mana produk keluarannya dan memperakui bahawa produk yang dikeluarkan mencapai standard kualiti kesegaran dan kesucian untuk kegunaan pelanggan.
Kami yakin para pelanggan akan pengguna akan mendapati produk ini memuaskan dalam setiap cara. Bagaimanapun, untuk apa sebab sekalipun sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan mana-mana produk Herbalife yang dibeli daripada Pengedar Herbalife, pelanggan boleh meminta bayaran balik dalam masa 30 hari dari tarikh ia terima produk. Pelanggan akan diminta memulangkan produk tersebut, atau bahagian produk yamg belum digunakan kepada Pengedar yang mana produk tersebut dibeli. Pengedar mesti menawarkan kredit penuh kepada pelanggan ketika membeli produk Herbalife yang lain atau bayaran balik atas harga yang dibeli.
Jaminan ini terhad hanya kepada syarat-syarat waranti tertentu yang disertakan atau dipakejkan dengan produk tertentu dan ia terkecuali pada produk yang sengaja dirosakkan atau disalahgunakan.

Lose Weight Now, Ask Me How
Secara khususnya penggunaan Herbalife dapat membantu dalam:
1.Penurunan berat badan
2.Penambahan berat badan
3.Mengekalkan berat badan (maintain) 

Kepada yang telah menggunakan produk ini, adalah sangat dialu-alukan untuk memberi/perkongsian pengalaman anda.  Telah ramai mereka yang telah berjaya mencapai berat badan yang diingini. Untuk pertanyaan lebih lanjut
email  ctaziah@yahoo.com
 


Saturday, September 15, 2012

JustOne account...standard chartered - Sticky Post


dapat BE baru menari-nari di dalam ini blog dari Standard Chartered...
Terima Kasih nuffnang...
Terima Kasih Standard Chartered.......
Pada Korang yang nak buat duit dengan Blogging Boleh klik Nuffnang okeh....
pada yang berminat dengan JustOne account dari standard Chartered ni meh kita tengok apa yang ditawarkan oleh Standard Chartered ni ...



JustOne Current Account and JustOne Saving Account
kiranya lepas ni korang cuma pakai ni untuk buat semua transaksi...lepas ni dah tak payah pening2 kepala dah...
 antara kelebihan dia..meh kite tengok ye kawan2

JustOne Current Account
Benefits






Fulfill the monthly deposit requirement to enjoy:
Unlimited Free Withdrawals from MEPS and HOUSe ATMs
Free Interbank GIRO Fund Transfers via Standard Chartered Online Banking and ATMs in Malaysia.
Free Debit Card.
Optional Cheque Book.
Monthly eStatements will be provided 

JustOne Savings Account

Benefits






No minimum deposit to open
Enjoy high base interest of 1% p.a. for any balance amount .
Fulfill the monthly requirement of depositing RM1,500 into the JustOne Current Account to get additional bonus interest of 1% p.a. on any balance amount in this savings account, on top of the base interest
Monthly eStatements will be provided
Additional security: Access only via secured Online Banking and in person over the counter

FREE interbank GIRO fund transfer 24/7 
diulangi 24/7
masih belum jelas????
24 jam

yang ni paling tuan tanah suka baca
FREE access to 10,000 +ATMs 
0 transaction fees

Pay to Over 600 online Biller for FREE

FREE mobile banking 24/7 
tak payah susah-susah dah lepas ni nak g bank... sambil tengok TV pun boley....
ngah makan pun boley...
sambil-sambil menunggu burger bakar siap pun boleh....
ooohhh kenapa tetibe sebut pasal burger bakar lak ni????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...