Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, July 8, 2011

Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau.

Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD.

Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur.

“Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas,” katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini.

“Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai,” katanya.

Bagaimanapun Syed Hamid (gambar) berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa.

“Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah,” katanya lagi.

Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, “rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat).”

Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009.

“Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit,” jelas Solah.

Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan.

“Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara,” kata Solah lagi.

Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka.

Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.

Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.

Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.

Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.


sumber

Monday, July 4, 2011

Riak, Takbur, Tak Ikhlas etc

hari ni aku belajar benda baru,

MSN Onion Icons jangan kau sifat riak, tinggi diri, takbur...

Onion Icons jangan kau menyombong dengan orang

Onion Emoticonbuat apa-apa jangan mengharapkan balasan , benda tu akan datang sendiri

Onion Emoticon Set jangan tamak dengan sesuatu benda

yee...benda2 macam ni aku dah belajar dari kecik, aku dah dengar dari kecik, sedikit sebanyak aku applykan jugak dalam kehidupan seharian aku...tapi hari ni bila dengar seseorang cakap cam tu dengan semangat wat aku terfikir... yela..... ooooo cam tu rupanya.....betulla orang kate reverse psikologi tu ag berkesan untuk orang2 cam aku...hahhahahaha

eh...x biasa lak aku type skema2 cenggini...

Saturday, July 2, 2011

Cara Makan Supaya Cepat Kenyang

1. Minum Air Putih Sebelum Makan

Minum 1-2 gelas air putih setiap kali sebelum makan. Air putih akan mengisi perut yang kosong sehingga Anda rasa lebih cepat kenyang sebelum menjamah makanan. 

2. Tambahkan Cuka atau Kayu Manis

tambahkan sedikit cuka atau kayu manis ke dalam makanan Anda. 

Menurut penelitian dari Department of Agricultural and Food Sciences di Zurich, Swiss, dua bahan ini mengawal kadar gula dalam darah, yang membuat Anda cepat kenyang, tapi lambat merasakan lapar lagi.

3. Makan Sayuran Berwarna

Kunyahlah sayuran berwarna oranye dan hijau; seperti wortel, brokoli, bayam dan selada. Sayuran ini mengandungi 90 persen air dan kaya serat, yang membawa isyarat kenyang pada otak sehingga perut pun terasa penuh lebih cepat.

4. Kentang
Kentang mengandung karbohidrat kompleks; jenis karbohidrat yang lama dicerna dalam tubuh. 

British Journal of Nutrition menemui, karbohidrat kompleks (kentang, oatmeal dan beras merah) membuatkan Anda kenyang hingga berjam-jam dan makan kurang dari 320 kalori per hari. 

makan tengahari atau malam, ganti nasi putih atau pasta dengan kentang rebus. 

Jika ingin rasa yang lebih enak, jadikan sebagai mashed potato dengan sedikit garam dan merica. Sajikan bersama daging ayam tanpa kulit dan sayuran rebus.

5. Ikan Vs Daging

Pilih makanan laut dibandingkan daging merah untuk lauk. Ikan salmon, misalnya, kaya akan lemak omega-3 yang boleh membantu perut lebih cepat kenyang dan bertahan hingga beberapa jam. 

Penelitian yang diterbitkan European Journal of Clinical Nutrition , orang yang makan ikan lebih cepat kenyang dibandingkan pemakan daging merah. !

6. Kunyah Kacang Sebelum Makan

ambillah kacang-kacangan (almond atau kacang tanah) sebelum makan. Kacang mengandung serat, protein dan lemak yang mengaktifkan perasaan kenyang sehingga Anda pun akan makan lebih sedikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers