Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Ganguan Tidur malam semalam dan malam tadi T__T


 semalam dalam pukul 4 pagi aku terbangun tidur, bunyi anjing bersahut-sahutan..lepas tu diiringi bunyi cam menangis...gile seriau aku...dah macam bunyi ponti ke cik lang menangis...mendayu-dayu je dengar...terus mata aku segar bugar... lama pulak tu... aku pujuk jugak mata ni untuk lelap walaupun seram dengar bunyi tu....akhirnya ntah pukul berape aku tertidur, lepas tu terbangun balik sebab bunyi orang menumbuk guna lesung batu T__T
tengok jam pukul 5.00 pagi...
haaihhhhhhh time2 ni la diorang ni nak masak kan...
nak bersahur ke ape
klentung klentang bunyi lesung batu...
bunyi anjing kat luar masih ada sayup2...
pujuk lagi mata untuk tido....
tapi serius..bunyi anjing tu memang betul2 menyeramkan...
aku sampai nak g toilet pun aku tahan je..sebab takut nak bangun..takut ada benda menunggu..
haishhh ni lah padahnye bila pengarah kat Malaysia ni berlumba-lumba buat cerita hantu....
kan iols dah terbayang2
malam tadi pun ada bunyi anjing tu lagi..serius seram....

iklan





Monday, November 18, 2013

23 budak hilang di Villa Nabila


hari ni kecoh kat fb, twitter,forum2 dan sebagainya tentang villa nabila ni...
aku mula2 gagah jugak godek2 nak tau cerita sebenar
lama-lama seram pulak bila baca terus tutup forum
dengarnya budak2 ni masuk sebab nak cari membe...ntah iye ntah tak , tak dapat nak dipastikan....
ade ke orang jb yang boleh sahkan 

Wednesday, February 13, 2013

seram dowh.....


Masa wedding aku hari tu,
tengah borak-borak sambil masukkan baulu dalam plastik sekali kak long aku bukak cerita pasal lang su ir...
ngeee nak taip dalam blog pun seram rasanye....
 
aku tak ingat bila kejadian die....
* versi cerita dari sepupu aku.. tertambah terkuranng dari cerita ni harap maaf la ye.....human error (kahkahkah)
 
katenyeeee satu malam tu tiba ada bunyi benda hinggap dekat atas zink diorang,
tau tak atap zink cane???? biasa kat rumah kat kampung2 pakai....
kalau duduk kampung tapi rumah banglo , jangan nak eksyen bagitau tak kenal atap zink...memang aku lempang aje jap ag...
so mula2 diorang buat tak tau aje , ingat burung ke ape...(ko tengok positif kan fikiran orang kampung)
pas tu die kasi bunyi...bunyi die tak sama macam ponti suhaimi baba tu...bunyi die lain...
tak reti lak aku nak imitate bunyi die macam mana dalam blog ni....
tapi bunyi die sangat jauh.....pas tu siap main cakar2 zink rumah bapak saudara aku lagi....
kemain seronok die....
bapak saudara aku ni duk ketuk dinding ke ketuk lantai aku dah tak ingat....
si lang su irrrr tu mungkin rasa tercabar die cakar lagi kuat kat atap zink...
bapak saudara aku ketuk kuat lagi, lagi kuat dia balas...
kira cam berbalas ketuk mengetuk la...bapak saudara aku ketuk kat dalam umah die ketuk + cakar atas atap
aku tak ingat kot bapak saudara aku bercakap ke apa time tu...
tapi lepas tu die bangun terus ke dapor amek garam...
baca sikit2 kat garam tu terus baling ke atas...
baling dari dalam rumah la....
lepas tu terus diam...tak ada bunyi apa-apa lagi.....
 
tapi keesokan harinye jirannye bercerita umah die kena cakar jugak.
 
* aku tak tau kesahihan cerita ni.. tapi dah dengar cerita kompem2 la timbul perasaan ngeri kan....dah la rumah dekat aje ngan rumah aku...ngeeeeeeee..... harap tak akan jumpe....
 

Monday, October 15, 2012

Cerita Mistik senja ahad


semalam (Ahad) aku g opis nak anta laptop n lcd n nota bagai...
alang-alang datang terus ot
buat kerja
janji ngan pija n maju nak balik dalam pukul 6.30
jadi maknanya pukul 6.20 aku memang dah stop buat keje
kemas-kemas barang
cuci mangkuk <----makan megi tengahari petang baru cuci ..terbaikkkkk
cuci mug <-- kaedah yang sama
duduk balik kat meja
potong kuku....
pas tu dgr bunyi cam orang pusing kepala paip kat sebelah...
okeh ~~Cool okeh ~~
asal tak muncul depan aku sudah
bunyi2 ni tak de pape sangat
seram sejuk gak la..tapi biase2 aje..cool aje

sekali ngah khusyuk potong kuku 
"bang!!!!" bunyi macam orang ketuk cermin kat belakang aku....
okeh
dalam ati aku ' aisshhh..melampau nk main2 ni'
mula-mula aku nak buat tak tahu aje
tapi kepala aku ni pikir macam2....
benda tak keluar ag aku dah bayangkan rambut mengerbang die dulu...mate mesti nak nampak putih pas tu mata itam kecik tengah2 secoit... muke kelabu asap
seram beb seram
ni semua pengaruh cerita seram tiap hari khamis yang jalan cerita makin hari makin mengarut la ni ,pui..
dalam seram-seram tu  takut gak, ntah2 orang ke ape
aku gagah la jugak keluar nak tengok
bukak pintu pandang kiri xde orang
pandang kanan xde orang
jantung jangan nk cakap la...dah mula dup dap dup dap

pandang bawah tengok 
haiishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
SPOILLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


burung rupanya
mesti die terlanggar cermin office aku time terbang tadi...
memang kuat gile r bunyi
sampai pengsan burung tu

aku angkat letak kat tepi
lama gak la die pening2 
pas tu baru leh terbang balik...
cisss sia-sia aku rasa seram
dah la office ni memang terkenal dengan macam2 versi cerita seram

Saturday, October 6, 2012

Time-time senja gak nak cerita pasal hantu


perjalanan balik kampung hari ni boleh aku kate agak penat..pasal jem di mrr2...ditambah ulak dengan hari minggu...orang masing-masing bawak kete macam bersiar-siar....
amboiiiiiiiiiiii....
tak kuasa betul bila membontot kat belakang orang-orang dalam mood bersiar-siar
sampai kat kole lipis dah senja..time tu banyak kete and lori sikit
so tetibe k.long cakap
"senja2 ni jangan nak potong2 sangat la kete orang"
ari tu k.de ari tu... blablablablalabla....

esok baru story2 k..ai takut nak cerita malam2 ni,....bhahahahaha

Tuesday, September 25, 2012

Bunyi Loceng Basikal pukul 3 pagi????


kisah ni di alami oleh kak long aku...
kawasan perumahan die tak ade la horror mana
tapi bila malam..macam-macam cerita yang aku dengar
bukan setakat dengar cerita aku pernah jugak dengar sendiri benda tu...

nak cerita pun meremang la bulu roma aku...
nak dijadikan cerita aku tido rumah die beberapa hari yang lepas...
kalau aku dah tidur tu, memang harap maklum la...aku memang tak kan sedar kalau korang bukak lampu sekalipun....

dalam pukul 2 macam tu
kak long aku dengar bunyi loceng basikal
kring---kring.....

tau kan bunyi die macam mana.. k.long aku memang tanjat gile la....
die pasang telinga betul2 nak dengar lagi... 
tapi bunyi tu dah tak ade....
die pun fikir mungkin telinga die salah dengar...
sekali bunyi ag
kring--kring....
ko bayangkan umah tingkat 3 kot... basikal anak die mana ade loceng
kali ketiga berbunyi k.long aku bangun keluar dari bilik die tengok kat luar... dengar betul2...
tak ada bunyi...

die bangun nak masuk balik dalam bilik berbunyi lagi...
die cepat2 masuk bilik kejut suami die....
lepas tu bunyi tu dah tak ada...

last2 kakak aku duduk ruang tamu nak pastikan bunyi tu...
sekali berbunyi lagi
kring---kring
dada dah berdebar2
die dah pasang lampu
lama sikit lagi bunyi lagi
kring---kring
mata die dah pandang henpon aku kat ruang tamu..
bukan setakat mata telinga pun dah dekat henpon aku...
tetibe 
kring--kring
bunyi datang dari enpon aku.....

kaklong aku punye bengang 
pasal die kecut perut sensorang dari pukul  2 sampai dekat pukul 3 
aku terbangun tengok die
tak sempat aku cakap pape die terus tanye
" ko punye msg bunyi basikal lama tu ke?"

aku jawab la " haah"

"hissshh..penat aku kecut perut bagai"
aku jawab "emmmm" tengok enpon msg dari Celcom
terus tido balik....

kahkahkah bila ingat balik pagi tu aku rase kelakar lak...
mau die tak kecut perut..
rumah tingkat 3, pukul 2 3 pagi dengar bunyi loceng basikal
alaaa...yang basikal dulu2 kan ade loceng tu......
sape tak takut....

sekian dari saya.....
eh korang paham tak ape yg aku tulis ni???

Friday, February 3, 2012

Aku Nampak Benda Putih tu bertenggek kat meja aku, kepalanya menunduk


Pengalaman Pertama Aku Dikacau Hantu 
Amaran : Jangan cuba untuk menambahkan tahap saspen dengan mendengar lagu Stress sambil membaca. Dan sila baca dalam keadaan bilik yang terang-benderang (sebab membaca dalam keadaan gelap akan merosakkan mata).

Ramai diantara kawan-kawan aku yang memang dah sedia ada pengalaman dikacau hantu. Lebih-lebih lagi mereka yang pernah belajar di sekolah asrama.

Tetapi aku mula bertemu dengan makhluk halus pada usia yang muda... Pengalaman pertama aku dikacau hantu berlaku ketika aku berumur 8 tahun. Tahun 1991. Tahun itu, tahun pertama aku dan adik aku tidur berasingan dari bilik bapa dan mak aku.

Ia berlaku pada satu malam. Aku tak berapa ingat, apa terjadi pada awal malam itu, tapi aku rasa yang aku masuk tidur tanpa mencuci kaki.

Aku memang selalu terlupa untuk cuci kaki. Gosok gigi pun aku selalu buat-buat lupa.

Malam itu, setelah mengucapkan (menjerit sekuat hati) 'Selamat malam' kepada seisi rumah, aku masuk ke bilik tidur.

Aku kunci jam loceng, sebab perlu ke sekolah keesokkan pagi.

Lepas tu aku selimutkan semua bantal-bantal.

Ah, baru boleh tidur dengan aman..

Tidur dengan aman. Tidur dengan aman. Tidur dengan aman.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi benda terjatuh dalam jam 5.30 pagi.

'Pak!' bunyi benda jatuh tu.

Aku tak berani buka mata luas-luas, jadi aku buka mata kecil-kecil.

Aku nampak makhluk berwarna putih seolah-olah sedang bertenggek berhampiran dengan meja tulis aku. Aku takut. Rasa mahu menjerit, tetapi macam ada gumpalan stokin dalam tekak.

Bila aku nak jerit, suara berdegil tak mahu keluar. Damn you suara!

Meja tulis aku terletak di sebelah tingkap, menghadap ke katil. Jadi, makhluk serba putih itu berada betul-betul di hadapan aku, dan ia kelihatan seolah-olah sedang tertunduk sedikit.

Sampai bila-bila aku tak akan lupakan visual itu.

Sampai bila-bila.

Aku pejam mata kuat-kuat dan menyanyikan lagu 'My Favourite Things' dalam hati.

habis menyanyikan lagu itu aku sudah terlelap semula..

Zzzzzz...

Aku terjaga semula pada jam 6.30 pagi. Jam loceng kejutkan aku. Aku lihat meja, makhluk putih sudah tiada... Aku lari capai tuala dan terus ke bilik mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Di dalam kereta, sewaktu dalam perjalanan ke sekolah, aku memberitahu mak aku tentang kejadian mistik yang aku alami. Raut wajah mak aku berubah dari ceria ke risau bila mendengar cerita tentang makhluk serba putih yang duduk di sebelah tingkap bilik aku. Aku lihat reaksi mak aku seolah-olah dia merahsiakan sesuatu dari aku. Seolah-olah dia tahu mengenai makhluk serba putih itu. Seolah-olah dia juga pernah ternampak makhluk putih itu. Seolah-olah dia tahu yang bilik tidur aku sebenarnya 'berpenghuni'.

Mak aku kata, 'Imaginasi kamu je tu Jebon.. Jangan fikirkan sangat okay.' sambil kucup dahi aku dan aku turun dari kereta dan melangkah longlai masuk ke pagar sekolah. (Bila perlu ke sekolah, memang langkah aku longlai. Aku tak suka pergi sekolah)

Sepanjang hari aku asyik terfikir tentang makhluk serba putih itu dan mengapa mak aku tak mahu berterus-terang sahaja pada aku tentang bilik tidur aku yang sememangnya haunted.

Sejak dari hari itu, aku tak tidur di bilik sendiri lagi. Aku heret adik aku Nombor 2 untuk bersama-sama tidur di bilik bapa dan mak aku.

Aku trauma.

Selama seminggu aku tak dapat tidur dengan tenang. Kadang-kadang aku buat-buat mengigau. Aku akan buat-buat meracau 'Tidak! Tidak! Jangan! Jangan!' Saja nak buat bapa dan mak aku gelabah.

Masuk minggu kedua, barulah mak aku berterus-terang.

Walaupun aku tak suka dengar kebenaran yang terpacul dari mulut mak aku ketika itu, aku menerimanya dengan hati yang tabah.

Makhluk serba putih yang duduk di meja tulis aku adalah mak aku yang bertelekung (baru selesai sembahyang subuh) dan sedang periksa buku latihan aku kut-kut ada homework yang aku tak buat.

MAK!!!!Tak boleh ke periksa buku latihan waktu petang?

sumber: FB!!

Hantu Hodoh vs Hantu Hensem






perasan tak lain negara lain versi hantunye.. tapi dalam banyak2 hantu kat dunia ni hantu dari malaysia la kot hodoh sikit rupenye....kenape erk hantu ni lain2 ???aku sebelum kemunculan cerite2 hantu kat tv aku selalu bayangkan hantu ni mesti kuku panjang, rambut panjang dan mengerbang, gigi tajam2, kat mulut wajib ade darah..tak boleh tak de, muke pucat lesi atau hodoh gile...bab muke ni ade pilihan la, pakai baju putih ni uniform wajib, putih tu mesti ade efek kaler tanah2 sikit..kadang2 terbayang muke darah2...eeeuwwww..seram oooo

tapi kan kalau hantu luar negara *aku xpernah tengok hantu cume tengok cerite aje** muka x lah sehodoh cerita hantu kat malaysia ni...

meh aku bezakan

pontianak versi maya karin


vampire omputeh punye


gile ensem kan hantu die.... hahahaaaaa
kalau hantu macam ni aku terserempak pun tak takut ooo...siap amek gambar pas tu upload dlm fesbuk...

baru-baru ni aku ada terbaca dalam blog kereta mayat ke blog ape ntah pasal hantu...die kate hantu ni x wujud pun..yang ade cume jin...

Wallahualam


Thursday, May 26, 2011

Spider Invasion in Pakistan








Spider invasion has some positive consequences for the Pakistani people. It led to a drop in malaria rate.

Wednesday, May 4, 2011

KOD LEMAK BABI DALAM MAKANAN

assalamualaikum semua dan selamat pagi/tengahari/petang malam.. baca tak tajuk atas tu?? kebanyakan orang kalau kita sebut babi je *cam x sedap pulak sebut babi kan...cam tak de adab..okeh kite tukar vavi ....bila sebut vavi je mesti semua orang cam..eeeeeeeeeeeeeeeee najis!!!! samak!!!! haktuiiiiiiii!!!! tapi sedar tak kadang dalam cekedis yang korang makan, dalam cekelat yang korang makan kadang2 ade lemak babi...seyes dowh...korang tak rase geli sebab korang tak nampak vavi dalam cekedis yang korang makan...cube korang bayangkan kalo cam ni 



 +=

eeeeuwwwwww...x sanggup kan???? oleh sebab tu korang hati2 la dalam memilih makanan.....

ni kod yang ade lemak babi

kod ni bukan untuk disimpan dlm purse semata2....

Wednesday, February 23, 2011

Cerita Seram Tahap Tak Hengat

malas la aku letak gambar hantu bagai..seram ouhhhh...cerita ni aku tak tau la cerita betul or tak tapi aku dapat sr forum ape ntah..x ingat...so x dapat nak bago kredit..tapi kalo tuan empunya cerita tu terbaca post ni sila mengaku la senang leh bagi kredit n kite leh interview die untuk tau cerita sebenar

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn
kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan
je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?]Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena.Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut.
So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu
sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu
smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Wednesday, February 9, 2011

Cerita Seram Kat Office


Semalam aku ngan kawan aku ain balik agak lewat sikit la...bese memang tiap2 bulan akan balik lewat sikit coz nak kene siapkan report...oleh kerana due date die agak awal so terpakse la berhempas pulas sikit..hahahaha tapi xde la hempas sangat pun...aku cuma wat setakat mane otak aku leh jalan...dulu2 mase mula2 keje memang aku balun abis...sampai sakit2 kepala punye la dedicated wat kerja..tapi lama2 ni aku ase tak berbaloi sakit kepala n sakit ati tiap2 n rasa marah tiap2 bulan sebab keje...bertahun ag aku kene wat benda yang sama lepas ni...sebab 2 kdg2 kalau dah agak2 berpinar mata main game kejap...pas 2 sambung balik wat keje, sambung lagi main game...hahahaha bukan makne aku main game aku xde keje..tapi sebab aku malas nak sakitkan kepala aku macam dulu...kepala nak guna lame beb...x sempat just bawak balik umah la sambung...dr aku dok golek2 sendirian ...tol tak?????? ehhhh kate seram...???

okey sila ubah mood kepada lebih misteri skang
hantu lau cenggini x takut sangat kot
nak dijadikan kitorang decide nak balik kol 6.30 ..x lewat mane pun la kan... so si Ain ni g la solat asar dulu **memang xleh dijadikan contoh ye,..walaupun kami ari2 di tazkirah oleh yana...kang x sempat lak kan... surau letaknya kat office sebelah..biasa kalo xde orang kitorang solat dalam bilik bos aje lagi senang, tapi ntah nape semalam si Ain g solat kat office sebelah...masa mula2 masuk office 2 die dengar orang cakap cam ni

** Haaahhhh...haaaaa

suara dia kata memang dia kenal, macam suara akak mihah *bukan nama sebenar so die pun anggap akak 2 ada ag kat office, maybe ngah cakap tepon..die pun skodeng kat tempat cc Abot * juga bukan nama sebenar tengok xde orang..so die pun xmo pikir bukan2 so die terus ke surau..mase dia nak bukak pintu die dengar lagi

**haaaaaaaaaa

dia pun fikir mybe kak mihah dalam pantry kot cakap guna henpon..sebab pantry sebelah surau aje so kalo ckp pape memang dengar kuat..dia pun solat cam biase.....masa sudah solat dia dengar lagi

***haaaa...haaaaa

dia kuar skodeng sikit kat pantry xde orang.. die terpikir nak tengok punch card kak mihah tapi x berani so pas dia solat kitorng balik..kunci office g office sebelah nk punch... mase punch kitorang nengok punch card akak mihah ..ohhhh dia da balik 5.40..so memang xde orang dah kat office sebelah...so siap punch kunci office sebelah sekali....aku dalam ati mang da seram2 sejuk...seb bek cuma dengar aje..

kronologi kejadian kene kacau kat office sebelah memang da selalu jadi..dulu mase aku, ain, dya, ain ag satu keje sampai 9 lebih prepare untuk kursus. duduk kat office sebelah gak coz nk fotostat...sementara tunggu fotostat nota aku dengan rajinnya tumpang kat meja cc abot *bukan nama sebenar untuk wat report... x guna PC pun..just tanda pada kertas...pas 2 tiba aku dgr macam ade orang mendengus sebelah aku..kuat lak 2...bukan slow..aku tengok belakang xde pe..so aku fikir maybe aku  terdengar aje kot...pas 2 aku wat2 keje macam  ase ade orang panggil name aku...
**korang ade panggil aku ke????
aku tanye dak2 ni coz aku da mula ase lain macam
**tak ah..ngigau ke ape..
**ohhh...
dalam ati aku mang da macam2 aku fikir

mase 2 baru2 ag masuk keje so aku tak tahu yang kat situ memang agak horror...so aku biarkan aje...pas 2 dengar ag bunyi mendengus...kali ni mang lebih kuat..aku memang xleh bla da...aku tutup flimsi angkat seme ajak dorang balik....dorang leh kate jap ag la...fotostat sikit ag tinggal..aku da ketar2 badan macam dah kene parkinson dah ...aku cakap kat ain..aku takut n tunjuk tangan aku mengeletar pada dia..dia perasan so dia kate xpe...insyaallah xde pape....kita x kacau dia...abes fotostat trus angkat brg nak balik...kol teksi siap2...
kuar je dr office aku ase lega gila.... esoknya bila cerita kat orang semua orang kate dah biasa la 2... rupanya dorang pun dah penah kena.... aku paling xleh bla ayat ni

**shift korang da abes..shift dia la pulak..korang duk ag wat keje memang la dia marah..dia nk wat keje dah xleh....

cissss.....apekah???? aku redha aje la (-,- !) banyak ag cerita2 seram...len kali la aku citer...weiiiiii korang jangan tengok belakang taw...hahahahha

** balik semalam tetibe aku terfikir buatnye benda tu ikut sampai kat umah mati la aku...so aku suh si Ain bace ayat kursi sebelum masuk umah (-- !)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers