
Pengskodeng terhebat
Great deal yawww
Showing posts with label kejadian. Show all posts
Showing posts with label kejadian. Show all posts
Friday, September 26, 2014
ehhhh....kenapa ni?????? graviti mama...

Thursday, August 9, 2012
Keistimewaan Al-Quran Dan Malam Lailatulqadar!

Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.
Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.
Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.
Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.
Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.
Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Insyaallah.
Thursday, May 31, 2012
Banyak Benda Nak Cerita, Tapi dah Lupa

X Files:
apekah?????,
kejadian,
macam ni pun ada ka????
Wednesday, May 16, 2012
Jiran yang so...so

X Files:
apekah?????,
kejadian,
kisah sengal,
macam ni pun ada ka????
Tuesday, May 8, 2012
Jenis-Jenis pemandu yg mungkin amek lesen kereta di tadika kemas

X Files:
apekah?????,
bahaya,
kejadian,
macam ni pun ada ka????
Wednesday, April 11, 2012
Gempa Bumi di Acheh

Magnitude 8.7 - OFF THE WEST COAST OF NORTHERN SUMATRA
2012 April 11 08:38:38 UTC
434 km (269 miles) SW of Banda Aceh, Sumatra, Indonesia
550 km (341 miles) SW of Lhokseumawe, Sumatra, Indonesia
963 km (598 miles) W of KUALA LUMPUR, Malaysia
1797 km (1116 miles) WNW of JAKARTA, Java, Indonesia
2012 April 11 08:38:38 UTC
434 km (269 miles) SW of Banda Aceh, Sumatra, Indonesia
550 km (341 miles) SW of Lhokseumawe, Sumatra, Indonesia
963 km (598 miles) W of KUALA LUMPUR, Malaysia
1797 km (1116 miles) WNW of JAKARTA, Java, Indonesia
X Files:
gempa bumi,
kejadian,
Kuasa Tuhan,
menakutkan,
tekujat
Wednesday, March 28, 2012
Tasik-Tasik Bawah Tanah Tercantik

Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge
Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave

Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.
Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia

Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.
Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England

Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.
Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x540. |

Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.
Tasik bawah tanah di Macan Ché

Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.
Tasik bawah tanah di Mexico

Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini.
X Files:
ciptaan Tuhan,
kejadian,
Kuasa Tuhan,
santai
Thursday, January 26, 2012
Subhanallah! Kuasa Air Membelah Jalanraya

Subhanallah! Kuasa Air Sungai Membelah Jalanraya. Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air.
Di bawah merupakan satu lagi kejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalanraya dengan mudah sekali. Mari kita saksikan!
kuasa tuhan...tiada yang mustahil...
Saturday, December 31, 2011
Macam mane nak survive hidup dalam komuter sehingga sampai tempat yang nak di tuju

jangan risau kalau korang tak dapat temat berpegang..caranya ialah bukak kuda-kuda ...kaki ko tu la...alaaaa macam orang silat...haaaa... dengan bukak kuda-kuda kedudukan korang akan stabil dan peratus untuk jatuh atas orang adalah sikit...sebab korang dah stabil...x perlu tempat berpegang lagi..okeh...faham
situasi ke 2
dimana orang terlalu penuh sampai nak bukak kuda-kuda pun xde ruang...ruang atas ruang bawah penuh orang...haaaaaa keadaan ni akan buatkan korang nak angkat tangan pun sampai tak bolah..nk gerak tangan pun tak boleh..kalau dalam keadaan macam ni aku nasihatkan korang berdiri aje diam2 kat situ...sebab kedudukan korang dah stabil.... kalau komuter membelok pun tetap stabil kedudukan korang...hahhahaa orang tepi sekali akan tanggung beban bile semua orang himpit die....
situasi ke 3
X Files:
apekah?????,
kejadian,
kisah sengal,
my point of view,
sengal
Monday, August 8, 2011
Laksa Daun Ketum ~ Bro Malik!!!!!!!!
kisah benar baru je jadi tadi...ikuti perbualan bro malik dengan abang Long dil
Bro Malik ~ semalam aku masak laksa, cucu aku nak makan, daripada beli kat luaq sebungkuih 3 ringgit..2 orang cucu 6 ringgit baik aku masak..aku hentam ja......
Abang Long Dil ~ hang masak hang guna ikan apa??????
Bro Malik ~ macam2 aku bubuh, aku guna ikan segar2 sedap sikit...
kalo kat kuala muda kedah kat situ nk beli ikan bisik2...kalo bisik harga cantik dapat la...buat guna ikan fresh baru laksa manis rasa dia...
Abang Long Dil ~ rencah hang guna apa???
Bro Malik ~ Macam2 la aku bubuh, apa nama, daun selom, apa lagi satu tu bunga kantan, satu lagi apa tu daum ketum...ketum...ketum
******************************************************************************
aku n the gang~ hahahahahhahahahhahahahhahahahhahahahhahahahaaaa
ain ~ kesum la cik rahim
kalo korang tak dapat beza meh ceq tunjuk gambaq nooo
yang ni name ea daun ketum, yg dak2 skang salah guna..hat ni la...
ni namanya daun kesum...hat ni la yang kite masuk dalam laksa tu....
****mase aku ngah karang2 entry ni pakcik 2 orang kat office aku still ngah bincang cara nak buat laksa
X Files:
apekah?????,
kejadian,
kelakar tak hengat,
kisah sengal
Tuesday, July 26, 2011
Cano Crystals sungai tercantik di dunia
klik untuk pembesaran lebih sehat
Dinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia.
Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana,korang leh google sendiri mana tempatnye
Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.
Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.
Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana,korang leh google sendiri mana tempatnye
Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.
Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.
Ice berg berbahaya pada titanic tapi cantek
pstt ** aku tak ingat dah celah mane aku dapat gambar2 ni seme... ouhhh..tapi memang aku copy dr seseorang..x dapat nak bagi kredit...syian deh..
Subscribe to:
Posts (Atom)



























