Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label apekah?????. Show all posts
Showing posts with label apekah?????. Show all posts

Thursday, December 31, 2015

xde gambar tak feel nak update kan....


banyak benda nak story
banyak benda nak share
banyak benda nak simpan
tapiiiii tu la...kalau xde gambar nak cerite apa-apa dalam blog pun jadi malas kannnnn...
tunggu transfer gambar2 dulu la baru update...
nampak gayanye tahun depan la agaknye baru nampak entry dalam blog ni..kihkihkih

Friday, September 26, 2014

ehhhh....kenapa ni?????? graviti mama...


Abaikan tajuk tu..tiba2 teringat iklan wardina

eeeee bahagian mane ntah otak aku ni tak berapa berfungsi aku pun tak tahu la.... pagi tadi bangun tido capai berus gigi.. ambik pencuci muka safi aku picit letak kat berus gigi lepas tu aku berus gigi aku..rasa payau baru perasan bukan ubat gigi yang aku picit tadi...pencuci muka rupanya... ohhhh how come... aku bukan mamai sangat pun tadi...... lepas tu nak buat air milo... jerang air (old skol sangat ayat jerang ) sambil tunggu air masak..ambik mug letak milo 2 3 sudu..buh susu f&n .. tiba2 sophea merengek terus g sinki aku pasang paip tadah mug... ehhhhh kejadahan apa yang berlaku sebentar tadi... kena banyak main sodoku ni..... 




Thursday, February 13, 2014

kegilaan apakah ini?????


sekarang ni suka betul dengan bau shower tea tree...
eh tak kira la, shower ke,sabun basuh pinggan ke, shampoo ke..kalau boleh ubat gigi pun aku nak yang ada bau tea tree..
ehhh...sebenarnye bukan nak cerita pasal tea tree ..
sebenarnya dah 2 3 4 hari aku asyik terpakai shower gel buat cuci muka....
dah tonyoh satu muka baru perasan....
eh...nape aku taruk kat muka benda ni.....
esoknya aku ulang benda yang sama
esoknya lagi dan lagi...
asal la ngan aku ni????

emmmm wangiiii


Thursday, January 23, 2014

UPDATE PERTAMA 2014


ALHAMDULILLAH 
akhirnya ade jugak entry baru untuk blog ni

sekian


Wednesday, October 30, 2013

HANTU MAKAN DAN ......


Aku tak tahu kenapa lately ni
aku cepat rasa lapar
lapar sangat2 ok..bukan lapar biasa2..

nak kate aku control makan pun tak jugak
sebelum pergi kerja minum milo + biskut
sampai office tunggu dak rehan sampai pergi cafe
beli nasi goreng atau mee goreng
beli kuih utk makan pukul 10
lepas breakfast, minum milo sambil makan biskut

tenghari
nasi putih penuh
sayur penuh
ikan or ayam

petang 
makan biskut

balik keje singgah beli goreng pisang /karipap
sampai umah masak

malam 
makan nasi

sambil tengok tv kunyah pape yang ade
yang ni kadang2

pukul 11 malam
kalau aku x makan mase tengok tv tu time2 ni aku dah lapar balik
time ni aku akan start buat milo cecah biskut hupseng

perggghhh terbaik ko rase die..
meltup2 dalam mulut

berat pun aku ase dah bertambah
macam mana ni????
kalau control makan lagi teruk
malam2 lagi dasyat aku makan...
apekah yang sedang berlaku




Friday, October 25, 2013

Bila ada jangan menyombong................ T__T


Awal bulan 10 hari tu Encik Suami g kursus seminggu di besut.
makanya terpaksa aku merempat kat rumah adik aku
rumah ehsan dari doktor dia...

duduk rumah orang bujang memang x masak la kan
heaven aku ari2 makan kedai

suatu hari tu aku makan dekat koh samui  dekat seksyen 7 
tengah2 order tu, ada sorang budak lelaki mintak derma
aku memang tak percaya langsung kalau budak2 mintak derma ni
ntah ye ntah tak...
sindiket ke ape mana kita tahu kan..
kalau bagi pun bukan budak tu yang makan...
time budak tu datang aku pandang muke dia, aku terus geleng dan pandang menu kat tangan aku...
budak tu pun pergi kat meja lain....

tetibe aku teringat 
aku tak ingat kat mana aku dengar or baca
setiap sen yang kita keluarkan dari poket kite untuk disedekah kan ada ganjaran dia
kalau orang yang mintak sedekah tu menipu, itu urusan dia dengan Allah...

Ya Allah kenapa la aku layan budak tu tadi macam tu
menyombong btol aku dengan budak tu 
aku sekadar geleng-geleng kepala terus tengok menu, langsung tak pandang muka budak tu 
langsung tak fikir
kalau pun budak tu dari sindiket tapi budak tu masih ade perasaan...

Selalu bising2 duit tak cukup nak beli itu ini, tapi bila budak datang mintak derma seringgit pun aku tak hulur T__T

menyesal bila ingat balik





Thursday, September 26, 2013

Harga Barang di Nilai 3 bukan semurah yang korang sangka


aku rasa dah jadi trend bakal pengantin...
nak kawen aje g Nilai
sebab dari mulut2 orang katenye murah gile kat situ...

dulu masa aku kawen pun sama
g nilai nak usha barang...
tapi ape yang boleh aku simpulkn
beli barang kat kl lagi murah la..
kat nilai tu best cuma banyak pilihan
kalau nak bandingkn rege ..
baik aku beli kat kl aje...


Dapat call dari AIA - Private Number


bulan8 lepas aku dapat call dari dari private number. 
yang nak dijadikan cerita , aku terlebih layan pasal aku dengar Air Asia ni Air Asia tu, customer bla, bla bla...
so aku ingat dari Air Asia... so first sekali dia mintak alamat dan number ic untuk pengesahan...
aku pun ntah kenapa sengal pulak pergi bagi time tu sebab ingat tol dari Air Asia...rupanya insuran AIA
lepas tu dia cerita pung pang pung pang pasal insurans, aku dengar aje..
aku memang dah lama bercadang nak amek insurans , dah 4 tahun aku disscuss ngan kawan2 nak amek insurans..tapi ntah kenapa kitorang cuma semangat time berbincang aje..
bayangkan budak AIA ni bercerita punya laju mcm meter teksi 
amboih pandai orang training ko dik non..
 last2 aku emm kan aje tanda faham...
yang aku faham, sebagai customer Air Asia AIA akan bagi sebulan insuran free.. so kalau apa2 jadi kat aku time tu kiranya dah di cover la...
aku cakap ok...
lepas tu dia terangkan polisi tu polisi ni , kalau aku ade sakit ke ape bla...bla..bla... suami belum tentu sanggup jaga aku , bla..blabla....
lepas tu die tanya soalan2 yang mana aku dah tak ingat sangat

tibe2 dia kata dia dah buat pendaftaran untuk aku..
watdehek.....
dia claim soalan tu tanda dah buat pendaftaran..
eh jadah apa pendaftaran macam ni...
aku cakap kat dia aku tak nak daftar apa-apa...
aku kena bincang dengan suami dulu..
lepas tu dia ulang balik ayat sama
kalau ade penyakit puan yakin ke suami puan jage puan ???
aku terus rasa macam menyampah ,bila paksaan sebegitu dilakukan
lepas tu aku cakap aku ade kerja
call aku semula sebab aku perlukan masa untuk berfikir dan  sebelum aku setuju ambil apa-apa insurans

aku pun terus google...
owh ramai rupanya yang dah kena...
even diorang tak setuju dan masih terpinga-pinga tapi AIA dah potong duit dari kad kredit  siap2 
sedangkan mereka belum terima apa-apa polisi dari insuran tersebut..
aku dah mula cuak..
lepas tu baca-baca lagi..
fuhhh nasib baik aku tak bagi lagi 4 digit terakhir kad bank aku
hari isnin cik AIA call aku lagi dan msih menggunakan private number...
aku jawab dan aku cakap elok2 yang aku tak nak amek apa-apa insurans
Cik AIA masih insist nak suruh aku amek...
aku still degil cakap tak nak amek apa-apa insurans yang menambahkan komitment bulanan aku..
then dia kata ok dan tak paksa2 aku lagi...
tapi baca blog orang yang terkena ni, sampai diorang dah deduct dari akaun...
tiap2 bulan pulak tu, sedangkan polisi insuran tak sampai kat diorang
diorang pun tak sign pape lagi...
serammmm...
kita duit dah la tak ada..
tiba2 kena potong oleh insurans yang kita tak tahu apa-apa langsung..
aku rasa better AIA ni lepas call jumpa pulak orang yang dia call tu senang..
explain face to face lagi senang..
setakat ni duit aku masih belum dipotong..
maybe orang yang call aku tu faham dan tak buat dajal dengan aku..
tapi kalau lepas2 ni dia potong duit aku 
siap la....
tapi selagi kita tak bagi num kad kredit or debit kad kita aku rasa tiada pemotongan dilakukan kot,,,
kot la....



Tuesday, July 16, 2013

Awal Kehamilan memang tak boleh makan jambu batu ea???


terbaca pasal makanan2 yang tajam tadi
tersembul pulak jambu batu
seyes ke jambu batu tak boleh makan???
dulu time aku peknen aku memang kaki pelahap jambu batu
sehari 2 bijik aku makan...
pasal ada orang kata pregnant elok makan jambu batu...
mana satu ni???

sedihnye bila baca 
ni diantara makanan yang dilarang ketika awal kehamilan

1. NO PINEAPPLE!
2. NO GUAVA! - hari2 aku telan
3. NO PAPAYA!
4. NO PAINTING!
5.NO SNIFFING PERFUME!- aku suka cium bau
6.NO SPRAYING SHIELTOX OR RIDSECT or seangkatannya! - tiap2 malam...setengah jam sebelum masuk tido
7. NO SUSHI!! EAT SPICY FOOD OK..DONT OVER DO IT! - xboleh hidup tanpa makanan yang pedas
8. NO HANG OUT AT PASAR MALAM..! - setiap sabtu
9.AVOID CROWDED - 
10. NO SQUATTING AT ALL AND NO BENDING TOO MUCH!
kredit to http://brendasecretdiary.blogspot.com/
  1. Nenas muda - 
  2. Betik muda
  3. jambu batu
  4. Ikan2 yang bersisa seperti pari, keli, duri, tenggiri, semilang etc
  5. Durian - makan sikit2 je
  6. Tapai
  7. Rebung
  8. Air kelapa - awal kehamilan
  9. Black pepper? --- cuba baca post saya kat atas tu 
  10. Tebu
  11. Makanan over pedas dan panas dan tajam
  12. Air gas
  13. Makanan yang tak dimasak dengan sempurna like sushi..
  14. Makanan yang berangin like nangka dan sejuk like tembikai - pernah makan nangka n hari2 minum air tembikai...nak elakkan minum kopi....rupenyeeeeeee

betul ke ni???confius....

Friday, July 5, 2013

Utusan surat khabar kejenye menfitnah aje ke???


terbaca artikel ni tadi kat yahoo...
akhbar utusan asyik kena saman fitnah aje...
surat khabar pun propa sekarang ni...

sumber : http://my.news.yahoo.com/nizar-menang-kes-saman-fitnah-terhadap-utusan-malaysia-065416355.html

Oleh JENNIFER GOMEZ
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.
Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Rosnani Saub dalam keputusannya mendapati Utusan Malaysia bersalah melakukan fitnah terhadap Nizar dan akhbar itu gagal dalam pembelaannya yang menyatakan bahawa tindakan mereka menyiarkan kenyataan Nizar menerusi akaun Twitternya itu adalah satu justifikasi, komen berpatutan, perlindungan bersyarat dan kewartawanan.
"Hakim dalam penghakimannya turut berkata bahawa Nizar dalam kenyataan itu tidak mempersoalkan dari mana Sultan memperoleh wang berkenaan, tetapi hanya berkata ia satu pembaziran wang," katanya.
Mahkamah juga, katanya, memerintahkan Utusan Malaysia membayar kos RM30,000.
Fitri berkata, Nizar yang kini berada di Australia sudah dimaklumkan mengenai keputusan mahkamah itu menerusi teks pesanan ringkas.
Nizar menyaman Utusan berikutan akhbar itu menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000. Nizar pada 28 Mei tahun lalu mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya berhubung nombor plat itu. Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei tahun lalu, TV3 mengeluarkan berita melalui Buletin Utama jam 8 malam, berhubung kenyataannya itu. Keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
Sementara itu, pada April lalu, Nizar kalah dalam tuntutan saman sama terhadap TV3 dan Fitri memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan notis tuntutan di mahkamah esok.
Pada Februari 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Utusan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penyiaran artikel bertajuk `Kebiadapan Guan Eng' yang disiarkan pada 20 Disember 2011.
Pada Januari lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam tuntutan saman terhadap Utusan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, VT Singham mendapati akhbar itu memfitnah Anwar dalam dua artikel. - 4 Julai, 2013.


psstt** aku tak tahu kesahihannya, sebab aku tak cari info lebih lanjut pasal ni..kalau korang tau sila share la yeaaaaa....

Friday, April 12, 2013

Jelly Bean tu apa???? macam sedap kan


kat rumah semalam borak ngan encik suami

aku: smart kan smsung galaxy note II
ES: smart
A: sekarang keluar limited edition punya kaler pink .. sekarang hanphone baru semua ada jelly beans kan.....
ES: Jelly Bean???ape tu??? macam sedap je kan kalau makan....eeeee teringinnye makan jellybean...
aku : =,=!

ni mesti die dengar iklan radio ni....
menyampah tol kalau borak ngan die...selalu main2...


LAN TODAK SMK Tun Hussein Onn, Penang dah kena tangkap



Tadi terbaca dekat  blog FD yang budak2 yang belasah ketua kelas dorang dah kena tangkap...
seyesli aku rasa kesian pulak dengan diorang
kesian dengan mak ayah diorang
aduiiiiiii mau hari2 nangis mak korang dik, memikirkan masa depan korang..
jangan kata budak-budak, orang besar pun kadang2 xde pertimbangan...
orang besar pun buat dulu baru berfikir...
yang paling aku sakit hati hati, membe2 diorang yang rakam , dan duk gelak2 ..
aku rasa membe diorang paling bang*ang sekali...
aku rasa polis patut tangkap sekali membe2 yang duk rakam gambar,
yang duk gelak2 ...
tapi sengal tak buat apa2..sama ada tolong leraikan ke ape ke...
seyes aku rase yang paling tak de otak adalah orang yang merakam dan duk gelak2 masa situasi ni berlaku...
aku pergi blog budak ni baca macam2 komen korang bagi...
ade yang nak pukul...
ehhh...ape bezanya korang dengan dia?????
korang pun pembuli jugak ...pembuli siber...


*harap sangat kes ni jadi pengajaran pada semua...

Wednesday, April 10, 2013

kes pembuli IZZAT SYAFIQ BIN ABDULLAH SMK Tun Hussein Onn, Penang


aku memang lambat sikit bab-bab berita semasa ni....
tapi dengar pagi tadi kat radio era pasal kes ni...
teringat pulak cerita yang baru aku tengok dekat axn ke diva ntah
pasal satu group budak perempuan belasah kawan diorang
n record nak upload kat you tube...
budak yang kena belasah tu hilang penglihatan 
yang menyakitkan hati budak2 tu bangga gile buat macam tu..
aku dah tak ingat ape tajuk cerita die
tapi sebijik la cam cerita dak ijat ni...
pada aku..xpayah nak gengster2 sangat la...
bile cerita dah hot baru masing2 gelabah..
ko ingat orang Malaysia ni nak diam aje dengan kes2 macam ni..
baca blog budak ni dah ramai duk maki2 die...
haishhhhhh...


1. IZZAT SYAFIQ BIN ABDULLAH (BBPIN : 2A9E01F1)
https://twitter.com/ijatsyafiqhttp://izzatashadiari.blogspot.com/,http://izzatsyafiqloveeffanadheera.blogspot.com/
FB awek dia : http://www.facebook.com/azreenanatasha1

2. Ayib Aeyman (BBPIN : 2685e530)
http://www.facebook.com/ayib.aeyman
https://twitter.com/AdibAdz

Bukti : http://imgur.com/gWEINkh
Lebih Gmbr : http://pembulismktho.blogspot.com/20...i-smk-tun.html

#Ni 2 org daripada mereka.. Cari semua sampai dapat !! jadikan kes ini sebagai pengajaran.. mmg di seluruh Malaysia kes ni brleluasa.. tp tak ramai tahu.. so kali ni biar semua budak kecut telo nk jadi gangster kt sekolah.. ni la pengaruh filem or kongsi gelap or pertubuhan2 yg guna nama melayu tp sebenarnya pertubuhan samseng..
__________________
credit to : cg forum

Wednesday, April 3, 2013

Melayan panggilan follow up dari hotel...


Dulu masa kat office lama , aku memang banyaakkkk sangat deal dengan hotel..
so kebanyakkan hotel memang ada number phone aku...
sebab aku buat kursus....

minggu ni dah 2 3 kali hotel call aku tanya macam mana service diorang hari tu, bila next kursus, negeri mana nak pergi...berminat tak untuk dapatkan quatation....

oleh kerana aku di office baru ni masih belum ada kerja
makanya aku telah melayan panggilan hotel tersebut 
bagi komen seikhlas-ikhlasnya tentang hotel tersebut...
tentang apa yang aku tak puas hati
tentang apa yang jadi...
kahkahkah..rajin pulak aku layan..so aku suruh je la diorang emailkan aku sebut harga..
nanti dah dapat aku foward kat dak2 ofis lama...

owhh terus rasa diri ini sungguh pathetic... T__T

rindu pulak nak g hotel , makan free.... goyang2 kaki atas katil sambil tengok tv...
makan cekedis atas katil, call room service mintak itu , ini....
walaupun tiada layanan istimewa tapi aku dah rasa kekwat gile ko..
 

Wednesday, March 27, 2013

Microsoft Excell la sangat


Hari semalam aku ada pegi kursus, anjuran tmpat aku keje ni.. Microsoft excell punya kursus,
diulangi MOCROSOFT EXCELL .. sangat tak fun bunyi dia, Onion Head Emoticons 15
masuk bilik IT aku terus cari port paling cun supaya senang nak wat benda lain..bukak pc terus bukak gugel..skodeng blog orang....
yaaaa..saya adalah pengskodeng terhebat......
orang dari microsoft tu datang perkenalkan diri bla..bla..blaaa... dan start kursus....
excel ok..serius macam budak sekolah aku ase..rasa macam nak angkat tangan lepas tu cakap
"eskusme sir, may i go to toilet ..i want to throw small water" gile basic tau die ajar...

lagi satu maybe sebab biasanya aku join kursus aku tak pernah duduk 24 hour dalam kelas...kalau boring keluar jap...cari tukang masak, tengok menu, cari manager, kacau receiptionist...dulu tokey kursus boleh la wat macam tu, skang attend kursus mati kutu tol aku ase...

TAPI !!!!! i tell you 1/2 jam pertama kursus baru aku sedar betapa fun nya excell ni...
diulangi excell adalah sangat fun kalau korang tau kegunaan semua benda alah dalam tu....
encik microsoft sendiri bagitau kebanyakkan pengguna excell hanya menggunakan 15%-20 % sahaja tool2 dan segala benda alah dalam excell...manakala selebihnya kita tak pernah usik sebab tak tahu kegunaan....

bila belajar benda baru rasa seronok...
teringat pulak kat ofis lama
bertungkus lumus la kitorang key in report dalam excell.. Onion Head Emoticons 40compile segala....renyah betul kerja..kadang bila huruf besar semua nak tukar huruf kecik terpaksa delete n type balik..sedangkan dalam tu semua dah ade...
padahal tak payah susah2kan diri wat dengan formula yang kena copy satu2...padahal oleh set kat satu tempat aje formula tu... ishhh...ishhh...ishhh....

hye!!! ape khabar orang di office lama..Onion Head Emoticons 16
skang mesti korang tengah buat report kan?????
korang panggil la orang microsof ni wat kursus untuk korang...kalau die boleh tengok report kite n wat penambah baikkan pun lagi bagus aku rasa.... tak de lah korang susah payah lagi, kalau seseorang tu asyik padam formula report...kihkihkih
korang pun boleh cantikkan lagi report korang macam yang puan "L" nak sangat tu....cawangan nak tengok report die sendiri pun senang.. 

Tapi apekan daya, kursus sangat singkat...aku pun tak berapa nak ingat sangat dah ape aku belajar semalam...
boleh tak agaknye kalau aku nak masuk aje kursus siri 2....
sebab  dapat makan free ......hewhewhewOnion Head Emoticons 35
tapi sedeyyyyyyy dah tak boley tapau makanan T__TOnion Head Emoticons 15

Saturday, March 23, 2013

Hati-hati dengan fake friends



aku dak dya, dak ain dah pernah jumpa fake friend ni....
yang jenis kat atas ni
kat depan kemain baik,
pemurah
rajin
menghormati
tapi rupa-rupanya penuh dengan kepura-puraan
kat belakang kitorang macam2 dia buat
tapi sadisnya orang lebih suka percaya pade dia


eh sebenarnya aku cuma nak post gambar atas tu je..terlebih2 lak menulis...
tiap kali teringat hati aku mesti membara balik...
tak pe2..
sabo

Friday, March 22, 2013

Im just on my energy saving mood

lately ni aku malas betul...
nak g kerja malas
duduk rumah malas..
kuar g jalan2  malas
tengok tv malas
tengok orang malas
nak g turun bawah main ngan dak anip malas...
semua malas.....
sampai aku nak berfikir pun malas..
nak menaip pun malas..ase nak type n3 guna jari kaki je ase.....
tapi orang kate tak baik cakap malas... kita kena cakap

Wednesday, March 20, 2013

Terpaksa angguk, dan setuju...



bila Encik suami cerita pasal kereta ni kereta tu , 
aku cuma angguk2 kepala aje..
kereta ni smart sikit
kereta *nama kereta* ni la idaman dari dulu lagi....
aku cuma nganga aje la...
kadang2 aku cakap...
"kan...smart gile kereta tu"<---walopon hakikatnya aku clueless
seyesli aku tau nama kebanyakan kereta ..tapi aku tak tau mcm mana bentuk model die..
aku rasa kawan-kawan aku tau kot kebolehan aku mengenal jenis2 kereta..
aku memang xde kebolehan tersebut.....
sigh T___T
gambar gugel ni menerangkan segala-galanya T__T

Tuesday, March 5, 2013

Politikkan lah semua benda.... APTB


sejak pilihanraya makin hampir ni
nak tengok tv nyampah...
tapi tetap tengok
nak baca paper nyampah
memang jarang baca sebab malas beli
nak tengok tenet nyampah
tapi bukak jugak
nak baca fb nyampah...
tapi ari2 duk bukak
masing2 duk pertahankan parti politik yang dorang sokong
dan maki hamun + mencarut dekat penyokong parti yang lain...
makanya masing2 duk menggebang ideologi masing-masing dalam mempertahankan parti yang mereka sokong...
fitnah pun bertebaran merata-rata
ohhh kemon la people....
kemonnnnnnnnn la....
bila sesuatu terjadi kat Malaysia ni, 
terus benda tu akan jadi bahan politik...
bila terlalu banyak sangat input
ko akan jadi muak...
tak caye bukak aje la fb...
orang ni cakap macam ni
orang tu cakap macam ni
orang tu cakap yang ni bodoh
orang ni pulak cakap orang tu bodoh...
hahhaa..penyudahnye korang pk la sendiri sape yang bodoh...
aku bukan cerdik pandai sangat politik kat malaysia ni
aku memang zero pasal politik..
setiap orang ada hak nak suarakan pendapat masing2...
aku tau menjadi tanggungjawab kita untuk pilih kerajaan yang baik untuk negara kita...
tapi  aku agak menyampah dengan sesetengah orang yang terlalu fanatik sangat sampai nak bergaduh2 ni...



psst*** sebab nyampah nak tengok benda2 ni lah aku terlepas berita tentang kes di sabah... semoga mereka yang bertugas di sana selamat Ya Allah...

Tuesday, January 22, 2013

Nak tukar tarikh n destinasi Air Asia...Mahal ke tak ea???


Aku beli tiket Flight ni before aku kawen lagi....
terbeli sebabbbbb..ada sebab tertentu..cuma aku dan dya aje yang tau..kahkahkah...
dya jangan kasi pecah lobang tau....
kebetulan pulak time tu air asia buat promo...
inform family aku ajak g langkawi sorang pun tak respon....kong ajo kan...
sembang lebat...
bile tanye semua nak g.... tapiii semua suh aku sponsor....
tak kuasa la ai kan nak sponsor semua...fulus tak berape nak ade...cukup2 untk hidup...
kahkahkah..walopon time aku kawen dorang banyak sponsor aku....
kena ucap mekasih dulu la kan??
terima kasih family...kak long, k.ngah, k.de, abang atan, k.shima... ziah....eh?? ziah ko ade sponsor pape ke untuk aku???aku ngah konfius neh.....
mekasih kerana sponsor 
sponsor bukan sikit2.....mau abes gak ratus2...
alhamdulillah...untung ada adik beradik ramai cam aku...huhu

aku beli tiket ke dari KL ke KK untuk aku ngan ES...
maka tarikhnya adalah bulan 2 ni...
nak dijadikan cerita sebelum kahwin 
ES aku dapat keje GOV....

Naik dari cuti kawen terus lapor diri tempat keje baru...
then boleh lak laki aku apply cuti office die tak luluskan...
dorang kate dah keje sebulan baru leh cuti sehari....KATENYEEEEEEE<---- aa="aa" ala2="ala2" baca="baca" font="font" gedik="gedik" sikit="sikit">
abes.... tak kan aku nak burn aje tiket tu....

ES aku kate burn aje la...
x dapat cuti nak wat guane....
amboihhh senang tol mulut die berkata2.....

so semalam aku decide nak tukar tarikh ke bulan seterusnya....
then ES aku kate , alang2 tukar tarikh baik tukar bulan 5...
pas tu alang2 tukar bulan 5 baik tukar g kuching...
balik kampung...
pasal mak ngan ayah pun balik kuching time tu....
hari gawai....
foooinnneeeeee T____T.....

cehhhh.... aku nak panjat kinabalu, tak dapat panjat pun xpe...tengok dari jauh...nak g makan rumpai laut...
nak g kundasang....nak g situ, nak g sane, nak pulau2......

"Tak payah....balik Kuching !!! g tengok orang sambut hari gawai "

"hari gawai buat ape je??"

"t abang bawak g tengok skolah, g tengok sungai, g tengok umah lama...g tengok kebun, g masuk utan"

T_____T agak2 berape ratus pulak aku kena tambah untuk tukar tarikh????? lepas tu boleh ke tukar destinasi kita???

huarghhhhhhh ... t balik keje nak g KL Sentral kejap..... harap tak banyak kena bayar....kalau mahal matik lah... xkan nak burn tiket ke KK... ke aku terpaksa g sorang2 ke KK...kahkahkahkah..sape nak temankan ai????


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers