Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label im muslim. Show all posts
Showing posts with label im muslim. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Alhamdulillah 1/2/34


Perasan tak tarikh hari ni cantik , smart dan tersusun giler. dan yang paling best tarikh ni jatuh pada hari yang terpenting sekali iaitu jumaat, penghulu kepada segala hari....Subhanallah Maha suci Allah, Alhamdulillah pujian bagi Allah, Allahu Akbar Allah maha besar ....... Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas, dan berpijak di bumi ini. Masih lagi diberi kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik... 











Friday, September 21, 2012

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Sembahyang


kebiasaannya orang solat pada akhir waktu maghrib dan lepas abes solat maghrib tu dalam 5 ke 10 minit dah boleh solat isya'. 
kenapa buat macam tu?? kadang2 sebab senang sekaligus....
kadang sebab tak ada air kat rumah, so kalau tunggu lama-lama nanti titew tertentut...putttt.. dah terbatal air sembahyang....
ni bukan nak cakap kat orang, ni aku pun tak terkecuali buat benda macam ni...
nanti korang tanya lak.. tak malu cerita benda ni?? macam tunjukkan kebodohan sendiri...
malu la.. tapi tak kan nak jadi bodoh sombong....
so bila aku terjumpa artikel ni , aku nak share dengan korang semua....
untuk peringatan kita semua yang kadang-kadang lalai...

*******************************************************************************************
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW
mengenai orang yang melalikan sembahyangnya maka jawab baginda, "Iaitu
mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut
mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW
bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka
sesungguhnya dia telah memasuki pintu
besar dari pintu dosa-dosa besar".
(Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan
menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.

Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1) Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada;
2) Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api
itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti; dan
3) Akan muncul seekor ular yang bernama
"Sujaul Aqra" dan ular itu berkata,
"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia-siakan sembahyang
Subuh." Ia dipukul dari waktu Subuh hingga
naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi
kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula.
Demikianlah berterusan seksaan oleh
Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi
(lembah) yang didalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan
itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.
Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak.
Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan dan memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT,
dan diampunkan dosa kita.
Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita
lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh, insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun.
Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan disamping memohon keampunan Allah SWT. Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh menbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.
Wallahualam.....
untuk panduan bersama..

** ambil dekat forum CG.. lupe lak sape..x dpt nak bg kredit

Wednesday, August 15, 2012

Tak baca niat puasa la semalam


tak baca niat puasa la semalam
maknanya tak boleh puasa la kan???
so maknanya kalau tahan lapar dam dahaga pun xde guna la kan???
sebab puase tak dikira kan????
kannnn la sangat...
ko jangan nk ngade2 ea buat hal di bulan Ramadhon ni<---- baca ala2 mak jemah

kisahnye semalam aku suruh sahabat ni mengejutkan aku bersahur...lantaran kepenatan cari baju raya untuk family aku di jalan tar semalam..walaupun x sampai suku pun aku masuk kat situ tapi serius terus give up...
nak singgah pun x dapat asyik kena tolak ke depan aje...
kena tolak ngan beg
kena tolak ngan anak orang
kena tolak ngan pompuan
kena tolak ngan jejant
kadang2 baru sentuh baju dah kena tolak dengan orang
x sempat nk tengok lebih2...
smpai kol 11.15 kat situ pukul 11.45 dah balik...
pasal kakak aku dah tak sanggup dah nak hadap
terpakse la aku balik jugak.. ye la kang die yang nak anta balik...
eh panjang benau cerite...
cerita pasal jalan Tar aje dah boleh buat satu entry lain dah ni..

sambung balik kisah tak baca niat
sahur tu aku tak bangun
tak tahu la sama ada dorang kejut asku tak bangun atau dorang pun memang tak bangun sahur
tapi yang pasti pagi tu bangun2 dah kol 6 lebih...
aku tak sure dah baca niat ke tidak kan...

so gagah mengugelkan diri tadi
terjumpe la entry ni...meh le same2 kite bace 

********************************************************************************
Semasa bersahur tadi ada berbincang sedikit tentang persoalan niat. Macam mana kalau kita terlupa niat sedangkan kita telah bersahur tadi?

Jadi aku teringat seorang uztaz yang pernah berceramah dalam TV tentang niat puasa ni. Dia kata jangan anggap niat ini susah. Sebenarnya apabila kita bangun bersahur itu sebenarnya dah dikira niat puasa. Sebabnya tujuan apa kita bangun sahur kalau tidak kerana hendak puasa esoknya kan?

Malah jika kita berbual-bual selepas solat terawih dengan keluarga kita tentang menu bersahur esok maka itu juga sebenarnya dah dikira niat. Sebabnya kalau tidak kerana hendak puasa esok maka tiada perbincangan tentang menu sahur kan?

Jadi, niat tu sebenarnya apa yang kita rancang hendak buat dalam hati. Tetapi jika mahu lebih kuat maka bolehlah untuk dilafazkan seperti ayat di atas sekali.

Oleh itu jika anda bangun sahur tetapi lupa untuk lafazkan ayat niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya dah dikira telah berniat untuk puasa.

Begitu juga jika anda telah rancang untuk bangun sahur tetapi terlepas dan tidak melafazkan niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya telah berniat ketika anda rancang untuk bangun bersahur lagi.

Lain pula ceritanya jika selepas berbuka puasa anda lansung tidak terlintas dalam fikiran dan hati tentang puasa esok malah tidak sentuh tentang bersahur pun dan tidak juga bangun sahur maka kemungkinan besar anda tidak berniat puasa. Wallahu'alam..



Sunday, August 12, 2012

Bagaimana Mendapatkan Malam Lailatul Qadar :


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dgn penuh keimanan dan 
mengharap pahala dari Allah maka diampuni dosa-dosa yg telah lalu.” (HR. 
Bukhari (4/217) dan Muslim (759))


Disunnahkan utk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan 
dari Sayyidah ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha bahwa dia berta “Ya Rasulullah apa 
pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi) apa yg harus aku 
ucapkan?” Beliau menjawab”

“Ucapkanlah Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta 
ampunan maka ampunilah aku.” (HR. Tirmidzi (3760) Ibnu Majah (3850) dari 
‘Aisyah sanad shahih)

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha:

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk pada sepuluh hari 
(terakhir bulan Ramadhan) beliau mengencangkan kain menghidupkan malam dan 
membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))

Juga dari ‘Aisyah dia berkata:

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (beribadah 
apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yg tak pernah beliau lakukan 
pada malam-malam lainnya.” (Muslim (1174))

Amek Wudhu dengan muka bermake up

kebanyakkan pompuan kan kalau kuar mesti pakai make up
tak kisah la make up tebal 2 inci ke
make up nipis2 ke
pakai bedak aje ke
pakai lipbalm aje ke

dulu aku penah tegur sorang "kawan hj" eh ko amek wudhu tak tanggal make up tak pe ke???
die jawab " xpe lah.. make up aku halal"
oooooo kisahnye haruslah aku caye aje...
aku ni ilmu tak tinggi ,
dah kawan hj tu katenye bertunang ngan ustaz selalu ajar orang mengaji
haruslah aku percaya kate-katenye....

tapi lepas tu aku terbaca la satu artikel pasal kaler2 rambut nih....
kaler rambut jenis tu memang halal sebab die guna bahan2 yang halal... 
tapi masalahnye ko kaler rambut tu benda tu dah salut ko punye rambut
jadi bila mandi wajib dah tak sah...
aku terpikir sama la dengan make up kan...
make up dah baik punya salut kat ko punye muka cover segala jerawat bagai 
dah tentu2 la air tak kena kat kulit sangat kan....

yela dulu aku suke kaler2 rambut... 
pastu makeup tak cuci betul2 sangat...

tapi mengikut pemahaman aku la yang aku baca yang dulu2 (skang baru nak cerita )
Solat ngan muka bermekap tak salah... 
tapi kena ambil wudhu' dulu baru bermekap then solat. 

Tapi sekarang cerita pasal muka bermekap
pastu air amik wudhu' tanpa mencuci mekap tu terlebih dahulu. 
kesilapan besar yang mungkin kita terlepas pandang. 
mungkin juga pandang sebelah mata... 
lagi parah kalau dah tau tapi buat tak tahu...
dan lagi teruk dah tau tapi tak nak tegur orang...
lepas tu cakap belakang2
"eh minah tu amek air wudhu' pakai make up..memang sah2 la tak sah solat die kan... ke neraka lah jawabnye ko" <----- exaggerate sikit
0OOOooohhhh... kesilapan besar di situ!

contoh lipstick, lipgloss n ape2 lip la diperbuat daripada kelapa sawit, 
kalis air dan sah2 tak sampai air ke kulit. 
pastu nak kasik effect muka tulus mulus , flawless.
foundation sekarang banyak yang ade lilin bagi menjamin ketahanan selama 24 jam tanpa rasa bersalah
dah sah2 air tak sampai ke kulit. 
maskara dan eyeliner tak payah nak cakap.. teknologi kalis air

Semoga ada pencerahan untuk kita...
Dari tidak tahu kepada tahu...

dulu aku tak tahu..percaye aje cakap "kawan hj" tu 

Friday, August 10, 2012

Solat Sunat Taubat


ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat:
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat:
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat:
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Waktu di lakukan – bila-bila masa ketika merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dalam ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah.
Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah swt.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
sumber : Muhammad Isa Selamat dr blogtokwan

Thursday, August 9, 2012

Keistimewaan Al-Quran Dan Malam Lailatulqadar!

Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.

Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Insyaallah.

Monday, July 16, 2012

Lepas 3 Tahun Alhamdulillah terbukak hati die untuk islam



maybe korang tak pernah tau pun sebab aku tak pernah cerita yang en bf aku bukanlah seorang muslim...
aku kenal ngan die 3 tahun yang lepas..
time tu aku masih study....
mula-mula kenal aku tak pernah tau yang die non muslim...
iye la muka die sebijik cam muka Melayu...
dah tu loghat die lak ade slang2 ganu ngan kelantan...
memang sumpah aku ingat die melayu...

bila rasa sayang tu dah ade sikit2 baru lah aku tau die non muslim...
ooo lupe nak gitau....en bf aku ni orang sarawak...
berdarah keturunan Iban..ala macam henry golding tu...
bhahahhaa die pun iban gak kan...
itu pun memula die tak nak bagitau....

bila aku dah tau
bila aku dah fikir.. aku pun cuba la berkawan dengan en bf aku...
kawan2 aku tau pasal die....
sahabat aku yang paling memahami dah tentu2 la ada..
name die ayu....
huhuhu...
tapi ade jugak yang tanya..
kalau die tak nak masuk islam macam mane????
kalau die convert tapi still dengan kehidupan lame die macam mana???
tapi time tu aku berserah aje la...
tapi aku rasa tak ade masalah kot...
dari kecik kawan2 die melayu....
dia tak pernah minum....
aku caya insyaallah kalau betul die ikhlas die akan cari jalan sendiri...
aku tak nak paksa..dan aku tak pernah tanya die pasal bila nak convert ke ape...
Tapi hati aku ni tak putus-putus doa semoga dibukak kan pintu hati die untuk islam..

diam tak diam dah 3 tahun lebih dekat 4 tahun kitorang kawan...
dalam tempoh tu banyak kali jugak dia tanya aku pasal islam...
ada yang aku leh jawab..ada yang aku sendiri tak pasti...
tapi aku tak pernah serius cari jawapan pada soalan dia..
sebab aku tak pasti....

dalam bulan 4 yang lepas dia kol aku bagitau dia dah ready nak peluk islam
dia dah faham ape itu islam...die nak kenal dengan lebih dekat pasal islam...
aku memang happy gile2 time tu...
2 3 hari gak niat en bf aku tertangguh sebab die tak saksi...
sorang pun kawan dia tak nak jadi saksi...
dorang kate dorang tak arif sangat pasal hal2 ni...
en bf aku kecewa sangat time tu...
aku try call jabatan agama islam...
ada sorang ustaz tu cakap tak apa...
datang aje dulu pejabat agama...
nanti die bantu.....
bila dah macam tu en bf aku nak pergi bos die pulak tak bagi pegi...
sebab tak ada orang nak cover keje dia...
aku memang nak ngamuk time tu...
bos die MELAYU!!!! dan tahu tujuan die nak keluar kejap...
en bf aku sekali ag cam terkilan..aku kesian dengan dia..
banyak dugaan yang dia dapat sebelum convert....

Tapi Alhamdulillah la lepas tu semua berjalan lancar...ada jugak kawan dia yang tolong jadi saksi...
lepas dia convert dia kol aku cakap terima kasih...suara dia sebak gile
time tu aku betol2 rasa nak nanges...
susah nak cakap perasaan aku masa tu...
Alhamdulillah sangat2 sebab pintu hati die terbukak untuk islam...
Alhamdulillah sangat2 ramai kawan2 dia yang tolong dia..
walaupun ada segelintir yang macam annoying gile perangai....
Alhamdulillah ada insan yang sanggup datang dari jauh semate2 nak ajar en bf aku mengaji
walaupun bf aku tiap2 petang ada kelas agama dekat jabatan Agama..
Alhamdulillah diorang ada.... kadang2 dorang tunggu en bf aku abes kelas untuk solat jemaah sama2...
kadang2 dorang datang dari jauh semata2 nak solat jemaah sama2 dengan bf aku...

Alhamdulillah Ya Allah , kerana temukan aku dengan dirinya
Alhamdulillah Ya allah kerana kurniakan sahabat yang baik yang sentiasa membantu dia....

semoga Muhammad Ikhwan Shauqi menjadi insan yang soleh.. Amin


Friday, June 29, 2012

Mukjizat Di Sebalik Bismillah


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ' 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ' 

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ' 

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya. 

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Saturday, April 21, 2012

Jangan Menangis Dalam Bilik Air



sape yang tak pernah menangis???? semua orang pun pernah..tapi kalau aku la, aku agak malu nak nanges depan orang...seyes wehh...ape kes nangis depan orang, x ROCK la..... port yang paling aku suke nangis ialah bilik air... memang selalu pun macam ni... pas tu kuar bilik air wat2 muke cam biase... tapi tadi terbaca dekat blog mamagee's yang menangis dalam bilik air ni tak elok...pasai pa tak elok..meh kite bace sikit dari sumber budu dan belacan
Ada dua sebab. Pertama, kat bilik air adalah hangout feberet syaiton. Kalau dalam buku tu dia panggil 'Jin Tandas'. Biasanya, kita menangis bila kita dalam keadaan emosi yang sangat lemah, sedih sangat, marah sangat, kecewa sangat kan, ha masa ni lah yang paaaaling mudah untuk kita terhasut dengan bisikan mereka itu. 

Yelah, nak masuk tandas pon ada caranya, masuk kaki kiri dulu, keluar kaki kanan dulu. Tapi yang ni memang jarang sangat diamalkan, pakai taram je mana-mana kaki. Huhu. Dan semua sedia maklum doanya pon ada kan. 

So, kalau nak menangis tu, lagi elok kita duk nangis time tengah berdoa lepas solat tu. Nak berdoa pon lebih feel dan mungkin rasa lebih dekat pada Allah, sebab Dia mendengar rintihan kita, dan insya-Allah boleh menyembuhkan jiwa kita yang lara. 

Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. Ini aku rujuk kepada perangai buruk aku sendiri. Perkara ni aku baru tahu. Aku rasa fakta ni menarik. Wajar kongsi. (SUMBER)



Friday, April 20, 2012

Adab Menguruskan Sisa Kuku dan Rambut


Walaupun tidak diwajibkan memandi rambut atau kuku atau sebagainya yang terpisah dari badan kita itu, namun kita disuruh agar menghormatinya. Kerana itu, menurut ulamak, sebaiknya rambut, kuku atau sebagainya yang kita buang dari badan kita, hendaklah kita ambil dan kita tanam.

Mil binti Misraj menceritakan Bapanya Misraj -seorang sahabat Nabi- apabila ia memotong kuku, ia akan menghimpunnya, kemudian ia menanamnya. Ia berkata; “Begitulah aku melihat Rasulullah melakukannya”. (HR Imam al-Baihaqi dalam Syu’abil-Iman, hadis no. 6068)

ia menepati ayat al-Quran yang menyebutkan kemuliaan manusia iaitu firman Allah (bermaksud): “Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak-anak Adam (manusia)” (Surah al-Isra’, ayat 70)

Jika susah untuk menanamnya, hendaklah kita letakkan di tempat yang tersembunyi dari orang lain. Ini sebagaimana Rasulullah menyuruh Abdullah bin Zubair supaya mengambil darah bekamnya dan membuangnya di tempat yang tidak dilihat orang lain. 

Dalam Sunan Kubra (Imam al-Baihaqi), diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair yang menceritakan; “Rasulullah telah berbekam, lalu ia memberi darahnya kepadaku dan berkata; ‘Pergi dan buangnya di tempat yang tersembunyi yang tidak ditemui oleh binatang buas, anjing atau manusia’” (Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi, hadis no. 13789)

Adapun rambut yang gugur dengan sendiri tanpa kita menyedarinya, kita tidaklah disuruh mencari dan menghimpunnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 5/208, Kitab al-Janaiz.
2. Fatwa dari laman (Islamweb.com), no. 119428, 9187.

Oleh: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL Ahli Panel Syariah HPA

Sunday, March 25, 2012

10 Jenis solat tidak Diterima Allah s.w.t


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." 

*** ingatan untuk diri sendiri.. 

Friday, February 17, 2012

Kehebatan Surah Al - Ikhlas


Fadhilat Membaca Surah Al-Ikhlas

1. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. 

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat yang berada di dalam rumah akan menyahut.

2. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad S.A.W. : 

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah. Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka".

Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

3. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga."(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). 

Rasulullah S.A.W. pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya, "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah   S.A.W. menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, maka qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

4. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan." 


Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah  S.A.W. lagi:

"Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahad tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. "

5. Siapa yang membaca surah Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke Jumaat yang berikutnya.

Jika dibaca 3 surah ini Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Annas  pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.
   

Thursday, February 16, 2012

7 Kalimah Mulia



Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walausebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut 

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hariesok. 

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers