Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Menu Berbuka Hari ke 4


Lately ni memang boleh dikatakan hari-hari aku google resepi dan menu makanan untuk berbuka
Tahun lepas hari-hari memang aku ngan Encik Suami ke Bazar Ramadhan
Tahun ni memang aku tak larat sangat nak ke bazar..malas ko berjalan...
so marilah kita memasak...

hari ni aku rasa nak makan

Ayam Percik
Pak Choy sos tiram
Sambal Belacan

Resepi Ayam Percik
BAHAN-BAHANNYA 
3 keping bahagian Paha ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM :-)
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....



Resepi Pak Choy Sos Tiram

Bahan2:
10  baby pak choy
6 biji bawang putih - didadu halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil kicap seasoning (saya guna cap maggi)
Ajinamoto

Cara2 masak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sos tiram, kicap, air cuka, minyak bijan, kicap seasoning dan ajinamto.
3. Gaul rata dan masukkan pak choy. (Pak Choy tu celur terlebih dahulu dengan batang2 sekali)


Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan ( 1 mangkuk )

1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak
Cara-cara

Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing
Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar
Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas
Siap untuk dihidang

Harapnye jadi la, aku masak petang ni

**psst~ resepi dan gambar aku copy dari google ye... 


Thursday, August 1, 2013

Insiden berbuka puasa


hari ahad lepas encik Suami ajak aku berbuka puasa dekat Pejabat Agama Islam Hulu Langat...
sepatutnya Majlis start pukul 4.30 ada tazkirah sikit....tapi atas sebab2 yang tak dapat diingini makanya pukul 6 petang baru kitorang sampai ...
kekdahnye dewan sudah penuh....haruslah duduk luar dewan aje...
ngam2 pukul 7.20 orang dah start ambil air n kuih-muih...
laki aku pun start beratur dengan kawan die ...
ambil air sirap
dengan muka berpeluh2 datang kat aku...
bagi segelas air sirap dekat aku...segelas lagi untuk dia
sambil lap2 peluh2
surrrppppp.....
"ahhhh lega "

aku tengok dia dah minum air...

Aku: eh ..belum azan lagi
ES: hah???belum azan ke????malunye.....
xbatal puasa kan???? malunye...malunye....

aku hanya mampu,gelak sampai ke rumah...
hewhewhewhew 

pstt** hoyeahhhh dapat duit raya dari encik suami

Friday, July 26, 2013

nuzul Quran! hari yang Allah menurunkan ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW


nuzul Quran! hari yang Allah menurunkan ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW


Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah. Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Seperti yang di ketahui, Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an. Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqân). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusiadan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”  [TMQ al-Baqarah (2):185].
Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Al-Qur’an adalah huda (petunjuk), artinya AlQur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan  apa yang wajib dilakukan, mana  yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan. Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân (pembeza), artinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, al-haq (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Qur’an dan al-bâthil (kebatilan) adalah apa saja yang dinyatakan batil oleh Al-Qur’an. Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.
KESIMPULAN
Sama-samalah kita menghayati apa itu Al-quran dan ayat2 yang terkandung di dalamnya..  Jadikan peristiwa Nuzul-alquran  ini suatu peristiwa besar yang penuh bermakna dan hikmah. kita seharusnya melihat al-quran itu sebagai kitab induk panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.umat islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah yang tidak terhingga kepada umat Islam  akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjalan pahala seolah-olah beridadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan. Mari lah sama2 kita menambahkan harta akhirat. semoga diberkati olehNya... Amin...

copypaste : http://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/08/salam-hari-nuzul-al-quran.html

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca blog ini :)


Wednesday, August 15, 2012

Tak baca niat puasa la semalam


tak baca niat puasa la semalam
maknanya tak boleh puasa la kan???
so maknanya kalau tahan lapar dam dahaga pun xde guna la kan???
sebab puase tak dikira kan????
kannnn la sangat...
ko jangan nk ngade2 ea buat hal di bulan Ramadhon ni<---- baca ala2 mak jemah

kisahnye semalam aku suruh sahabat ni mengejutkan aku bersahur...lantaran kepenatan cari baju raya untuk family aku di jalan tar semalam..walaupun x sampai suku pun aku masuk kat situ tapi serius terus give up...
nak singgah pun x dapat asyik kena tolak ke depan aje...
kena tolak ngan beg
kena tolak ngan anak orang
kena tolak ngan pompuan
kena tolak ngan jejant
kadang2 baru sentuh baju dah kena tolak dengan orang
x sempat nk tengok lebih2...
smpai kol 11.15 kat situ pukul 11.45 dah balik...
pasal kakak aku dah tak sanggup dah nak hadap
terpakse la aku balik jugak.. ye la kang die yang nak anta balik...
eh panjang benau cerite...
cerita pasal jalan Tar aje dah boleh buat satu entry lain dah ni..

sambung balik kisah tak baca niat
sahur tu aku tak bangun
tak tahu la sama ada dorang kejut asku tak bangun atau dorang pun memang tak bangun sahur
tapi yang pasti pagi tu bangun2 dah kol 6 lebih...
aku tak sure dah baca niat ke tidak kan...

so gagah mengugelkan diri tadi
terjumpe la entry ni...meh le same2 kite bace 

********************************************************************************
Semasa bersahur tadi ada berbincang sedikit tentang persoalan niat. Macam mana kalau kita terlupa niat sedangkan kita telah bersahur tadi?

Jadi aku teringat seorang uztaz yang pernah berceramah dalam TV tentang niat puasa ni. Dia kata jangan anggap niat ini susah. Sebenarnya apabila kita bangun bersahur itu sebenarnya dah dikira niat puasa. Sebabnya tujuan apa kita bangun sahur kalau tidak kerana hendak puasa esoknya kan?

Malah jika kita berbual-bual selepas solat terawih dengan keluarga kita tentang menu bersahur esok maka itu juga sebenarnya dah dikira niat. Sebabnya kalau tidak kerana hendak puasa esok maka tiada perbincangan tentang menu sahur kan?

Jadi, niat tu sebenarnya apa yang kita rancang hendak buat dalam hati. Tetapi jika mahu lebih kuat maka bolehlah untuk dilafazkan seperti ayat di atas sekali.

Oleh itu jika anda bangun sahur tetapi lupa untuk lafazkan ayat niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya dah dikira telah berniat untuk puasa.

Begitu juga jika anda telah rancang untuk bangun sahur tetapi terlepas dan tidak melafazkan niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya telah berniat ketika anda rancang untuk bangun bersahur lagi.

Lain pula ceritanya jika selepas berbuka puasa anda lansung tidak terlintas dalam fikiran dan hati tentang puasa esok malah tidak sentuh tentang bersahur pun dan tidak juga bangun sahur maka kemungkinan besar anda tidak berniat puasa. Wallahu'alam..



Monday, August 13, 2012

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar


Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Ketahuilah hamba yg taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dgn ruh dari-
Nya dan membantu dgn pertolongan-Nya- sesungguh Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam menggambarkan pagi malam Lailatul Qadar agar seorang muslim
mengetahuinya.

Dari ‘Ubai Radhiyallahu ‘anhu ia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:

“Pagi hari malam Lailatul Qadar matahari terbit tak menyilaukan seperti bejana
hingga meninggi.” (Muslim (762))

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ia berkata kami menyebutkan malam
Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau bersabda:

“Siapa di antara kalian yg ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah.” (Muslim
(1170 /Perkataan syiqi jafnah syiq arti setengah jafnah arti bejana. Al Qadhi
‘Iyadh berkata “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya
terjadi di akhir bulan krn bulan tak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di
akhir-akhir bulan.”)

Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma ia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:

“(Malam) Lailatul Qadar adl malam yg indah cerah tak panas dan tak juga dingin
(dan) keesokan hari cahaya sinar matahari melemah kemerah- merahan.”
(Thayalisi (394) Ibnu Khuzaimah (3/231) Bazzar (1/486) sanad hasan).

Marilah rakan-rakan CG kita bersama mencari malam Lailatul Qadar yang telah dijanjikan Allah ganjarannnya lebih dari seribu bulan.


Sunday, August 12, 2012

Bagaimana Mendapatkan Malam Lailatul Qadar :


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dgn penuh keimanan dan 
mengharap pahala dari Allah maka diampuni dosa-dosa yg telah lalu.” (HR. 
Bukhari (4/217) dan Muslim (759))


Disunnahkan utk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan 
dari Sayyidah ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha bahwa dia berta “Ya Rasulullah apa 
pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi) apa yg harus aku 
ucapkan?” Beliau menjawab”

“Ucapkanlah Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta 
ampunan maka ampunilah aku.” (HR. Tirmidzi (3760) Ibnu Majah (3850) dari 
‘Aisyah sanad shahih)

Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha:

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk pada sepuluh hari 
(terakhir bulan Ramadhan) beliau mengencangkan kain menghidupkan malam dan 
membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))

Juga dari ‘Aisyah dia berkata:

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (beribadah 
apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yg tak pernah beliau lakukan 
pada malam-malam lainnya.” (Muslim (1174))

Thursday, August 9, 2012

Keistimewaan Al-Quran Dan Malam Lailatulqadar!

Al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.

Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.
Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

Rebutlah peluang di malam lailatulqadar pada 10 malam terakhir bulan ramadhan. Semoga apa yang diimpikan dimakbulkan olehNya. Insyaallah.

Saturday, August 4, 2012

Jual Nasi hampir nak basi..sengaja ke tak perasaan

Ergh.... kejadian ni 2 hari lepas kot...
mcm biase nasi beli tak masak..
begitu juga dengan lauk2
semngat nak berbuka ilang pas tercium bau nasi tu cam nak basi....
nasi masih panas ag sikit2 tapi dah ade bau....
terpikir gak aku...
xkan la dorang panaskan nasi semalam??
ke die memang masak pagi , nak tunggu sampai petang dah tak tahan...
tapi aku rasa maybe makcik tu perasan kot..
sebab 2 3 kali gak beli nasi ngan die..ok aje...
kali ni aje tak ok.....T__T
xpe la bukan rezeki kitorang

Friday, August 3, 2012

Ikan bilis goreng lagi tempting dari makanan dekat bazar


Aku rasa sepanjang puasa ni ade la dalam 3 kali aje kot pergi bazar
pergi pun xtau nak beli ape..
pasal banyak sangat
kalau dah beli pun rasa die tak sehebat harge die...
setakat boleh telan aje la....
2 3 kali gak masak 
yang lain2 beli kat cafe bawah ni hah...
tapi seyes kalau nasi tu beli sebungkus aje kitorang makan berdua pun tak abis
beli sebungkus pun pernah makan kongsi 3 pun x abes...
pasal lauk betul2 xleh in ngan tekak kitorang nih...

tapi kan semalam kan dak fiza goreng ikan bilis + cili+bawang besar
perghhhhh nasi tak cukup ko tau....
memang selera betul la aku makan...
ase nak turun bawah beli nasi kosong ag...
makan ngan kicap sikit... perghhhhhh
seyes aku cakap memang terbaik....
makan tu aje pun puas....

gambar tadek pasal dah abes makan semalam tak hengat pun nak amek gambar
tapi aku gugel lebih kurang cenggini la rupe die


bhahahaha...ari ni beli bubur lambuk aje...nak goreng ikan bilis mcm ni ag...
selera sangat okeh...

Friday, July 27, 2012

Bulan puasa memasing jadik tak sabar


cerita ni sebenarnya dari hari first puasa lagi... 
tapi baru ari ni nak story2 sikit...
cerita ni tak ade la basi sangat kan....

hari tu pukul 4.30 je aku n the geng dah get ready nak balik memasing...
tumpang kete pakcik ofice ni sebab die memang menuju ke KTM
Jalan kat office lom pape dah memang jem dah ...
pas tu boleh pulak memasing jadi tak sabar....
lampu merah dah jalan...last2 melintang kat tengah2 block kereta lain nak jalan....
faham tak situasi die cane???

lebuh kurang gini la kete tu melintang..padahal belah sane jem kot...memang x dapt la die nak mencelahnye pun...

ni jalan nak ke area bukit tungku ngan jalan belakang nak ke bank negara tu,...kalau korang tau maybe korang leh bayangkan kot...

xcukup dengan tu otw nak ke komuter ade sebijik kete tu aku tak ingat la viva ke myvi ke potong kete yang kitorang nek..pas tu leh hon2 pulak.. aduyaiiiiiiii.... semua pun tak sabar..kitorang gelak je la dalam kete tengok perangai memasing...


Thursday, July 26, 2012

Bazar Ramadhan!!



memula skali aku tak paham nape ada sorang sahabat ni gune ayat PARAM2 ...
oh singkatan pasar ramadhan upenye...
ade sahabat cakap lebih mudah sikit nak nyebut PARAM
ade 2 suku kata aje...
aku pun terfikir
eh, selame ni pun ko tak panggil pasar ramadhan
bukan ko panggil bazar aje???
BAZAR pun 2 suku kate...
len la selama ni ko memang sebut Pasar Ramadhan...
tapi lantak la nak panggil ape pun 2 2 pun orang faham...

semalam g bazar ngan dak2 umah...
so mase tunggu lif aku dah cakap siap2
"aku bajet ari ni RM 5.00 je"

sampai2 bazar memang ko x nampak pun orang jual ape
nampak kepale orang aje...
sesak gile kot...
orang kl ni memang x masak kot untuk berbuka....
ye la jalan jem dah berjam2 ...
sampai umah ko nak bukak tudung bagai dah azan...
terpaksa la tahan ati yang sebak makan kurma 
tak sempat nak masak...

jalan2 aku beli cempedak goreng...
murah la, ada 2 pilihan....
7 bijik RM 2
5 Bijik RM 2

aku amek la yang 5 ketul punya tu....
bila berbuka aku ase kecewa ...hati ni bagai disiat2... isi die ag nipis pada roti paratha kot.. T__T
sob...... 
bijik aje yang besar...aku tak dapat bayangkan kalau aku beli yang dapat 7 bijik tu....
dah tentu2 bijik cempedak aje yang dapat....

pas tu aku beli Char Kuew Teow<--- camni ke eja????
"bang CKT 1, biasa punya"

bro tu tanye" basah ke kering"

"basah la, kasi pedas2...EXTRA pedas"

bila makan kan....memang pedas gile CKT die... die taruk EXTRA LADA HITAM dalam CKT aku....

cakap ori dari pulau Mutiara
memang CKT ade lada hitam ea?????
makAn sambil kecewa... 

Alhamdulillah di atas rezeki semalam....


Tuesday, July 24, 2012

Suke foward2 SMS kan!!!!!



Kalau time puasa n time raye ke etc la kan, kompem ramai kawan2 kite yang akan wish kan???
nak mintak maaf nak mintak halal sebelum puasa ni....
seronok kan bila dapat msg2 macam tu...atleast ade orang ingat kat kite....
so bila kawan2 semua dah msg aku pun teringin la nak balas kan....
tapi aku seyes tak pandai nak rangka ayat2 best...yela orang tu baik punye ayat kan...
xkan aku nak balas

"okey babe..aku pun mintak mahap, selamat berpuasa untuk ko jugak"

macam simple sgt...cam terkurang adab pun ade cam neh...Onion Emoticon
so aku pun pilih la msg2 yang seswai untuk balas dan hantar kat membe2 yang lain....
aku ade la jumpe satu msg yg ikhlas dan simple...MSN Onion Icons
so aku siap terus tekan foward n masukkan nombor membe2 
aku rasa msg tu simple dan agak ok la..
tak beria2 sangat...MSN Onion Icons
yela bulan bersederhana msg pun kena la sederhana kan...

sekali kawan aku balas

"terima kasih salehuddin"

"amin, same2 la kite beramal dalam bulan yg mulia ni 'salehuddin'"

"sejak bila ko tukar name?"

"waaa, msg sape aok foward neh...kot ye pun edit la sikit...maleh amek aok neh"
Onion Emoticon Set
pelik gak la dengan respon dorang aku pun cek balik....
elok je msg tu aku bagi kan..tapi aku lupe nak buang yang ujung

"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
semoga amalan kita diterima Allah S.W.T.
Diberkati dan dirahmati.
Dari Salehuddin sekeluarga"Onion Emoticon

Pftttttt mcm mana aku leh lupe edit yang ujung tu....cis kan dah kena...tapi pape pun aku ikhlas bila ucapkan itu cuma aku tak pandai merangka ayat aje..tu pasal aku foward aje mesej orang...T__T

tulis blog pun orang bace 40 kali baru paham benda ape yang aku merepek...

Tapi walau bagaimana pun aku ase tak lewat lagi aku nak ucapkan 

pic amek kat gugel.... waaa.. masih tak belajar dari kesilapan kan...tengok gambo pun name orang len...dah tu tak kan aku nak crop pulak watermark die...penat2 die buatkan... hihi encik khairul saya pinjam ye pic ni...

Monday, July 23, 2012

Teringinnyeeee nak makan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



time puase2 ni kan tengah2 hari macam ni aku dah pikir menu berbuka...
dasar derhaka sungguh...
tapi pikir aje  xde la sampai telan2 air liur kan...dah seabad lebih ko puasa xkan nak meleleh2 lagi air liur kan..
tapi xleh cakap jugak la...time tak puasa pun kadang2 ase kecur2 air liur aku bile teringat makanan...
napsu lebih....

hari ni macam nak makan sardin + telur dadar
perghhhhhhhhhhhhhhhhh..............................
shadap lah pulak ase..kalau ade kangkung gogeng belacan tu..malatop ase....
kompom! balik ni nak masak sardin ah....
sardin ntah ade ntah tak kat umah tu...
tapi tade masalah.....boleh g kedai runcit = SOGO jap ag....
aiyork....cili ntah ade ntah tak....
bawang????
bawang putih????
kentang????

aishhhhh asal makin banyak benda tak de ni......
macam ni last2 kompem aku ke bazar jap ag......
beli nasi kerabu .......
walllaaaahhh....
macam sadap jugak ni......

Menu Bersahur




biasa2 memang aku jarang bersahur... dalam sebulan 2 boleh kire bape kali aje aku sahur...
pasalnye bila aku sahur aku akan lebih kelaparan berbanding bile aku tak sahur...
tapi untuk bulan ni insyaallah aku akan cuba bersahur...
tapi menu aku tak dak nasi..
tak dak ayaq milo ka apa ka...
paling simple

kurma ngan air masak.......
hari ni nak beli susu ....
so menu sahur untuk esok..
susu + kurma + air masak.....
bhahahhahahaaa
simple.....
itu aje nak cerite..adios

Thursday, July 19, 2012

Kalau kecik boleh ajar, kalau besar????



orang kata melentur buluh biar dari rebung...
nak ajar puasa kena ajar dari kecik.....
dulu2 kakak aku selalu janji sape penuhkan pose t die dapat wet raye paling banyak....
so memang semangat gile kot ko nak puase pasal nak duit banyak....
walaupun banyak hari curi2 makan....
pas tu berlakon konon2 lemah gile....

tapi last2 dapat wet same rata aje...cisssss.....
tu time aku kecik2 la.... 
kalau orang yang besar macam mana pulak erk nak ajar die puase???
mampukah encik bf aku ni nak tahan lapar n dahaga sampai petang???
macam taun2 lepas die cuba puase makan aje..tapi minum air la...
minum pun x depan kawan2 die...
tapi dia dah convert skang..... benda tu dah jadi wajib bagi die....
tapi macam mana ea nak bagi die larat tahan sampai petang????
aduinye pun.......

aku dah cakap cuba dulu puase setengah hari... xlarat berbuka la ....
hari ni puase sampai kol 3
esok sampai kol 4
esok ag sampai kol 5.

kalau tak makan aku yakin encik bf boleh tahan
tapi minum air ni aku risau tol....

tapi dia da cakap dia boleh dan akan cuba bolehkan jugak, sebab tu dah jadi tanggungjawab die... aku kena yakin dengan dia...

Insyaallah dia boleh...doakan aje yang terbaik untuk dia...amin

Monday, August 1, 2011

Perkara-perkara yang membatalkan puase masa kecik2 PART 1

amaran..korang jangan tiru lak benda ni...hahaha..benda2 ni la kakak aku + kawan aku selalu gitau aku mase zaman kecik2 time puase...aku tak tau ape yg dengki sgt mereka dengan aku...

1. Kalau tercium bau makanan samaada sengaja dengan tak sengaja maka puase ko akan batal secara mandatori
aku : abes mak tu masak
kakak aku :  Mak xpe...

2. Jangan kau berani kate mulut orang puase tu busuk!!! 
kakak aku : busuk r mulut ko cam bau tettttttttttttttttt....
aku : hah..ko ckp gitu batal puase..
kakak aku: aku xpe...tak sengaja
aku : =,='' mane aci

3. Jangan ko kentut di siang hari nanti puase ko akan batal 
aku: sakit perut...arghhh
mak aku : kenape pulak 
aku: tahan kentut siang tadi, takut batal puase
mak aku: sape cakap ???
aku: kawan

4. jangan Telan air Liur t puase ko batal... 
dari pagi sampai petang 
ptuiii....tui....tui...tuih...tuih.....
sampai kering2 mulut aku..sampai dah tak ade air liur ag nk ludah...

5. Jangan kau keluarkan perkataan BABI 


akan bersambung di part 2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers