Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, June 25, 2013

Putrajaya Mendung ..Nak Hujan..Alhamdulillah


skang tengok kat luar gelap gile....macam nak hujan..
Alhamdulillah, kurang la sikit jerebu kot..
dengar cerita johor dah hujan... ye ke????
sape duk johor
update sikit

OooOOoOoOhHhHhH esok exam!!!!!


grrrrr!!!! esok dah exam...
ingat hari ni nak study sikit kat office, tanya tips otai2 kat office ni...
diorang semua dah lulus ni....
aku aje la esok baru nak terkinja-kinja g exam....
tapi tak sempat
dari pagi banyak keje
aishhhh ase nak jerit...time2 macam ni la korang nak g KK secara berjemaah
pergi esok lusa lepas exam boleh tak???

hueeeee...xsempat nak study
tak sempat g beli buku...
semua tak sempat....
harap dengan buku rujukan taun 2006 aje lah...
yang langsung up to date..
lepas tu print rujukan dari internet sikit..
kepada sapa-sapa yang ambil exam jugak esok
marilah kita sama-sama doa dan tawakal untuk soalan esok dan juga Undang-undang untuk hari khamis...
korang exam kat mana???
aku dapat kat wellness hotel
saje tau letak ai dekat situ, 
suruh g shopping lepas abis exam...
dan dan pulak time gaji ..
good luck yeaaa korang-korang

Tuesday, June 18, 2013

Kaitan Jenis Pembeli-Pembelah di Malaysia dengan http://www.save22.com.my/


Serius sangat tajuk kita pada hari ini....
aku rasa proses jual beli dah lama ada dalam Dunia ni , dimulai dengan proses pertukaran barang..sampai la apa yang kita ada sekarang ni
kalau nak kira pembeli ni, macam -macam jenis.. meh aku nak huraikan satu persatu

TYPE 1 - PEMBELI MANJA2 GITU
sekarang zaman dah maju, semua pun maju
dulu-dulu nak shopping berpeluh-peluh lah kita bergesel-gesel dengan orang dekat Jalan Tar, Shopping Complex...
sekarang dah mudah kauuuuuuu...
baring atas sofa, kaki atas meja kopi, sejuk-sejuk manja duduk dalam aircond, sambil tengok channel 391 pun dah boleh shopping..online aje.
dari kasut sampai ke tudung,aksesori, periuk ,belanga, vitamin, makanan semua boleh shopping online....
ikan bilis sahaja tuan tanah belum pernah beli online..yang lain pernah...
tema pembelian online adalah tak perlu bersusah payah kita duduk berebut-rebut dengan orang..
tak payah berebut parking...
minyak kereta jimat, kepala tak pening menghadap jam, cuma bayar kos postage sahaja.


TYPE 2 PEMBELI NAK PUASKAN HATI MEREKA
Macam-macam pandangan dan pendapat diutarakan dalam melakukan pembelian online ni. Ada yang kata best, ada pulak yang kata tak best.

 "I tak suka beli online, takut kualiti tak sama" KATANYA...

padahal penjual online tu dah terang-terang tulis jenis, material etc... tapi kita yang tak ada pengetahuan tentang material tersebut..so bagi mereka-mereka jenis ini lebih cenderung untuk shopping sendiri. pergi sendiri tempat yang ada jual barang yang diorang nak tu..terpaksa la pulak meredah mencari jalan, kalau tak sesat nasib, kalau sesat haruslah google..lepas tu bila dah beli, baru perasan kedai lain ada bagi diskaun kaw-kaw punya..menyesal terus, tidur malam tak lena memikirkan diskaun yang tidak dapat dinikmati. Perempuan macam tu la..kalau kena macam ni mau seminggu tak lalu makan.

TYPE 3 ASYIK TUNGGU DISKAUN AJE
aku ni termasuk dalam kategori ni la. kalau benda ada diskaun, insyaallah akan aku beli. Kalau tak percaya korang tengok la sogo tu time ada member day, tengok Jusco time J card.. Tengok jalan TAR time malam raya.. berpusu-pusu beb.. sampai tak nampak barang, nampak kepala orang aje...tapi kadang-kadang lambat nak tau kalau ada promosi/diskaun ni. Korang kena sentiasa alert..kadang2 dah 2 3 hari promotion baru kita tau, itupun kawan office tanya, tak pergi **** ke??? ada diskaun gila-gila..bila kita pergi tinggal yang sisa-sisa aje...sedih lagi...

TYPE 4 TUKANG SURVEY HARGA
ok pembeli kategori ni boleh jugak dikatakan adik beradik dengan TYPE 3 ..tapi lain sikit
kebiasaannya kita selalu survey kalau nak beli gadget la kan..
tak pernah pulak aku tengok nak beli kicap survey harga , survey bahan-bahan dalam kicap A apa, kicap B apa...tak pernah ye..
ini biasa terpakai dalam pembelian handphone, laptop etc... etc bermaksud gadget la...
survey kat internet untuk function pun dah setengah hari..belum pergi beli lagi tau...
pergi lowyat tu pulak kena survey harga..kalau boleh dari tingkat bawah sampai tingkat atas kena survey price + barang free terbaik...bila dah decide korang dah lupa kat mana kedai yang korang rasa paling berbaloi-baloi sangat tu...korang dah la tak ada pricelist untuk laptop/handphone yang korang nak tu..last-last terpaksa jugak beli mana-mana kedai,sebab dah penat sangat.

 
Ada lagi aku rasa jenis-jenis pembeli ni. Tapi idea aku tak keluar pulak..Tadi idea mencurah-curah sampai terkeluar dari telinga..

aku rasa nak-nak raya tak lama lagi comfirm semua macam orang gila nak shopping, shopping baju , Handphone baru, barang-barang kelengkapan etc..yela, raya semua nak baru...tipical...cliche sangat-sangat..memang penuh la dengan rakyat Malaysia nanti kat atas jalan raya.. so aku rasa, kalau nak mudah supaya masa tak habis banyak dengan terpaksa cari jalan ke sesuatu tempat, nak tau bila promotion, nak tau harga handphone atau laptop, kita biasa cari di internet.. Yela nama pun celik IT, pakai smart phone..tak kan tak pandai tengok internet...
Booooo...boooo...booo... buat malu aje....

untuk memudahkan kerja kita ni , ace (loghat pahang,bermaksud cuba dalam loghat KEY EL)  tengok dalam laman web ni
http://www.save22.com.my
korang nak cari apa semua ada...
nak cari jalan pun boleh, nak cari tempat shopping boleh, nak tau tempat mana yang bagi diskaun boleh, nak tau dekat mana yang bagi barang free boleh (kalau ada)
eh malas la nak cerita
sekarang masing-masing ada smartphones..
nak jadi orang smart kena la berfikir dengan smart
pergi aje website ni http://www.save22.com.my lepas tu warning orang jual laptop  "I tau price laptop ni ok...u jangan main-main harga dengan I" sambil tunjuk pricelist laptop kat peniaga tersebut...walaupun bukan niat korang nak beli laptop..

bila cerita pasal ni tiba-tiba teringat quote spiderman....
it's like our friendly neighbourhood right??
sekian

Monday, June 17, 2013

SOALAN KPSL N27 :Undang-undang 2011


sebab aku upload contoh-contoh soalan dan juga contoh jawapan tak ikut susunan, makanya aku dah pening , mana satu aku dah upload dan mana yang belum.. kepada bakal menduduki peperiksaan KPSL ni , kalau korang nak request contoh soalan sila la bagitahu tahun apa, dan bahagian apa..kalau ada aku kongsikan, kalau tak ada aku diamkan aje la......










Baju Kurung Moden Lace- Ala Scha Al Yahya -LD2502 BLACK 2 SHJ YG MASIH AVAILABLE YANG LAIN OUT OF STOCK... TQ BUYER

Orang sekarang ni sangat pandai mix n Macth kan????kalau pandai semuanya mudah..jadi jimat budget..betul?lately ni nak dekat2 raya ni, rajin la aku usha baju raya, dan aku sangat tertarik dengan baju kurung lace  Scha al-yahya ..serius cantik, dan yang paling penting baju lace senang nak dapat... .tak payah susah2,korang boleh senyum lega kerana kain lace long sleeve dress atau top mudah didapati dan dijual di pasaran. sebagai contoh long sleeve dress ini, black..i have one..nice on me..seriously i tell u..cantik terletak bila dipasangkan ke badan..

CONTOH YANG DIPAKAI SCHA AL-YAHYA & SATU LAGI CONTOH GOOGLE



 OUT OF STOCK!!!!!


LENGTH: 75CM
BUST: 94CM
SHOULDER: 37CM
SLEEVE: 57CM
SIZE: FREE SIZE,FITS UP TO L
MATERIAL: COTTON + LACE WITH LINING
*BELT NOT INCLUDED 
RM 42.00


OUT OF STOCK!!!!!
OUT OF STOCK!!!!!
OUT OF STOCK!!!!!
OUT OF STOCK!!!!!
OUT OF STOCK!!!!!
OUT OF STOCK!!!!!
OUT OF STOCK!!!!!

KORANG BOLEH GAYAKAN DENGAN SKIRT MERMAID NI...
LENGTH :104CM
WAIST: 63CM-106CM
SIZE : FREE SIZE
MATERIAL: COTTON + LYCRA
RM 46.00










UNTUK TEMPAHAN ..SILA ISI FORM DIATAS
ATAU EMAIL miszsheyla@yahoo.com
atau pm facebook : Miszsheyla's Closet

Lampu Hiasan Benang dan Rotan Untuk Raya

Sticky Post!!!!

Lampu Bola Benang di perbuat 100% benang dan cukup berkualiti ianya sesuai untuk hiasan dalaman rumah(Indoor) dan tidak sesuai bagi luar rumah (Outdoor). Lampu ini amat menarik jika seseorang itu kreatif untuk menghias kediaman rumah dengan bermacam-macam bentuk.Kalau untuk outdoor lampu hiasan rotan lebih sesuai digunakan...
Keterangan Material Lampu Bola Benang iaitu Panjang 10 Kaki (03 Meter) Voltage 220V dan bilangan ada 20 biji lampu/bola benang (01 Set). Cukup amat menarik jika anda memilikinya sebagai hiasan dalam bilik, Ruangan Tamu dan juga sesuai sebagai hadiah yang sangat comel dan menarik.

Contoh Dekorasi Lampu Hiasan Benang /Rotan

Lampu Benang : RM 37.00 
Lampu Rotan : RM 47.00
Free Shipping



























   








Kod Lampu
























cara nak pasang lampu hiasan ni






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers