
Pengskodeng terhebat
Great deal yawww
Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts
Monday, June 17, 2013
SOALAN KPSL N27 :Undang-undang 2011

Wednesday, June 12, 2013
SOALAN KPSL N27 :BAHAGIAN III UNDANG-UNDANG UMUM 2009
Tuesday, June 11, 2013
Contoh soalan KPSL N27 : BAHAGIAN II (3001B)
Soalan KPSL N27: BAHAGIAN I
Monday, June 10, 2013
SOALAN KPSL N27 BAHAGIAN III : UNDANG-UNDANG UMUM

PSTT** SAPE YANG DUDUK PUTRAJAYA ADA BUKU PKPA...TOLONGGGGG LA BAGI AKU PINJAM..DAH PUAS AKU CARI KAT KEDAI BUKU..ASYIK ABES STOK AJE....KORANG MEMANG BELI BUKU TIAP2 TAHUN KE????
Sunday, June 9, 2013
SOALAN KPSL (BAHAGIAN 111: KOD 3001C)

BAHAGIAN 111 (KOD 3001C: UNDANG-UNDANG UMUM)
Mengandungi enam (6) soalan dan calon diminta menjawab empat (4) soalan sahaja dalam masa 2 jam.
Soalan 1
a) Norika Fujiwara dilahirkan di Tokyo hasil pernikahan ibunya Puan Nana Ika seorang rakyat Malaysia dengan bapanya seorang jurutera syarikat multinasional warganagera Jepun. Pada 14 Februari 2012, ketika berusia 4 tahun, Norika Fujiwara telah dibawa kembali ke Malaysia oleh ibunya setelah bercerai dengan bapanya di Jepun. Puan Nana Ika telah membawa Norika Fujiwara ke Pejabat Pendaftaran Negara di Putrajaya, memohon kewarganegaraan Malaysia bagi anaknya itu.
Sebagai seorang Pegawai Pendaftaran, jelaskan status kelayakan Norika Fujiwara untuk memohon kewarganegaraan Malaysia dengan cara kuat kuasa undang-undang dan berikan justifikasinya.
(9 markah)
b) Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah tinggal selama dua (2) tahun di Chrisrchurh sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi taraf pemastautin tetap di New Zealand . Setelah Berjaya memperolehi taraf pemastautin tetap New Zealand itu, Encik Klam Kar Bord sekeluarga telah pulang semula ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihanraya Umum yang lalu.
Walau bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah membatalkan hak Encik Klam Kar Bord sekeluarga untuk mengundi atas sebab Kerajaan Malaysia dengan perintah mahkamah telah pun melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuan mereka. Encik Klam Kar Bord tidak berpuas hati dan bercadang untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia tersebut.
Jelaskan sama ada wujud sebarang prima facie yang boleh menjadi asa kepada Encik Klam Kar Bord bagi mencabar keputusan Kerajaan Malaysia melucutkan hak kewarganegaraan Persekutuannya. Nyatakan yang berkaitan.
(8 markah)
c) Puan Kristina yang mengikuti suaminya bertugas di Brussels , Belgium telah pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak sulung mereka dengan menaiki pesawat Lufthansa, sebuah syarikat penerbangan Jerman. Tanpa diduga, tiba-tiba Puan Kristina mengalami sakit perut dan telah melahirkan seorang bayi lelaki dalam pesawat berkenaan ketika berada di ruang udara Thailand .
Sila jelaskan nama Negara yang akan didaftarkan sebagai tempat kelahiran bayi lelaki Puan Kristina dan berikan justifikasinya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan berhubung penetapan Negara tersebut.
(8 markah)
Soalan 2
a) D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong dijaualkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Washington, Amarika Syarikat mulai 27 Jun 2012 hingga 6 Julai 2012. Setelah itu Baginda akan terus berangkat ke Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah sebelum kembali ke Malaysia pada 13 Julai 2012.
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, apakan tindakan tertentu yang perlu dilakukan oleh D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong sebelum baginda berangkat meninggalkan Malaysia dan berikan justifikasi tindakan tersebut.
(6 markah)
b) Terdapat tiga (3) keadaan yagn menyebabkan seseorang Raja sesebuah Negeri dalam Malaysia tidak layak untuk dipilih memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.
Nyatakan tiga (3) keadaan tersebut.
(9 markah)
c) Nyatakan jumlah undi Majlis Raja-Raja yagn mencukupi untuk memecat Yang DiPertuan Agong.
(5 markah)
d) Semua Raja bagi Negeri-Negeri dalam Malaysia menerima gaji sebagai mana diperuntukkan oleh Pelembagaan Negeri masing-masing.
Jelaskan saman ada seseorang Raja masih boleh diberikan gaji sebagai mamn diperuntukan oleh Pelembagaan Negeri setelah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong.
(5 markah)
Soalan 3
Encik Asri berumur 30 tahun telah meninggal dunia dalam perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Taraf jawatan beliau adalah tetap dn telah berkhidmat selama empat (4) tahun serta telah disahkan dalam perkhidmatan sebulan sebelum beliau meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia lima (5) tahun.
a) Adakah Encik Asri layak diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen? Berikan alas an anda?
(8 markah)
b) Balu dan anak lelaki Encik Asri juga layak diberikan faedah-faedah persaraan atau apa-apa pampas an terbitan. Nyatakan sebabnya. Tempoh pemberian dn jumlah pencen terbitan tersebut.
(7 markah)
c) Nyatakan keadaan yang boleh memyebabkan faedah persaraan yang diberikan kepada balu dan anak tersebut terhenti.
(10 markah)
Soalan 4
Senar berikut merupakan beberapa kategori tanggungan kepada seorang penjawat awam yang telah diberikan taraf sebagai pegawai berpencen:
i. Anak permpuan berumur 12 tahun.
ii. Anak lelaki berumur 20 tahun tetapi telah berkahwin.
iii. Anak cacat anggota kekel berumur 45 tahun
iv. Janda
v. Balu yang telah berkahwin semula sebulan selepas penjawat awam itu meninggal dunia.
Daripada senarai di atas, nyatakan:
a) Siapakah yang layak unutk diberikan pencen terbitan? Berikan alas an anda.
(22 markah)
B) Siapakan yang tidak layak diberi pencen terbitan?
(3 markah)
Soalan 5
a) Encik Amran seorang warganegera Bangladesh telah diambil berkerja sebagai buruh oleh Syarikat Bina Murni Sdn. Bhd. Melalui permit kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan imigresen kepadanya.
Adakah Encik Amran boleh mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Nyatakan alas an anda.
(9 markah)
b) Encik Salam mengusahakan perniagaan sendiri iaitu dengan membuka gerai makan di hadapan rumahnya. Beliau memperolehi pendapatan secara purata sebanyak RM5,000.00 sebulan.
Adakah Encik Slam boleh mencarum kepada KESP? Nyatakan alasan anda.
(8 markah)
c) Puan Salmah telah diambil bekerja oleh Dato’ Norimah sebagai pembantu rumah. Beliau telah dibayar gaji sebanyak RM700 sebulan.
Adakah Puan Salmah boleh mencarum kepada KWSP? Nyatakan alasan anda.
(8 markah)
Soalan 6
Encik Kamaruddin baru dilantik sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di kemantarian Pelajaran Malaysia pada 1 Februari 2012. Beliau yang menerima gaji sebanyak RM850.00 sebulan telah diminta membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui potongan gaji.
a) Mengapakah Encik kamaruddin perlu mencarum kepada KESP?
(9 markah)
b) nyatakan kadar caruman yang perlu dibayar oleh Encik Kamuruddin kepada KWSP.
(7 markah)
c) Jelaskan dalam keadaan manakah Encik Kamaruddin boleh mengeluarkan kesemua carumannya dalam KWSP?
(9 markah)
kredit to : fauziah mahadi
Contoh dan Jawapan Soalan KPSL N27 Bahagian II

BAHAGIAN II : PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT, ARAHAN KESELAMATAN
DAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM
Soalan:
a)Kementerian Dalam
Negeri akan menganjurkan persidangan antarabangsa mengenai keselamatan
serantau. Kertas persidangan dan butiran perbincangan melibatakan dokumen terperingkat memerlukan kawalan
keselamatan di peringkat tinggi.
Nyatakan keselamatan bagi mengawal perjalanan
persidangan ini. (10 markah)
b)Dalam persidangan berkenaan, terdapat kemungkinan
berlakunya kegiatan pengintipan dan percubaan untul mendapatkan
maklumat-maklumat terperingkat. Huraikan kaedah yang boleh digunakan oleh
pertubuhan atau kumpulan subversif untuk mendapatkan maklumat terperingkat. (10
markah)
Jawapan:
a) Merujuk Arahan Keselamatan,No.37 m/surat
9......salin semua.
b) Merujuk Arahan Keselamatan,No.91 m/surat
24......salin semua.
P/S : 10 markah setiap soalan,so jawapan mmg
panjang berjela..
Saturday, June 8, 2013
CONTOH KAEDAH MENJAWAB SOALAN UNTUK BAHAGIAN III: UNDANG-UNDANG UMUM (KPSL N27)

Soalan 1 (a)
(a) Haris seorang warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Katie, seorang warganegara British di United Kingdom pada tahun 1990. Berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan, bolehkah isteri haris memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh isterinya? (6 markah).
JAWAPAN:
Boleh.
Syarat-syarat:
a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a)dan (b).
atau
Soalan 1 (b)
Boleh.
Syarat-syarat:
a) Katie telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan dan Katie berniat hendak bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan
(b) bahawa Katie adalah berkelakuan baik.Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 15 Fasal (1) (a)dan (b).
atau
Soalan 1 (b)
(b) Sekiranya permohonan Katie untuk menjadi warganegara Malaysia diluluskan oleh kerajaan persekutuan, bilakah Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia?(5 markah)
JAWAPAN:
Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).
Katie boleh didaftarkan menjadi warganegara Malaysia sehingga ia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (1).
Soalan 1 (c)
c) bilakah secara rasminya Katie boleh menjadi warganegara dengan cara Pendaftaran?(5 markah)
JAWAPAN:
Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu. Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).
Katie secara rasminya boleh menjadi warganegara Malaysia mulai dari hari ia didaftarkan sedemikian itu. Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 1 Perkara 18 Fasal (3).
Soalan 1 (d)
(d) Encik Wagiman yang berasal dari Indonesia telah memperolehi kewarganegaraan Malaysia secara perakuan masukan pada tahun 2001. Selepas memperolehi kewarganegaraan, beliau telah kembali ke Negara asalnya dan tidak kembali ke Malaysia sehingga sekarang. Sepanjang ketiadaannya, tiada sebarang berita diperolehi daripada beliau. Adakah kerajaan persekutuan boleh dan mempunyai sebarang peruntukan untuk melucutkan kewarganegaraan beliau di bawah perlembagaan persekutuan? (5 markah)
JAWAPAN:
Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ...
Boleh.
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 3, Bab 2 Perkara 25 Fasal (2) (a) dan (b) yang menyatakan bahawa ...
Soalan 1 (e)
e) Atas permintaan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberikan buat selama-lamanya sebidang tanah kerajaan negeri yang telah di rizabkan sebelum itu bagi maksud kegunaan kerajaan persekutuan. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan telah diminta oleh kerajaan negeri Selangor supaya membayar premium tanah tersebut terlebih dahulu. Jelaskan bagaimana kaedah penentuan bayaran premium tanah yang perlu dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Selangor. (5 markah)
JAWAPAN:
Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan....
(a)...
(b)...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 asal (2) (a) dan (b).
Kaedah penentuan bayaran premium tanah hendaklah sama banyak dengan nilai pasaran tanah itu dikurangkan dengan....
(a)...
(b)...
Ini adalah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 6, Bab 4 Perkara 85 asal (2) (a) dan (b).
kredit to: Fauziah Mahadi
nanti aku upload lagi ye......
Subscribe to:
Posts (Atom)










































