
Pengskodeng terhebat
Great deal yawww
Showing posts with label KPSL N27. Show all posts
Showing posts with label KPSL N27. Show all posts
Monday, March 23, 2015
KPSL lagi dan lagi...

Friday, June 13, 2014
KPSL N27 - CONTOH SOALAN UNDANG-UNDANG UMUM TAHUN 2002

TAHUN 2003
1.
(a) Nyatakan keadaan – keadaan yang menyebabkan
seseorang kakitangan awam boleh dibersarakan dari perkhidmatan awam.
(b) Encik Johan membuat perakuan sumpah secara
bertulis bahawa beliau tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan
jenayah. Berdasarkan kepada perakuan tersebut beliau telah dilantik dalam
perkhidmatan awam
Beliau
telah dibersarakan setelah didapati perakuan sumpah yang dibuat adalah palsu.
Beliau tidak diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi kepada
Yang Di-Pertuan Agong
Jelaskan
sama ada tindakan tersebut teratur dari segi undang-undang
2.
Encik
Samdol seorang kakitangan Kerajaan telah ditangkap kerana terlibat dalam
penerimaan rasuah. Perbicaraan kes rasuah beliau telah dijalankan dan masih
berterusan melepasi uur persaraan 56 Tahun.
Jelaskan samaada
perkhidmatan Encik Samdol telah terhenti
ketika umur persaraan beliau.
(b) Perbicaraan kes rasuah Encik Samdol tamat ketika umur beliau 60
tahun dengan keputusan beliau didapati tidak bersalah.
Jelaskan samaada tempoh
perkhidmatan beliau selepas umur persaraan diambil kira dalam perkhidmatan.
3.
JELASKAN
tindakan yang perlu diambil di bawah kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja 1991 bagi ke- kes berikut.
a.
Encik
Anuar , seorang yang bekerja sendiri yang ingin menjadi ahlu Kumpulan Wang
simpanan pekerja.
b.
Encik
Nordin , seorang yang telah pencen yang ingin mencarum semula dengan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja
c.
Encik
Aziz, seorang yang bekerja sendiri yang ingin berhenti dari membayar caruman
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
d.
Encik
Yusof, seorang yang telah pencen yang kemudiannya mencarum semula dalam
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tetapi kemudiannya ingin berhenti dari membayar
caruman tersebut.
4.
(a) Sebagai satu langkah keselamatan, Lembaga
Kumpulan Pekerja telah menetapkan setiap perkerja memberikan cap ibu jari
mereka dalam rekod keahlian mereka.
JELASKAN
dengan secara terperinci perkara yang berikut.
(i)
Cap
Ibu jari mana yang perlu diberikan
(ii)
Siapa
yang perlu menjadi saksi semasa cap ibu jari diberikan dan apa yang perlu
dilakukan oleh saksi tersebut.
(iii)
Sekiranya
ibu jari kanan seseorang pekerja tiada
samaada cap ibu jari kiri boleh diberikan.
(iv)
Sekiranya
ibu jari kanan dan kiri seseorang pekerja tiada, apakah cara pengenalan lain
boleh dibenarkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?
(b) Encik
Ariff enggan memberikan cap ibu jari kanannya walaupun ibu jari kanan beliau
tidak mengalami apa-apa kecacatan.
Jelaskan kesalahan dan hukuman yang
boleh dikenakan ke atas beliau di bawah kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja 1991.
5. Encik
Devalky seorang warganegara Rusia berumur 25 tahun. Beliau datang ke Malaysia
mengikut ibu bapanya yang bekerja di sebuah Syarikat Multinasional di
Cyberjaya.
Beliau berjumpa dengan anda yang
bertugas di kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan Nasihat mengenai
perkara-perkara berikut.
(a)
Kategori
kerakyatan yang boleh diperolehi oleh encik Devalky\
(b)
Syarat
yang perlu dipenuhi oleh beliu sebelum memperolehi sijil Naturalisasi
(c)
Nyatakan
tempoh tinggal di Malaysia yang perlu dipenuhi oleh beliau sebelum memperoleh
sijil Naturalisasi
6. (a)
Yang Dipertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara Malaysia. Sebagai Ketua Negara
YDPA mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan
perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA. JELASKAN perkara-perkara
tersebut.
(b)
Penubuhan Majlis Raja-raja telah diperuntukkan dalam perkara 38 Perlembagaan
Persekutuan sebagai satu Majlis yang dianggotai oleh semua Sultan
dan Yang di-Pertua Negeri
Dalam
hal keadaan tertentu, Majlis raja-raja boleh bertindak mengikut budi bicara.
Jelaskan hal keadaan tersebut
KPSL N27 - CONTOH SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 2001

TAHUN 2001
1.
Encik Osman berumur 30 tahun
telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan awam. Beliau telah berkhidmat
sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik secara tetap selama 4 tahun dah baru disahkan dalam jawatan seminggu sebelum
hari kematiannya.
Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berumur
2 tahun.
i)
ADAKAH Encik Osman layak
diberikan taraf seorang pegawai berpencen. Berikan Alasannya.
ii) Balu dan anak perempuan Encik
Osman juga layak diberikan pencen
Terbitan dan/atau apa –apa pampasan terbitan. Nyatakan sebabnya, tempoh
pemberian dan jumlah pencen terbitan tersebut.
iii) Nyatakan hal keadaan yang boleh
menyebabkan pencen terbitan yang diterima oleh balu dan anak perempuan Encik
Osman diberhentikan.
2.
Cik Samihah seorang Ketua
kerani yang berkhidmat secara tetap di salah sebuah jabatan kerajaan telah
mengalami kecederaan parah setelah terlibat dalam kecelakaan jalanraya semasa
dalam perjalanan menuju ke pejabat.
Kecederaan parah tersebut telah
menyebabkan beliau lumpuh seluruh anggota badan dan setelah diperiksa oleh
lembaga perubatan beliau dinasihatkan untuk bersara daripada perkhimatan awam.
Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan awam.
Cik Samihah masih belum berkahwin dan
beliau tinggal bersama ibunya yang sudah tua, Beliau adalah anak tunggal dan
beliau seoranglah yang menjaga dan memelihara dan memberi nafkah kepada ibunya
secara sepenuhnya selepas kematian bapanya 10 tahun lalu.
Selepas 6 Tahun menghidap penyakit
lumpuh , Cik Samihah meninggal dunia dengan meninggalkan ibunya yang sudah tua
hidup keseorangan.
i)
Jelaskan samaada Cik Samihah
boleh diberikan pencen hilang upaya selepas persaraan beliau
ii)
Jelaskan samaada ibu Cik
Samihah boleh diberikan pencen tanggungan selepas anaknya meninggal dunia 6
tahun selepas menghidap penyakit lumpuh. Beri alasan
iii)
Nyatakan hal keadaan yang boleh
menyebabkan pencen tanggungan yang diterima oleh ibu Cik Samihahdiberhentikan.
3.
Negara Malaysia telah selamat
melangsungkan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Yang baru.
Kerajaan telah memerintahkan anda untuk memberi penerangan kepada Seri Paduka
baginda tentang beberapa perkara yang berkaitan fungsi eksekutif yang dipertuan
Agong seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Fokuskan
penerangan anda kepada perkara-perkara berikut.
(a)
Peranan Yang Di-Pertuan Agong
dalam bertindak mengikut nasihat yang diberikan oleh Jemaah Menteri
(b)
Perkara-perkara Yang Di-Pertuan
Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya tanpa terikat dengan nasihat yang
diberikan. Dan
(c)
Tatacara yang perlu diikuti
dalam melantik Jemaah Menteri
4.
Pada tahun 1990, suatu
perkahwinan telah dimeterai Antara Azhari seorang warganegara Indonesia dengan
Lusia seorang warganegara Malaysia yang kemudiannya menetap di Dungun,
Terengganu. Azhari telah menjadi seorang warganegara Malaysia pada tahun 2000
di bawah Perkara 16A, Perlembagaan Persekutuan. Pada tahun 2001, Azhari telah
pergi ke Singapura dan secara terbuka menghina Persekutuan Malaysia dan
mengatakan bahawa dia lebih cintakan Negara tersebut. Azhari juga telah
melakukan suatu rompakan di Filipina tetapi telah ditangkap dan dijatuhi
hukuman penjara selama 5 tahun.
a.
Bolehkah kerajaan Malaysia
melucutkan kewarganegaraan Azhari? Berikan justifikasi bagi jawapan anda
b.
Apakah tatacara yang perlu
diikuti oleh kerajaan sebelum melucutkan kewarganegaraan Azhari?
5. Shahron ialah ahli Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) yangtelah meninggal dunia pada tahun 2001 di Jordan .
Sebagai warisnya yang berhak , Yassir bercadang untuk mengeluarkan amaun yang
ada dalam Kredit Shahron di KWSP. Bagi maksud ini, Yassir telah meminta nasihat
anda
a) Sila maklumkan Yassir dokumen-dokumen yang beliau perlu
kemukakan kepada KWSP sebagai bukti kematian Sharon
b) Apakah yang perlu dilakukan oleh Yassir bagi membuktikan
kematian Sharon.
c) Apakah tatacara yang perlu diikuti Yassir bagi
mengeluarkan amaun yang ada dalam kredit Sharon di KWSP?
(Jawapan
hendaklah berdasarkan kepada kaedah-kaedah KWSP 1991)
6. Aisyah telah ditugaskan oleh
syarikat rakamannya untuk membuat pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) bagi pekerja-pekerja syarikat tersebut. Sila nasihat Aisyah
berkenaan
a) Cara pembayaran caruman yang perlu diikuti
b) Pihak yang mana pembayaran caruman –caruman itu hendak
dikemukakan dan
c) Tindakan yang perlu diambil oleh pihak penerima apabila
menerima pembayaran caruman tersebut
Sila nasihatkan
Aisyah dengan merujuk Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja1991.
KPSL N27 - SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 2000

TAHUN 2000
2. a. Encik Jalil seorang wakil rakyat di
suatu kawasan Parlimen telah dikenakan hukuman denda RM 10,000.00 atau satu
tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana di dapati menerima rasuah
berjumlah RM 15,000.00 daripada sebuah syarikat Percetakan. Beliau telah
mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan keputusannya rayuan beliau telah
ditolak.
i) Jelaskan sama ada beliau hilang
kelayakan sebagai ahli parlimen kerana
sabit kesalahan dan dikenakan hukuman
tersebut.
ii) Apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang wakil rakyat
hilang kelayakan menjadi ahli parlimen?
b. Y.B Dato’ Arif seorang ahli
parlimen dalam ucapannya di Parlimen
telah mencerca dan menuduh Y.B Encik Zulkifli
sebagai penipu besar. Y.B Encik Zulkifli terlalu marah dan ingin
mendakwa Y.B Dato’ Arif di Mahkamah kerana tuduhannya itu. Bolehkah Y.B Encik
Zulkifli berbuat demikian? Berikan alasan.
3. a. Cik Su dilantik dalam skim
perkhidmatan.B Encik Zulkifli terlalu marah dan ingin mendakwa Y.B Dato’ Arif
di Mahkamah kerana tuduhannya itu. Bolehkah Y.B Encik Zulkifli berbuat
demikian? Berikan alasan.
a. Cik Su dilantik dalam skim
perkhidmatan Penolong Jururawat (Gred U14) pada 1.1.95. sebelum beliau disahkan
dalam jawatan beliau telah diberikan satu opsyen di bawah Akta Pencen 1980.
Apakah Opsyen tersebut?
Di bawah peruntukan yang manakah opsyen itu
dihulurkan?
b. Setelah Cik Su melaksanakan opsyen
dan disahkan dalam jawatannya, beliau berubah fikiran dan ingin menukar
pilihannnya.
Adakah ini dibenarkan oleh undang-undang?
Berikan sebab-sebab anda.
c. Encik Nazri dilantik sebagai seorang Juruteknik tetap di
jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur pada 15.6.74. seterusnya pada 18.5.77 beliau
telah dihulurkan satu opsyen dan telah memilih tangga gaji ebrsih dengan
syarat-syarat perkhidmatan yang baruserta skim pencen yang baru di bawah
Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1977 yang bertarikh 31.3.77 (“ perubahan
Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pegawai-pegawai Dalam Perkhidmatan
awam semenanjung Malaysia). Semasa perkhidmatan
Encik Nazri , beliau juga telah disahkan dalam jawatan dan diberikan
taraf sebagai seorang pegawai berpencen. Padatahun ini Encik Nazri membuat
keputusan untuk bersara atas pilihan
sendiri mulai 15.6.2000. Permohonan beliau dibuat di bawah subsekyen 12(1),
akta pencen 1980 dan telah diluluskan pada 25.5.2000 oleh timbalan pengarah
Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa yang
diwakilkan kepadanya oleh yang Di-Pertuan Agong. Sebelum tarikh kuatkuasa
persaraannya atas pilihan sendiri, Encik Nazri telahdiberikan satu Opsyen di
bawah peraturan-peraturan pencen 1980.
Apakah opsyen tersebut?
Nyatakan peruntukan yang mengkehendaki
opsyen dihulurkan.
4. Encik
Gopal dilantik sebagai seorang buruh am di Jabatan Pendidikan Selangor pada
1.5.84 dan telah ditugaskan di sebuah sekoalh rendah dalam daerah Banting. Pada
27.3 .92 beliau telahbersetuju menerima opsyen Sistem Saraan baru dan telah
diberikan taraf berpencen mulai 1.8.93.
pada 31.3.95 Encik Gopal telah menumpang kereta kawannya untuk balik ke rumah
dari Bandar Klang. Dalamperjalanan suatu kemalangan berlaku. Encik Gopal telah
meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya.
Encik Gopal (Gemulah) meninggalkan seorang
balu dan tiga orang anak kandung yang berusia Antara 2 tahun hingga tujuh
tahun. Beliau telah bertugas di sepanjang tempoh perkhidmatannya melainkan
selama 1 bulan cuti tanpa gaji dalam tahun 1994. Gaji akhir yang diterima oleh
gemulah pada tarikh kematiannya ialah RM
464.00 sebulan
Oleh kerana gemulah hanya merupakan seorang
penumpang maka kemalangan yang berlaku bukanlah berpunca dari kecuaian atau
salah laku beliau. Tiada pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 yang
telah di awardkan kepada balu gemulah.
a.
Nyatakan kesemua jenis bayaran
yang boleh dibuat kepada orang-orang tanggungan gemulah di bawah akta Pencen
1980 danperaturan-peraturan pencen 1980.
b.
Apakah tempoh yang boleh
dimasukkira bagi maksud penghitungan bayaran di bawah undang-undang tersebut.?
Sekiranya
terdapat apa-apa tempoh yang tidak boleh dimasukira, nyatakan
sebab-sebabnya berdasarkan peruntukan yang relevan.
c.
Bagaimana setiap jenis bayaran
yang layak diterima oleh orang-orang tanggungan gemulah dihitung dan nyatakan
peruntukannya.
5. a. Cik Wan Hairian seorang pencarum
kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengemukakan kepada lembaga
KWSP satu akuan bersumpah menamakan Cik Norzainah dah Cik Rosamiza sebagai
penama bagi caruman tersebut. Bolehkah Cik Wan Hairiah berbuat demikian?
Berikan Alasan.
b. En. Geoge , seorang warganegara
Britain adalah merupakan Jurutera di salah sebuah syarikat yang terkenal di
Kuala Lumpur dan merupakan pencarum kepada KWSP. Setelah tamat tempoh
perkhidmatan dengan syarikat tersebut, beliau telah kembali keBritain pada
tahun 1995 dengan mengeluarkan ke semua carumannya di dalam KWSP. Pada Januari
2000 , beliau telah kembali ke Men George bercadang untuk mencarum semula
kepada KWSP tetapi tidak mengetahui
proses yang sepatutnya dilakukan olehnya. Anda diminta menasihatkan En.
George cara bagaimana serta prosedur yang seharusnya dilakukan oleh Encik George.
6. a. Cik Norhayati adalah merupakan
seorang yang bekerja sendiri dan bercadang
membuat caruman kepada KWSP . Beliau telah bertanya kepada anda
prosedur yang perlu dilakukan olehnya
untuk membolehkan beliau mencarum kepada KWSP . Nasihatkan Cik Norhayati.
b.
i) Puan Salbiah, majikan kepada
cekap jaya sewaktu membuat semakan kepada dokumen-dokumen syarikatnya,
mendapati beliau telah terlupa untuk membayar caruman pekerja-pekerjanya selama
2 bulan kepada lembaga KWSP. Apakah tindakan
yang seharusnya dibuat Puan Salbiah?
ii) Puan Salbiah juga telah didapati gagal
untuk mempamerkan sijil Pendaftaran seperti yang dirujuk dalam kaedah 9(2)(b)
kaedah-kaedah KWSP 1991 di Premis Cekap Jaya sepanjang masa. Seorang pegawai
KWSP telah memaklumkan kepada Puan Salbiah yang dia telah melakukan satu
kesalahan. Jika disabitkan, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Puan
Salbiah?
KPSL N27 - SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 1999

1 a) Yang Berhormat Datuk Mustafaadalah
seorang anggota dewan rakyat. Beliau telah disabitkan di mahkamah atas suatu
kesalahan dan dihukum penjara selama tempoh tiga tahun. Datuk Mustafa telah
hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat kerana sabitan itu. Sampai
bilakah hilang kelayakan itu berkuatkuasa?
b) Encik Ahmad telah hilang kelayakan
menjadi anggota Dewan Rakyat atas sebab dia memegang Jawatan berpendapatan.
Tetapi dia dipilih menjadi anggota dewan tersebut. Bolehkah Encik Ahmad menjadi
anggota dewan itu?
c. Dalam satu mesyuarat Dewan Rakyat
yang Berhormat Encik Lim membuat tuduhan yang tidak benar terhadap
YangBerhormat Encik Gopal . Bolehkah yang Berhormat Encik Gopal membawa perkara
itu ke Mahkamah?
d. Bolehkah anggota yang tidak hadir
dalam mesyuarat Dewan Rakyat atau Dewan Negara mengundi?
e. Suatu rang undang-undang telah
diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bolehkah undang-undang
itu berkuatkuasa sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong memberikan persetujuannya?
2. a. A seorang wanita bangsa Australia
telahberkahwin dengan B seorang warganegara Malaysia. A telah menjadi
warganegara Malaysia dengan cara pendaftaran dibawah perkara 15(1)Perlembagaan
persekutuan. A Berjaya menuntut cerai dari B. A kemudiannya berkahwin dengan C
seorang warganegara Jepun dan menjadi warganegara Jepun. Bolehkah Kerajaan
Malaysia melucutkan kewarganegaraan A?
b. Puan Juriah berusia 18 tahun ketika
berkahwin dengan Encik Robert, warganegara Australia. 2 tahun kemudian Puan
Juriah telah mengikuti suaminya balik ke Australia dengan hasrat menetap
disana. Puan Juriah berhasrat untuk tidak lagi
menjadi rakyat Malaysia. Bolehkah Puan Juriah berbuat demikian?
3. Puan
Jamilah (gemulah) seorang pegawai berpencen telah bersara wajib daripada
jawatannya sebagai pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di kementerian
pertanian pada 1.6.96. Beliau telah meninggal dunia pada 15.8.98. berikutan
dari itu suami gemulah, Encik Jailani telah menerima pencen terbitan di bawah
sebseksyen 15(1)(a) akta pencen 1980. Namun begitu siasatan polis kemudiannya
membuktikan bahawa kematian gemulah adalah akibat diracun oleh suaminya
sendiri. Pada 15.12.98 Encik jailani telah mengaku salah atas pertuduhan “ mematikan orang dengan
salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang” di bawah seksyen
304 (Bahagian pertama) Kanun keseksaan dan dihukum penjara selama 12 tahun dari tarikh ditangkap
(7.12.98). Gemulah mempunyai 2 orang anak kandung yang masih bujang ( dan tidak
cacat atau hilang upaya) Jamal dan Jaharah, yang berusia 23 dan 19 tahun
masing-masing pada tarikh kematian gemulah.
a.
adakah Encik Jailani layak
menerima bayaran pencen terbitan setelah beliau disabitkan dan dihukum penjara
pada 15.12.98? berikan sebab-sebab anda.
b. Bolehkah anak-anak gemulah mendapat
pencen terbitan? Berikan sebab-sebab anda.
c. Bagaimanakah amaun pencen terbitan
di hitung?Nyatakan peraturan-peraturan yang berkaitan.
4. a. Bilakah seseorang pegawai sama ada
pegawai persekutuan atau pegawai Negeri boleh memohon untuk persaraan pilihan
sendiri?
b. Apakah fakta-fakta yang perlu
dipertimbangkan dalam menentukan kelayakan seseorang pegawai yang telah bersara
atas pilihan sendiri untuk menerima pencen dan bila pencen itu mula dibayar.?
Nyatakan seksyen-seksyen yang berkaitan
dalam jawapan anda.
c. Bagaimanakah kedudukan pencen
seseorang pegawai perempuan yang dilantik sebelum peruntukan mengenai persaraan
pilihan mula berkuatkuasa dan telanh bersara secara pilihan sendiri apabila
mencapai umur 40 tahun tetapi meninggal dunia sebelum mencapai umur 45 tahun?
5. a. Syarikat ABC telah menjalankan
perniagaannya sejak 3 tahun yang lalu dan mempunyai 50 orang pekerja. Pengurus
besar KWSP telah mengesyaki bahawa Syarikat ABC
telah gagal untuk membayar caruman terhadap beberapaorang pekerjanya.
Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada Syarikat
ABC bertanggungan untuk membayar caruman tersebut. Pengurus Besar KWSP telah
menyerahkan notis secara bertulis kepada Syarikat ABC.
i) Apakah tujuan notis secara bertulis
tersebut diserahkan kepada Syarikat ABC?
ii) Jika Syarikat ABC gagal eatuhi
kehendak notis bertulis tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas
Syarikat ABC?
b. Encik Rashid adalah merupakan Ahli
Lembaga KWSP. Di Dalam satu mesyuarat lembaga yang dihadirinya, lembaga telah
membauat perbincangan dan seterusnya bersetuju untuk membeli sebidang tanah di
Johor. Tanah tersebut sebenarnya adalah kepunyaan isteri Encik Rashid dan
perkara ini tidak diketahui oleh ahli-ahli lembaga yang lain.
i) Apakah tindakan yang sepatutnya
dilakukan oleh Encik Rashid sewaktu perbincangan tersebut diadakan.
ii) Jika gagal melakukan tindakan di (b)
(i) di atas, Encik Rashid telah melakukan satu kesalahan di bawak Akta KWSP
1991. Jika sabit kesalahan tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke
atas Encik Rashid.
6. a) Encik Devaraj seorang pencarum
kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau ingin menamakan ibu dan
isterinya sebagai penama bagi carumannya itu. Menurut isterinya, beliau hanya
boleh menamakan salah seorang daripada mereka. Adakah kenyataan isteri Encik
Devaraj itu betul atau tidak? Berikan alasan.
b) Encik Muthu seorang juruteknik di
Jabatan Kerja Raya telah bersara wajib pada 20 Januari 1999. Semasa membuat lawatan
ke India dalam bulan Mac 1999 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di
India. Bagi maksud untuk menuntut KWSPnya , bagaimanakah warisnya perlu
membuktikan kematian pegawai ini?
Tuesday, April 8, 2014
Soalan KPSL Undang-Undang Umum Tahun 1996

KPSL 1996
1. Encik Lim Ah Seng seorang
warganegara Malaysia telah berkahwin dengan Susan Walter warganegara Britain pada
tahun 1991 dan perkahwinan mereka telah didaftarkan di bawah undang-undang
Great Britain. Beliau kembali ke Malaysia pada 1992 bersama isterinya dan
menetap di Sabah. Dalam tahun yang sama, beliau telah membuat permohonan bagi
pihak isterinya untuk didaftarkan sebagai warganegara Malaysia dengan
mengemukakan sijil perkhawinan mereka yang didaftarkan di Great Britain. Beliau bercadang untuk kembali keGreat Britain apabila permohonan kewarganegaraan
isterinya diluluskan. Walau bagaimanapun permohonan beliau telah ditolak oleh jabatan
Pendaftaran Negara.
Nyatakan sebab-sebab permohonan kewaranegaraan ini telah ditolak
oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Berikan alasan anda bagi setiap sebab
penolakan tersebut.
2.
Yang di-Pertuan Agong bertindak
sebagai Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan dan mengambil keutamaan mengatasi
segala dalam persekutuan. Walau bagaimanapun baginda tidak dianggap sebagai
orang yang bebas bertindak mengatasi undang-undang yang ada
Berdasarkan
kepada peruntukan yang ada di bawah perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa
yang di-Pertuan Agong, Huraikan kebenaran kenyataan di atas.
5 (a) Encik Hussin ialah seorang Penolong Pegawai
Tadbir di Kementerian kerja Raya. Semasa memasuki perkhidmatan kerajaan,
beliau telah menamakan ayahnya sebagai
waris yang berhak menerima wang KWSPnya. Beliau sekarang telah berkahwin dan
mempunyai dua orang anak. Beliau bercadang untuk meminda waris yang berhak
iaitu dengan menamakan isteri dan dua orang anaknya sebagai waris yang akan layak
menerima wang KWSPnya.
Adakah perkara ini boleh dilakukan dan sekiranya boleh bagaimanakah
caranya yang harus dilakukan oleh Encik Hussin?
(b) Encik
Muthusamy seorang Pembantu Teknik di Jabatan Kerja Raya telah bersara wajib
pada 15 Januari 1996. Semasa mebuat lawatan ke India dalam bulan Mac 1996
beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di India.
Bagi
maksud untuk menuntut wang KWSPnya, bagaimanakah warisnya perlu membuktikan
kematian pegawai ini.
6 (a) Encik
Sukarno seorang warganegara Indonesia telah diambil bekerja sebagai buruh oleh
Syarikat Tebu sdn bhd melalui permit kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan
imigresen kepadanya.
Adakah Encik Sukarno boleh mencarum kepada KWSP dan kalau boleh
bagaimanakah tindakan yang perlu diambil majikannya?
(b) Encik
Hashim mengusahakan perniagaan sendiri iaitu dengan membuka sebuah bengkel
membaiki kereta dihadapan rumahnya. Beiau memperolehi pendapatan secara purata
RM 3,000.00 sebulan.
Adakah Encik Hashim boleh mencarum kepada KWSP dan kalau boleh
bagaimanakah caranya yang harus dilakukan oleh beliau?
(b) Puan
Sarimah telah diambil bekerja oleh Dr.Hamzah sebagai pembantu rumah. Beliau
telah dibayar gaji RM 500 sebulan.
Adakah Puan Sarimah boleh mencarum kepada KWSP dan kalau boleh
bagaimanakah caranya yang harus dilakukan oleh beliau dan majikannya?
pstt** maaf ye alligment lari sikit..pandai2 la korang copy ke word dan edit sendiri..
Soalan KPSL Undang-Undang Umum Tahun 1995

TAHUN 1995
1 (a) Kerajaan Negeri
Kelantan, dalam perancangannya untuk mempertingkatkan lagi industri
pelancongan
telah mengambil tindakan seperti berikut:
i.
Membuat perjanjian pinjaman
berjumlah 200 juta Yen daripada Kerajaan Jepun untuk membina sebuah Pusat
Pelancongan:
ii.
Membina lima (5) buah lapangan
terbang baru dan
iii.
Mewujudkan sebuah Stesyen Radio
baru khusus untuk Negeri Kelantan.
Jelaskan sama
ada Kerajaan Negeri Kelantan boleh atau tidak berbuat demikian dan kenapa?
(b) Menurut Perkara 73,
Perlembangaan persekutuan, Parlimen berkuasa membuat undang-undang bagi
persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Undang-undang Negeri. Dalam keadaan
bagaimana, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai negeri?
2 (a) Encik Sardono seorang
warganegara Indonesia memasuki Malaysia secara haram. Beliau bekerja dengan
sebuah Syarikat Pembinaan di Shah Alam. Beliau telah berkenalan dengan Cik Yee,
seorang gadis warganegara Malaysia. Setelah berkenalan sekian lama,kedua-dua
mereka bersetuju untuk tinggal bersama dirumah kongsi Syarikat pembinaan tanpa
nikah. Pada tahun 1994, mereka memperoleh seorang anak lelaki. Pada januari
1995, Encik sardono telah ditangkap oleh pihak Imigresen dan dihantar balik ke
Indonesia. Cik Yeesusah hati dengan keadaan ini dan beliau menemui anda untuk
meminta nasihat mengenai status kewarganegaraan anaknya itu. Nasihatkan beliau.
(b) Encik Gulam mendapat kewarganegaraan Malaysia secara
pendaftaran. Pada tahun 1983 beliau telah pergi bekerja dan menetap di
Switzerland hingga sekarang. Sepanjang tempoh itu, beliau tidak pernah
mendaftarkan dirinya ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Switzerland. Baru-baru ini
beliau menyatakan hasratnyauntuk kembali dan menetap semula di Malaysia.
Walaubagaimanapun, beliau merasa ragu-ragu mengenai taraf kewarganegaraannya
dan menelefon anda untuk mendapat penjelasan
Jelaskan kepada
Encik Gulam mengenai kewarganegaraannya itu.
3. Encik Sabtu telah
dilantik sebagai penolongPegawai Tadbirmpada 1 Mac 1970 dan telah disahkan
dalam perkhidmatanpada 1 Mac 1973. Pada tahun 1985, ketika menjalankan tugas
rasmi di luar pejabat, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan
itu telah menyebabkan beliau lumpuhseparuh badan. Atas nasihat sebuah Lembaga
Perubatan, beliau telah disarakan dari perkhidmatan atas alasan beliau tidak
ada harapan sembuh dan darjah kecacatan dikategorikan sebagai “musnah sama
sekali”. Encik Sabtu kemudian telah disarakan pada 1 Mac 1987. Pada masa beliau
disarakan, gaji terakhir yang beliau terima adalah sebanyak RM 1200.00 .
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau pernah mengambil cuti tanpa gaji
selama 2 bulan.
a. Dengan
menunjukkan asas-asas perkiraan, berapakah pencen bulanan dan ganjaran yang
layak diterima oleh Encik Sabtu apabila beliau bersara.
b. Disamping
pencen bulanandan ganjaran, Encik sabtu layak menerimasatu lagi jenis pencen.
Nyatakan jenis pencen tersebut dan jumlah yang beliau layak terima. Beri
alasan.
4 (a) Encik
Lokman, seorang duda telah bersara dari perkhidmatan kerajaan pada tahun1980.
Beliau diberi pencen sebanyak RM 800.00 sebulan. Selepas setahun bersara,
beliau telah berkahwin semula. Pada tahun1994, beliau telah meninggal dunia
akibat sakit jantung. Adakah isteri baru beliau layak mendapat pencen terbitan?
Beri alasan.
(b) Encik Chong telah bersara dari
perkhidmatan kerajaansejak lapan (8) tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut
beliau telah menikmati pencen bulanannya sebanyak RM 320.00 . baru-baru ini
beliau telah didapati bersalaholeh Mahkamah Tinggi atas tuduhan pecah amanah.
Beliau telah dikenakan hukuman penjara selama lima (5) tahun. Nyatakan
kedudukan pencen bulanan yang beliau perolehi akibat hukuman yang di kenakan ke
atasnye.beri kan alasan.
(c) Encik
Ali yang di lantik sebagai penolong penguasa peljara pd 1 mac 1977 bercadang
untuk membuat persaraan pilihan apabil mencapai umur 40 tahun. Menurut Encik
nasib, kawan baik Encik Ali, bahawa beliau boleh membuat persaraan pilihan pada
umur 40 tahun, tetapi pencen bulanan hanya akan dibayar apabila mencapai umur
55 tahun. Adakah kenyataan yang dibuat oleh Encik nasin mengenai pembayaran
pencen bulanan itu betul atau sebaliknya? Berikan alasan.
5. Encik
Rosli berumur 18 tahun telah dilantik sebagai pembantu Tadbir di Kementerian
Kesihatan pada 1 Mac 1992. Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM 850.00
telah diminta membuat caruman kepada KumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP)
melalui potongan gaji.
a.
Encik Rosli tidak faham mengapa
beliau perlu mencarum kepad KWSP. Bagaimanakah anda sebagai seorang Pegawai
Tadbir dapat menjelaskan perkara ini kepada Beliau
b.
Nyatakan kadar caruman yang
perlu dibayaroleh encik Rosli kepada KWSP
c.
Jelaskan dalam keadaan manakah
Encik Rosli bolehmengeluarkan kesemua caruman beliau di dalam KWSP.
6 (a) Encik
Shukri seorang pembantu tadbir di Jabatan Hasil dalam Negeri sering membuat
kerja lebih masa atas arahan Ketua Jabatan Beliau. Pada Bulan Februari yang
lalu jumlah elaun lebih masa yang beliau perolehi berjumlah RM 400.00.
Nyatakan
sama ada elaun lebih masa yang beliau perolehi itu perlu dicarumkan kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau tidak. Berikan alasan.
(b) Encik Ravi seorang pencarum kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau ingin menamakan ibu dan isterinya
sebagai penama bagi carumannya itu. Menurut isterinya, beliau hanya boleh
menamakan salah seorang daripada mereka. Adakah kenyataan isterinya itu betul
atau tidak? Berikan alasan.
(c) Encik
Chong seorang kakitangan Kerajaan yang mencarum keada Kumpulan wang Simpanan
Pekerja (KWSP) telah didapati kurang siuman dan dimasukkan ke Hospital Permai,
Tampoi, Johor selama 3 bulan. Setelah disahkan pulih beliau telah kembali
bekerja. Bagaimanapun beliau mendapati gajinya telah dipotong bagi tujuan
caruman kepada KWSP selama tempoh beliau berada di Hospital Permai
Nyatakan
sama ada potongan yang dilakukan oleh majikannya semasa Encik Chong berada di
Hospital itu betul atau tidak?
Wednesday, April 2, 2014
keyword Nuffnang meriah dengan KPSL

Tuesday, June 25, 2013
OooOOoOoOhHhHhH esok exam!!!!!

Monday, June 17, 2013
SOALAN KPSL N27 :Undang-undang 2011

Wednesday, June 12, 2013
SOALAN KPSL N27 :BAHAGIAN III UNDANG-UNDANG UMUM 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)




















