Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label Undang-Undang Umum. Show all posts
Showing posts with label Undang-Undang Umum. Show all posts

Friday, June 13, 2014

KPSL N27 - CONTOH SOALAN UNDANG-UNDANG UMUM TAHUN 2002


TAHUN 2003

1.    (a)  Nyatakan keadaan – keadaan yang menyebabkan seseorang kakitangan awam boleh dibersarakan dari perkhidmatan awam.
(b)  Encik Johan membuat perakuan sumpah secara bertulis bahawa beliau tidak pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah. Berdasarkan kepada perakuan tersebut beliau telah dilantik dalam perkhidmatan awam

Beliau telah dibersarakan setelah didapati perakuan sumpah yang dibuat adalah palsu. Beliau tidak diberi peluang yang munasabah untuk membuat representasi kepada Yang Di-Pertuan Agong

Jelaskan sama ada tindakan tersebut teratur dari segi undang-undang




2.    Encik Samdol seorang kakitangan Kerajaan telah ditangkap kerana terlibat dalam penerimaan rasuah. Perbicaraan kes rasuah beliau telah dijalankan dan masih berterusan melepasi uur persaraan 56 Tahun.
Jelaskan samaada perkhidmatan Encik Samdol telah terhenti  ketika umur persaraan beliau.

(b)  Perbicaraan kes rasuah Encik Samdol tamat ketika umur beliau 60 tahun dengan keputusan beliau didapati tidak bersalah.
Jelaskan samaada tempoh perkhidmatan beliau selepas umur persaraan diambil kira dalam perkhidmatan.




3.    JELASKAN tindakan yang perlu diambil di bawah kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 bagi ke- kes berikut.
a.    Encik Anuar , seorang yang bekerja sendiri yang ingin menjadi ahlu Kumpulan Wang simpanan pekerja.
b.    Encik Nordin , seorang yang telah pencen yang ingin mencarum semula dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
c.    Encik Aziz, seorang yang bekerja sendiri yang ingin berhenti dari membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
d.    Encik Yusof, seorang yang telah pencen yang kemudiannya mencarum semula dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tetapi kemudiannya ingin berhenti dari membayar caruman tersebut.




4.    (a)  Sebagai satu langkah keselamatan, Lembaga Kumpulan Pekerja telah menetapkan setiap perkerja memberikan cap ibu jari mereka dalam rekod keahlian mereka.
JELASKAN dengan secara terperinci perkara yang berikut.
(i)            Cap Ibu jari mana yang perlu diberikan
(ii)           Siapa yang perlu menjadi saksi semasa cap ibu jari diberikan dan apa yang perlu dilakukan oleh saksi tersebut.
(iii)          Sekiranya ibu jari kanan seseorang pekerja tiada  samaada cap ibu jari kiri boleh diberikan.
(iv)         Sekiranya ibu jari kanan dan kiri seseorang pekerja tiada, apakah cara pengenalan lain boleh dibenarkan oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?
(b)        Encik Ariff enggan memberikan cap ibu jari kanannya walaupun ibu jari kanan beliau tidak mengalami apa-apa kecacatan.
Jelaskan kesalahan dan hukuman yang boleh dikenakan ke atas beliau di bawah kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

     


5.         Encik Devalky seorang warganegara Rusia berumur 25 tahun. Beliau datang ke Malaysia mengikut ibu bapanya yang bekerja di sebuah Syarikat Multinasional di Cyberjaya.
Beliau berjumpa dengan anda yang bertugas di kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan Nasihat mengenai perkara-perkara berikut.
(a)  Kategori kerakyatan yang boleh diperolehi oleh encik Devalky\
(b)  Syarat yang perlu dipenuhi oleh beliu sebelum memperolehi sijil Naturalisasi
(c)  Nyatakan tempoh tinggal di Malaysia yang perlu dipenuhi oleh beliau sebelum memperoleh sijil Naturalisasi




6.         (a) Yang Dipertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara Malaysia. Sebagai Ketua Negara YDPA mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh YDPA. JELASKAN perkara-perkara tersebut.

            (b) Penubuhan Majlis Raja-raja telah diperuntukkan dalam perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu Majlis yang dianggotai oleh semua  Sultan  dan Yang di-Pertua Negeri

            Dalam hal keadaan tertentu, Majlis raja-raja boleh bertindak mengikut budi bicara. Jelaskan hal keadaan tersebut

KPSL N27 - CONTOH SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 2001


TAHUN 2001

1.       Encik Osman berumur 30 tahun telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan awam. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik secara tetap selama 4 tahun  dah baru disahkan dalam jawatan seminggu sebelum hari kematiannya.
Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berumur 2 tahun.

i)                    ADAKAH Encik Osman layak diberikan taraf seorang pegawai berpencen. Berikan Alasannya.
ii)                Balu dan anak perempuan Encik Osman juga layak diberikan  pencen Terbitan dan/atau apa –apa pampasan terbitan. Nyatakan sebabnya, tempoh pemberian dan jumlah pencen terbitan tersebut.
iii)             Nyatakan hal keadaan yang boleh menyebabkan pencen terbitan yang diterima oleh balu dan anak perempuan Encik Osman diberhentikan.


2.       Cik Samihah seorang Ketua kerani yang berkhidmat secara tetap di salah sebuah jabatan kerajaan telah mengalami kecederaan parah setelah terlibat dalam kecelakaan jalanraya semasa dalam perjalanan menuju ke pejabat.

Kecederaan parah tersebut telah menyebabkan beliau lumpuh seluruh anggota badan dan setelah diperiksa oleh lembaga perubatan beliau dinasihatkan untuk bersara daripada perkhimatan awam. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan awam.

Cik Samihah masih belum berkahwin dan beliau tinggal bersama ibunya yang sudah tua, Beliau adalah anak tunggal dan beliau seoranglah yang menjaga dan memelihara dan memberi nafkah kepada ibunya secara sepenuhnya selepas kematian bapanya 10 tahun lalu.

Selepas 6 Tahun menghidap penyakit lumpuh , Cik Samihah meninggal dunia dengan meninggalkan ibunya yang sudah tua hidup keseorangan.

i)                    Jelaskan samaada Cik Samihah boleh diberikan pencen hilang upaya selepas persaraan beliau
ii)                   Jelaskan samaada ibu Cik Samihah boleh diberikan pencen tanggungan selepas anaknya meninggal dunia 6 tahun selepas menghidap penyakit lumpuh. Beri alasan
iii)                 Nyatakan hal keadaan yang boleh menyebabkan pencen tanggungan yang diterima oleh ibu Cik Samihahdiberhentikan.



3.       Negara Malaysia telah selamat melangsungkan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Yang baru. Kerajaan telah memerintahkan anda untuk memberi penerangan kepada Seri Paduka baginda tentang beberapa perkara yang berkaitan fungsi eksekutif yang dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Fokuskan penerangan anda kepada perkara-perkara berikut.
(a)                Peranan Yang Di-Pertuan Agong dalam bertindak mengikut nasihat yang diberikan oleh Jemaah Menteri
(b)               Perkara-perkara Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya tanpa terikat dengan nasihat yang diberikan. Dan
(c)                Tatacara yang perlu diikuti dalam melantik Jemaah Menteri



4.       Pada tahun 1990, suatu perkahwinan telah dimeterai Antara Azhari seorang warganegara Indonesia dengan Lusia seorang warganegara Malaysia yang kemudiannya menetap di Dungun, Terengganu. Azhari telah menjadi seorang warganegara Malaysia pada tahun 2000 di bawah Perkara 16A, Perlembagaan Persekutuan. Pada tahun 2001, Azhari telah pergi ke Singapura dan secara terbuka menghina Persekutuan Malaysia dan mengatakan bahawa dia lebih cintakan Negara tersebut. Azhari juga telah melakukan suatu rompakan di Filipina tetapi telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.
a.       Bolehkah kerajaan Malaysia melucutkan kewarganegaraan Azhari? Berikan justifikasi bagi jawapan anda
b.      Apakah tatacara yang perlu diikuti oleh kerajaan sebelum melucutkan kewarganegaraan Azhari?


5.            Shahron ialah ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yangtelah meninggal dunia pada tahun 2001 di Jordan . Sebagai warisnya yang berhak , Yassir bercadang untuk mengeluarkan amaun yang ada dalam Kredit Shahron di KWSP. Bagi maksud ini, Yassir telah meminta nasihat anda
                a)            Sila maklumkan Yassir dokumen-dokumen yang beliau perlu kemukakan kepada KWSP sebagai bukti kematian Sharon
                    b)            Apakah yang perlu dilakukan oleh Yassir bagi membuktikan kematian Sharon.
                  c)            Apakah tatacara yang perlu diikuti Yassir bagi mengeluarkan amaun yang ada dalam kredit Sharon di KWSP?

(Jawapan hendaklah berdasarkan kepada kaedah-kaedah KWSP 1991)




6.            Aisyah telah ditugaskan oleh syarikat rakamannya untuk membuat pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja-pekerja syarikat tersebut. Sila nasihat Aisyah berkenaan
                     a)            Cara pembayaran caruman yang perlu diikuti
                     b)            Pihak yang mana pembayaran caruman –caruman itu hendak dikemukakan dan
               c)            Tindakan yang perlu diambil oleh pihak penerima apabila menerima pembayaran caruman  tersebut
Sila nasihatkan Aisyah dengan merujuk Kaedah-kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja1991.

KPSL N27 - SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 2000


TAHUN 2000


2.            a.            Encik Jalil seorang wakil rakyat di suatu kawasan Parlimen telah dikenakan hukuman denda RM 10,000.00 atau satu tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Melaka kerana di dapati menerima rasuah berjumlah RM 15,000.00 daripada sebuah syarikat Percetakan. Beliau telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan keputusannya rayuan beliau telah ditolak.
                i)             Jelaskan sama ada beliau hilang kelayakan sebagai ahli parlimen  kerana sabit kesalahan  dan dikenakan hukuman tersebut.
                    ii)            Apakah perkara-perkara  yang boleh menyebabkan seseorang wakil rakyat hilang kelayakan menjadi ahli parlimen?

                b.            Y.B Dato’ Arif seorang ahli parlimen  dalam ucapannya di Parlimen telah mencerca dan menuduh Y.B Encik Zulkifli  sebagai penipu besar. Y.B Encik Zulkifli terlalu marah dan ingin mendakwa Y.B Dato’ Arif di Mahkamah kerana tuduhannya itu. Bolehkah Y.B Encik Zulkifli berbuat demikian? Berikan alasan.





3.            a.            Cik Su dilantik dalam skim perkhidmatan.B Encik Zulkifli terlalu marah dan ingin mendakwa Y.B Dato’ Arif di Mahkamah kerana tuduhannya itu. Bolehkah Y.B Encik Zulkifli berbuat demikian? Berikan alasan.

                a.            Cik Su dilantik dalam skim perkhidmatan Penolong Jururawat (Gred U14) pada 1.1.95. sebelum beliau disahkan dalam jawatan beliau telah diberikan satu opsyen di bawah Akta Pencen 1980.
Apakah Opsyen tersebut?
Di bawah peruntukan yang manakah opsyen itu dihulurkan?

                b.            Setelah Cik Su melaksanakan opsyen dan disahkan dalam jawatannya, beliau berubah fikiran dan ingin menukar pilihannnya.
Adakah ini dibenarkan oleh undang-undang?
Berikan sebab-sebab anda.

              c.             Encik Nazri dilantik sebagai seorang Juruteknik tetap di jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur pada 15.6.74. seterusnya pada 18.5.77 beliau telah dihulurkan satu opsyen dan telah memilih tangga gaji ebrsih dengan syarat-syarat perkhidmatan yang baruserta skim pencen yang baru di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1977 yang bertarikh 31.3.77 (“ perubahan Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pegawai-pegawai Dalam Perkhidmatan awam semenanjung Malaysia). Semasa perkhidmatan  Encik Nazri , beliau juga telah disahkan dalam jawatan dan diberikan taraf sebagai seorang pegawai berpencen. Padatahun ini Encik Nazri membuat keputusan  untuk bersara atas pilihan sendiri mulai 15.6.2000. Permohonan beliau dibuat di bawah subsekyen 12(1), akta pencen 1980 dan telah diluluskan pada 25.5.2000 oleh timbalan pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa yang diwakilkan kepadanya oleh yang Di-Pertuan Agong. Sebelum tarikh kuatkuasa persaraannya atas pilihan sendiri, Encik Nazri telahdiberikan satu Opsyen di bawah peraturan-peraturan pencen 1980.
Apakah opsyen tersebut?
Nyatakan peruntukan yang mengkehendaki opsyen dihulurkan.


4.            Encik Gopal dilantik sebagai seorang buruh am di Jabatan Pendidikan Selangor pada 1.5.84 dan telah ditugaskan di sebuah sekoalh rendah dalam daerah Banting. Pada 27.3 .92 beliau telahbersetuju menerima opsyen Sistem Saraan baru dan telah diberikan taraf berpencen  mulai 1.8.93. pada 31.3.95 Encik Gopal telah menumpang kereta kawannya untuk balik ke rumah dari Bandar Klang. Dalamperjalanan suatu kemalangan berlaku. Encik Gopal telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya.
Encik Gopal (Gemulah) meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak kandung yang berusia Antara 2 tahun hingga tujuh tahun. Beliau telah bertugas di sepanjang tempoh perkhidmatannya melainkan selama 1 bulan cuti tanpa gaji dalam tahun 1994. Gaji akhir yang diterima oleh gemulah  pada tarikh kematiannya ialah RM 464.00 sebulan
Oleh kerana gemulah hanya merupakan seorang penumpang maka kemalangan yang berlaku bukanlah berpunca dari kecuaian atau salah laku beliau. Tiada pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 yang telah di awardkan kepada balu gemulah.
a.       Nyatakan kesemua jenis bayaran yang boleh dibuat kepada orang-orang tanggungan gemulah di bawah akta Pencen 1980 danperaturan-peraturan pencen 1980.
b.      Apakah tempoh yang boleh dimasukkira bagi maksud penghitungan bayaran di bawah undang-undang tersebut.?
Sekiranya  terdapat apa-apa tempoh yang tidak boleh dimasukira, nyatakan sebab-sebabnya berdasarkan peruntukan yang relevan.
c.       Bagaimana setiap jenis bayaran yang layak diterima oleh orang-orang tanggungan gemulah dihitung dan nyatakan peruntukannya.




5.            a.            Cik Wan Hairian seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengemukakan kepada lembaga KWSP satu akuan bersumpah menamakan Cik Norzainah dah Cik Rosamiza sebagai penama bagi caruman tersebut. Bolehkah Cik Wan Hairiah berbuat demikian? Berikan Alasan.
                b.            En. Geoge , seorang warganegara Britain adalah merupakan Jurutera di salah sebuah syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur dan merupakan pencarum kepada KWSP. Setelah tamat tempoh perkhidmatan dengan syarikat tersebut, beliau telah kembali keBritain pada tahun 1995 dengan mengeluarkan ke semua carumannya di dalam KWSP. Pada Januari 2000 , beliau telah kembali ke Men George bercadang untuk mencarum semula kepada KWSP tetapi tidak mengetahui  proses yang sepatutnya dilakukan olehnya. Anda diminta menasihatkan En. George cara bagaimana serta prosedur yang seharusnya dilakukan oleh Encik George.




6.              a.            Cik Norhayati adalah merupakan seorang yang bekerja sendiri dan bercadang  membuat caruman kepada KWSP . Beliau telah bertanya kepada anda prosedur  yang perlu dilakukan olehnya untuk membolehkan beliau mencarum kepada KWSP . Nasihatkan Cik Norhayati.

                b. i)        Puan Salbiah, majikan kepada cekap jaya sewaktu membuat semakan kepada dokumen-dokumen syarikatnya, mendapati beliau telah terlupa untuk membayar caruman pekerja-pekerjanya selama 2 bulan kepada lembaga KWSP. Apakah tindakan  yang seharusnya dibuat Puan Salbiah?

                  ii) Puan Salbiah juga telah didapati gagal untuk mempamerkan sijil Pendaftaran seperti yang dirujuk dalam kaedah 9(2)(b) kaedah-kaedah KWSP 1991 di Premis Cekap Jaya sepanjang masa. Seorang pegawai KWSP telah memaklumkan kepada Puan Salbiah yang dia telah melakukan satu kesalahan. Jika disabitkan, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Puan Salbiah?

KPSL N27 - SOALAN UNDANG - UNDANG UMUM TAHUN 1999




1              a)            Yang Berhormat Datuk Mustafaadalah seorang anggota dewan rakyat. Beliau telah disabitkan di mahkamah atas suatu kesalahan dan dihukum penjara selama tempoh tiga tahun. Datuk Mustafa telah hilang kelayakan untuk menjadi anggota Dewan Rakyat kerana sabitan itu. Sampai bilakah hilang kelayakan itu berkuatkuasa?

                b)            Encik Ahmad telah hilang kelayakan menjadi anggota Dewan Rakyat atas sebab dia memegang Jawatan berpendapatan. Tetapi dia dipilih menjadi anggota dewan tersebut. Bolehkah Encik Ahmad menjadi anggota dewan itu?

                c.             Dalam satu mesyuarat Dewan Rakyat yang Berhormat Encik Lim membuat tuduhan yang tidak benar terhadap YangBerhormat Encik Gopal . Bolehkah yang Berhormat Encik Gopal membawa perkara itu ke Mahkamah?

                d.            Bolehkah anggota yang tidak hadir dalam mesyuarat Dewan Rakyat atau Dewan Negara mengundi?

                e.            Suatu rang undang-undang telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bolehkah undang-undang itu berkuatkuasa sebaik sahaja Yang di-Pertuan Agong memberikan persetujuannya?



2.            a.            A seorang wanita bangsa Australia telahberkahwin dengan B seorang warganegara Malaysia. A telah menjadi warganegara Malaysia dengan cara pendaftaran dibawah perkara 15(1)Perlembagaan persekutuan. A Berjaya menuntut cerai dari B. A kemudiannya berkahwin dengan C seorang warganegara Jepun dan menjadi warganegara Jepun. Bolehkah Kerajaan Malaysia melucutkan kewarganegaraan A?

                b.            Puan Juriah berusia 18 tahun ketika berkahwin dengan Encik Robert, warganegara Australia. 2 tahun kemudian Puan Juriah telah mengikuti suaminya balik ke Australia dengan hasrat menetap disana. Puan Juriah berhasrat untuk tidak lagi  menjadi rakyat Malaysia. Bolehkah Puan Juriah berbuat demikian?




3.            Puan Jamilah (gemulah) seorang pegawai berpencen telah bersara wajib daripada jawatannya sebagai pembantu tadbir (perkeranian/operasi) di kementerian pertanian pada 1.6.96. Beliau telah meninggal dunia pada 15.8.98. berikutan dari itu suami gemulah, Encik Jailani telah menerima pencen terbitan di bawah sebseksyen 15(1)(a) akta pencen 1980. Namun begitu siasatan polis kemudiannya membuktikan bahawa kematian gemulah adalah akibat diracun oleh suaminya sendiri. Pada 15.12.98 Encik jailani telah mengaku salah  atas pertuduhan “ mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang” di bawah seksyen 304 (Bahagian pertama) Kanun keseksaan dan dihukum penjara  selama 12 tahun dari tarikh ditangkap (7.12.98). Gemulah mempunyai 2 orang anak kandung yang masih bujang ( dan tidak cacat atau hilang upaya) Jamal dan Jaharah, yang berusia 23 dan 19 tahun masing-masing pada tarikh kematian gemulah.

                a.            adakah Encik Jailani layak menerima bayaran pencen terbitan setelah beliau disabitkan dan dihukum penjara pada 15.12.98? berikan sebab-sebab anda.

                b.            Bolehkah anak-anak gemulah mendapat pencen terbitan? Berikan sebab-sebab anda.

             c.             Bagaimanakah amaun pencen terbitan di hitung?Nyatakan peraturan-peraturan yang berkaitan.






4.            a.            Bilakah seseorang pegawai sama ada pegawai persekutuan atau pegawai Negeri boleh memohon untuk persaraan pilihan sendiri?

                b.            Apakah fakta-fakta yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan kelayakan seseorang pegawai yang telah bersara atas pilihan sendiri untuk menerima pencen dan bila pencen itu mula dibayar.?
Nyatakan seksyen-seksyen yang berkaitan dalam jawapan anda.

                c.             Bagaimanakah kedudukan pencen seseorang pegawai perempuan yang dilantik sebelum peruntukan mengenai persaraan pilihan mula berkuatkuasa dan telanh bersara secara pilihan sendiri apabila mencapai umur 40 tahun tetapi meninggal dunia sebelum mencapai umur 45 tahun?




5.            a.            Syarikat ABC telah menjalankan perniagaannya sejak 3 tahun yang lalu dan mempunyai 50 orang pekerja. Pengurus besar KWSP telah mengesyaki bahawa Syarikat ABC  telah gagal untuk membayar caruman terhadap beberapaorang pekerjanya. Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada Syarikat ABC bertanggungan untuk membayar caruman tersebut. Pengurus Besar KWSP telah menyerahkan notis secara bertulis kepada Syarikat ABC.
                i)             Apakah tujuan notis secara bertulis tersebut diserahkan kepada Syarikat ABC?
                ii)            Jika Syarikat ABC gagal eatuhi kehendak notis bertulis tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Syarikat ABC?

                b.            Encik Rashid adalah merupakan Ahli Lembaga KWSP. Di Dalam satu mesyuarat lembaga yang dihadirinya, lembaga telah membauat perbincangan dan seterusnya bersetuju untuk membeli sebidang tanah di Johor. Tanah tersebut sebenarnya adalah kepunyaan isteri Encik Rashid dan perkara ini tidak diketahui oleh ahli-ahli lembaga yang lain.
                i)             Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Encik Rashid sewaktu perbincangan tersebut diadakan.
                ii)            Jika gagal melakukan tindakan di (b) (i) di atas, Encik Rashid telah melakukan satu kesalahan di bawak Akta KWSP 1991. Jika sabit kesalahan tersebut, apakah hukuman yang boleh dikenakan ke atas Encik Rashid.






6.            a)            Encik Devaraj seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau ingin menamakan ibu dan isterinya sebagai penama bagi carumannya itu. Menurut isterinya, beliau hanya boleh menamakan salah seorang daripada mereka. Adakah kenyataan isteri Encik Devaraj itu betul atau tidak? Berikan alasan.

                b)            Encik Muthu seorang juruteknik di Jabatan Kerja Raya telah bersara wajib pada 20 Januari 1999. Semasa membuat lawatan ke India dalam bulan Mac 1999 beliau telah meninggal dunia dan dikebumikan di India. Bagi maksud untuk menuntut KWSPnya , bagaimanakah warisnya perlu membuktikan kematian pegawai ini?

Tuesday, April 8, 2014

Soalan KPSL Undang-Undang Umum Tahun 1995

bulan 8 ni bermula exam KPSL. Kalau ada soalan-soalan past year senang la sikit kita nak study kan.. Aku dah cuba mencari contoh-contoh soalan past5 year. memang ada jumpa.. tapi ada sesetengah yang jual soalan tu sampai RM 50... humangaihhh...kenapa pulak sampai berjual contoh2 soalan tu...reason dia sebab kena fotostat dan kena pos.. ok fine...betul la tu ...fotostat pun dah berape kan..kos minyak n tenaga die lagi. so sebab aku nak amek contoh soalan pada kawan aku, aku decide malas beli..aku nak share dengan korang contoh2 soalan yang ada pada aku ..yang dah aku cari...nanti dah dapat contoh soalan pada kawan aku, aku share lagi ngan korang...lepas tu kita sama - sama study ok....Insyaallah aku akan share semua soalan, kalau yang ada jawapan tu aku share la sekali...tapi secara berperingkat la..sebab nya aku kena menaip.Kalau korang tau jawapan die jangan pulak kedekut2 nak bagitau kat sini..tak salah pun kongsi ilmu kan...
TAHUN 1995

1 (a)       Kerajaan Negeri Kelantan, dalam perancangannya untuk mempertingkatkan lagi industri
               pelancongan telah mengambil tindakan seperti berikut:
                        i.            Membuat perjanjian pinjaman berjumlah 200 juta Yen daripada Kerajaan Jepun untuk         membina sebuah Pusat Pelancongan:

                               ii.            Membina lima (5) buah lapangan terbang baru dan

                              iii.            Mewujudkan sebuah Stesyen Radio baru khusus untuk Negeri Kelantan.

Jelaskan sama ada Kerajaan Negeri Kelantan boleh atau tidak berbuat demikian dan kenapa?


(b)      Menurut Perkara 73, Perlembangaan persekutuan, Parlimen berkuasa membuat undang-undang bagi persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi Undang-undang Negeri. Dalam keadaan bagaimana, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai negeri?


 2 (a)  Encik Sardono seorang warganegara Indonesia memasuki Malaysia secara haram. Beliau bekerja dengan sebuah Syarikat Pembinaan di Shah Alam. Beliau telah berkenalan dengan Cik Yee, seorang gadis warganegara Malaysia. Setelah berkenalan sekian lama,kedua-dua mereka bersetuju untuk tinggal bersama dirumah kongsi Syarikat pembinaan tanpa nikah. Pada tahun 1994, mereka memperoleh seorang anak lelaki. Pada januari 1995, Encik sardono telah ditangkap oleh pihak Imigresen dan dihantar balik ke Indonesia. Cik Yeesusah hati dengan keadaan ini dan beliau menemui anda untuk meminta nasihat mengenai status kewarganegaraan anaknya itu. Nasihatkan beliau.

  (b)   Encik Gulam mendapat kewarganegaraan Malaysia secara pendaftaran. Pada tahun 1983 beliau telah pergi bekerja dan menetap di Switzerland hingga sekarang. Sepanjang tempoh itu, beliau tidak pernah mendaftarkan dirinya ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Switzerland. Baru-baru ini beliau menyatakan hasratnyauntuk kembali dan menetap semula di Malaysia. Walaubagaimanapun, beliau merasa ragu-ragu mengenai taraf kewarganegaraannya dan menelefon anda untuk mendapat penjelasan
          Jelaskan kepada Encik Gulam mengenai kewarganegaraannya itu.


 3.     Encik Sabtu telah dilantik sebagai penolongPegawai Tadbirmpada 1 Mac 1970 dan telah disahkan dalam perkhidmatanpada 1 Mac 1973. Pada tahun 1985, ketika menjalankan tugas rasmi di luar pejabat, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan itu telah menyebabkan beliau lumpuhseparuh badan. Atas nasihat sebuah Lembaga Perubatan, beliau telah disarakan dari perkhidmatan atas alasan beliau tidak ada harapan sembuh dan darjah kecacatan dikategorikan sebagai “musnah sama sekali”. Encik Sabtu kemudian telah disarakan pada 1 Mac 1987. Pada masa beliau disarakan, gaji terakhir yang beliau terima adalah sebanyak RM 1200.00 . Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau pernah mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan.
a.         Dengan menunjukkan asas-asas perkiraan, berapakah pencen bulanan dan ganjaran yang layak diterima oleh Encik Sabtu apabila beliau bersara.

b.       Disamping pencen bulanandan ganjaran, Encik sabtu layak menerimasatu lagi jenis pencen. Nyatakan jenis pencen tersebut dan jumlah yang beliau layak terima. Beri alasan.
  
4 (a)   Encik Lokman, seorang duda telah bersara dari perkhidmatan kerajaan pada tahun1980. Beliau diberi pencen sebanyak RM 800.00 sebulan. Selepas setahun bersara, beliau telah berkahwin semula. Pada tahun1994, beliau telah meninggal dunia akibat sakit jantung. Adakah isteri baru beliau layak mendapat pencen terbitan? Beri alasan.

 (b)    Encik Chong telah bersara dari perkhidmatan kerajaansejak lapan (8) tahun yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut beliau telah menikmati pencen bulanannya sebanyak RM 320.00 . baru-baru ini beliau telah didapati bersalaholeh Mahkamah Tinggi atas tuduhan pecah amanah. Beliau telah dikenakan hukuman penjara selama lima (5) tahun. Nyatakan kedudukan pencen bulanan yang beliau perolehi akibat hukuman yang di kenakan ke atasnye.beri kan alasan.

(c)      Encik Ali yang di lantik sebagai penolong penguasa peljara pd 1 mac 1977 bercadang untuk membuat persaraan pilihan apabil mencapai umur 40 tahun. Menurut Encik nasib, kawan baik Encik Ali, bahawa beliau boleh membuat persaraan pilihan pada umur 40 tahun, tetapi pencen bulanan hanya akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun. Adakah kenyataan yang dibuat oleh Encik nasin mengenai pembayaran pencen bulanan itu betul atau sebaliknya? Berikan alasan.


 5.       Encik Rosli berumur 18 tahun telah dilantik sebagai pembantu Tadbir di Kementerian Kesihatan pada 1 Mac 1992. Beliau menerima gaji bulanan sebanyak RM 850.00 telah diminta membuat caruman kepada KumpulanWang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui potongan gaji.

a.       Encik Rosli tidak faham mengapa beliau perlu mencarum kepad KWSP. Bagaimanakah anda sebagai seorang Pegawai Tadbir dapat menjelaskan perkara ini kepada Beliau

b.      Nyatakan kadar caruman yang perlu dibayaroleh encik Rosli kepada KWSP

c.       Jelaskan dalam keadaan manakah Encik Rosli bolehmengeluarkan kesemua caruman beliau di dalam KWSP.


6 (a)   Encik Shukri seorang pembantu tadbir di Jabatan Hasil dalam Negeri sering membuat kerja lebih masa atas arahan Ketua Jabatan Beliau. Pada Bulan Februari yang lalu jumlah elaun lebih masa yang beliau perolehi berjumlah RM 400.00.
         Nyatakan sama ada elaun lebih masa yang beliau perolehi itu perlu dicarumkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau tidak. Berikan alasan.

 (b)     Encik Ravi seorang pencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Beliau ingin menamakan ibu dan isterinya sebagai penama bagi carumannya itu. Menurut isterinya, beliau hanya boleh menamakan salah seorang daripada mereka. Adakah kenyataan isterinya itu betul atau tidak? Berikan alasan.

(c)     Encik Chong seorang kakitangan Kerajaan yang mencarum keada Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah didapati kurang siuman dan dimasukkan ke Hospital Permai, Tampoi, Johor selama 3 bulan. Setelah disahkan pulih beliau telah kembali bekerja. Bagaimanapun beliau mendapati gajinya telah dipotong bagi tujuan caruman kepada KWSP selama tempoh beliau berada di Hospital Permai
        Nyatakan sama ada potongan yang dilakukan oleh majikannya semasa Encik Chong berada di Hospital itu betul atau tidak?
                Berikan alasan.



adv



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers