Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, April 7, 2011

Telur Ayam Pun Tiruan

Ingat barang2 berjenama aje yang boleh di klon bagai...tak sangka lak aku yang telur ayam pun ade yang tiruan...haishhhhh hati2 la pada korang yang kat luar tu...
GEORGE TOWN, 6 April - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini Selasa.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.

-- BERNAMA
__________________


Jadual kandungan telur tiruan
CompositionUsageSide effects and harms
GlucolactoneSolidifierMetabolism disorder
Benzoic acidPreservativeHarmful to brain, nerve cell. May cause liver dieses, senile dementia.
Calcium ChlorideEgg ShellMay cause nerve, liver dieses. May affect ability to produce blood.
CelluloseAdditiveMetabolism disorder
AlumSoftenerMay cause nerve, liver dieses. May affect ability to produce blood.
Amino AcidAdditiveMetabolism disorder
Food coloring“Egg yolk” color
Sodium alginate“Egg white” and “egg yolk”
Gelatin“Egg white” and “egg yolk”


1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning

2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida tanpa pewarna makanan = Putih telur

3: Acuan untuk

4: Acuan untuk kuning telur

Step 1

Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’)
dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning.
Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3
daripada isipadu acuan (4) tadi.

Step 2




Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding dengan telur ayam biasa tu.
Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah.
Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.


sumber gambar:sjiehan n google

5 comments:

Kun said...

macam2 la manusie ni.

Anonymous said...

mntk share ye...

Unknown said...

@ kodok ~ itulah pasal ntah pape ntah nk untung aje

@ eqal92~ sila2..share la..moga2 xde ag yang termakan telur ni..moga orang lebih alert :)

nur aishah bte abd hadi said...

LAH
TELur apa ada tiruan erk
bahaya tol

Unknown said...

@ nur aisha bte abd hadi ~ telur ayam la yunk...kamu hati2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers