Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Saturday, April 16, 2011

Akibat My KAD

gambar dr google

KAMPUNG SEBERANG GUAI, BERA 16/04/2011– Seorang lelaki terkejut apabila namanya digunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk menubuhkan sebuah syarikat di Kuala Lumpur sejak 2008.

Mangsa yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Bor, Bahtorin Jaafar, 48, berkata, perkara ini langsung tidak diketahuinya sehinggalah dia menerima surat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) meminta beliau menjelaskan kompaun sebanyak RM4,400 bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965.

“Saya terkejut menerima surat itu lebih-lebih lagi mengetahui apabila diminta membayar kompaun dalam jumlah yang besar.

“Saya segera membuat aduan polis dan SSM untuk siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Bahtorin berkata, kemudian, SSM menunjukkan dokumen berkaitan syarikat itu dan jelas menunjukkan isi kandungan dokumen adalah tidak benar melainkan nama dan nombor kad pengenalan sahaja.

Menurutnya, dokumen itu juga meletakkannya sebagai salah seorang pengarah syarikat yang dilantik pada 30 September 2009 menggantikan salah seorang pengarah lain.

“Bagaimanapun, SSM membekukan syarikat itu sementara waktu untuk siasatan lanjut setelah mendapati terdapat perbezaan tandatangan saya dengan individu terbabit pada Borang 8A.

“Buat masa ini, saya masih belum menerima maklumat terkini tetapi berharap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana melibatkan maruah dan nama baik saya,” katanya.

Menurut Bahtorin, beliau juga bimbang salinan kad pengenalan yang dipegang individu terbabit turut digunakan bagi tujuan memohon pinjaman bank.

“Saya berharap orang ramai dapat mengambil iktibar melalui pengalaman saya ini supaya jangan sesekali memberikan salinan kad pengenalan kepada mana-mana individu tanpa tujuan yang betul,” katanya.
 - sinarharian

1 comment:

syairahmohdanuar said...

haha.mr bean duduk sabah pulak kan.br pindah le tu.hihi >.<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers