Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, November 7, 2014

Susu Foremilk & Hindmilk Yang Wajib Ibu Menyusu Tahu


pernah tak korang pam susu korang tu cair..
aku banyak kali...susu asyik cair...
perkara pertama yang aku fikir..aku tak cukup makan ni...maka untuk pekatkan susu , aku sumbat la makanan banyak2 nak bagi susu pekat sikit...
tapi walaupun makan banyk mana pun 
first pam memang cair...
pagi ni tadi baru terfikir nak google pasal ni...

oooo rupanya memang macam tu


Biasa kite dengar orang-orang dulu, nasihatkan kalau nak  menyusukan bayi, mulakan belah kanan..mereka percaya belah kanan adalah nasi, kemudian sambung belah kiri yang juge dipercayai mengandungi air. Tanggapan ini adalah salah, perubahan zaman & kemajuan dalam kajian terhadap susu ibu menunjukkan susu ibu terbahagi kepada dua bahagian khasiatnye..ramai yang masih tidak mengetahui tentang susu ibu ini, moge dengan pencerahan kandungan susu badan ibu ini, akan membantu ibu untuk menyusukan bayi dengan lebih baik & mengikut keadaan yang spatutnye. 

Perbezaan Foremilk Dan Hindmilk


Foremilk
Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan diawal proses penyusuan. Apabila mulanya sesi penyusuan secara direct feeding, bayi kita akan  menerima susu foremilk ini terlebih dahulu. Foremilk ni lebih cair dan warnanya kehijauan dan kebiruan. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.

Foremilk mengandungi rendah lemak yang hanya mampu menghilangkan dahaga bayi kita bukan mengenyangkan. (sebab tu bayi yang menyusu tak perlu diberikan air ye, dalam susu ibu dah mempunyai air secukupnya) yang penting ibu tahu konsep penyusuan sebenar.

Hindmilk
Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu 'belakang ini lebih pekat & mengandungi kalori juga lemak yang tinggi & membuatkan bayi kenyang. Warnanya pula berbeza, ia kelihatan pekat dan 'rich'.



Sekirenye ibu-ibu memerah keluar ke dalam bekas jernih yang berbeza untuk dua kali perahan, pertama & perahan kedua, ibu-ibu akan lihat perbezaan warna susu tersebut seperti dalam gambar.

Oleh itu, pastikan bayi kita menerima kedua-dua kandungan foremilk & hindmilk seperti yang saya nyatakan tadi yakni protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya, maka susukanlah bayi, sehingga ibu benar-benar yakin payudara telah kosong sepenuhnye.

Kesan ketidakseimbangan Foremilk Dan Hindmilk


Bila bayi kita tak dapat cukup khasiat foremilk,bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan) & kalau kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang, tumbesaran bayi juga turut terjejas.

Pentingnye seorang ibu untuk kerap  mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secra direct feeding. Menurut teori, semakin sedikit susu yang berada payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia makin pekat. Tak hairanlah sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa. Sekirenye ibu membiarkan payudara bengkak dan lebih suke tunggu 'susu penuh' akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, kandungan khasiatnya tidak seimbang = lebih banyak foremilk. sumber

Untuk kenali bayi kite menerima lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

   ✔ Bayi selalu meragam
   ✔ Bayi kembung
   ✔ Najis bayi menjadi kehijauan
   ✔ Bayi tak kenyang
   ✔ Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
   ✔ Bayi kerap sangat berak
   ✔ Bayi alami ruam lampin (disebabkan najisnya yang bersifat asidik serta cirit birit) 

Apabila ibu sedari keadaan di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

   ✔ Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
   ✔ Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
   ✔ Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
   ✔ Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

    Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
   ✔ Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
   ✔ Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
   ✔ Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
   ✔ Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal.  


Fakta Tambahan
Tahukah ibu-ibu, penghasilan susu banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti contoh suhu persekitaran. Selain itu, kandungan nutrisi susu juga turut berubah mengikut umur bayi kita.

Contoh : Keadaan cuaca yang panas mempengaruhi penghasilan susu, bagaimana? Secara logiknya kita akan cepat dahaga apabila cuaca panas.
Ibu akan mendapati hasil perahan mengandungi lebih foremilk berbanding hindmilk.

Keadaan malam pula, lebih sejuk. Jadi susu yang dihasilkan lebih pekat. 


Jadi ibu-ibu terutama sekali ibu baru, jika hadapai situasi bayi seperti di atas, jangan cepat putus asa bila tengok bayi macam tak kenyang, meragam macam tak cukup susu, tambah lagi berat badan tak naik, kerap kembung, poo poo asik hijau dan sebagainya..itu bukan tanda ibu tak boleh hasilkan susu yang berkhasiat @ susu tak cukup tapi foremilk terlalu banyak hinggakan bayi tak sempat nak dapatkan hindmilk sebab perut bayi dah penuh dengan foremilk dalam kuantiti yang lebih.

* Aku pernah g kelas antenatal...memang speaker tu cakap jangan asyik tukar2 time susukan anak....memang aku ikut cakap die....bila aku rasa dah kosong sebelah kanan baru aku tukar...

11 comments:

cik mah said...

Setuju...Cik mah slalu wat mcm tu..susukan sebelah je dulu..smpai rasa betul2 kosong br tukar...Alhamdulillah azwa sihat n xde masalah..

Mummy MM said...

Nice sharing sis. Angel Love Soldier

Nurul said...

Nice sharing... :)
memang selama ni dok ingat cam mak & nenek cakap sebelah kanan nasi, sebelah kiri air...

Nastyna said...

tu la dulu selalu dorang suruh susukan belah kanan dulu... but since teknologi hujugn jari ni and baca sana sini, tambah la ilmu sesama kita yer.
I myself mmg sambung bagi belah yang sama la tuk bebudak ni, tu pun dah pandai memilih... heishhh.

OKje said...

Lama dah tak de susu MS hihi....anak yg kecik tu dah 11 tahun so mmg dah lama sungguhlah tak menyusukan baby

Najib Ariyan Ali Basha said...

ini sangat informatif... sangat berguna nanti kalau saya nak mengajar adik beradik yg baru bersalin... terima kasih

salam kenal

Falsya said...

okayh, now i know..patut la dulu kalau pam selalu dpt susu cair..sama la jugak ingat kan sbb kurang makan..

LYAfrina said...

tq for sharing..
pnduan utk ibu gndung n myusu anak ni

sal ya said...

Info menarik.

Puan Kutu said...

tq kerana ilmu yg sgt bagus ni..baru juga tahu.biasanya klu perah mmg dari mula hingga hujung guna bekas sama tu yg tak tau bezakan foremilk n hindmilk..tq atas pencerahan..:)

QasehnyaRania said...

betul tu, masa dok nyusu hri tu pon mak n mak menakan dok kata gitu la .belah kanan nasi, belah kiri air :)

thanks dear berkongsi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers