Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, February 29, 2012

Santau - Zaman skang pun masih ade gak...


sejak dari dulu sampai sekarang aku suka dengar cerita hantu...
dengar aje la , tapi kalau nama nak tengok drama ke muvi ke pasal hantu2 ni tak layan aku...
kalau citer kartun iye, sanggup la aku laburkan duit.....

kalau korang nak kate aku kolot sebab aku dengar cerita hantu pun suke ati la.....
tapi bukan makna aku caye benda2 tahyul mahyul ni...
aku sekadar suka dengar orang cerita...

tapi satu yang aku tak suke, bab santau2 ni...
series weh....ape kekdahnye ko buat benda ni semua....

sebab ko suke perempuan tu and perempuan tu tak suke ko , ko terus nak guna2 perempuan tu...
pecah belah kan die dengan tunang die....
kesian la kat orang.... 
kesian aku dengar cerita dari sesorang....
sampai tak boleh tengok muka tunang die, 
hati rasa panas dan benci sangat2.

korang pernah tengok syurga cinta tak????
aku teringat ayat dalam syurga cinta tu
Jodoh tu ada 3 jenis
jodoh dari syaitan
Jodoh dari Jin
Jodoh dari Allah S.W.T

jodoh diilhamkan syaitan, kamu berjumpa dengannya, berpegangan tangan, berhibur dengannya dan kemudian tidur dengannya, dia kemudiannya hamil dan kamu menikahinya

Jodoh Diilhamkan Jin, kamu menyintainya tapi dia tidak cinta kamu, kamu sihirkan dia untuk berkhwin dengan  kamu.

Jodoh diilhamkan oleh Allah, lahir perasaan cinta dihati kamu untuknya dan lahir perasaan cinta untukmu dihatinya , kamu meminangnya untuk dijadikan permaisuri dalam rumahtangga kamu.

kepada mereka - mereka yang masih percaya pada benda-benda macam ni , hentikan lah..

Kenalli Batuk Anda Dan Calon Penyakit yang anda hadapi

cuak tak tajuk aku pada hari ini??????
rupanya batuk ni ada macam- macam jenis....
dan paling penting dengan batuk kita tau tanda2 awal penyakit yang ada dalam diri kita ni....
aku terjumpa satu info yang sangat berguna dalam Forum CG...
so aku nak share dengan korang-korang semua...
Batuk adalah antara penyakit yang sering berlaku pada kita. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Bagaimanapun, oleh kerana sakit yang dideritai agak kuat, kebanyakan kita akan mencari ubat untuk melegakan batuk kita. Batuk juga kerap berlaku semasa kita selsema.

Sebenarnya, batuk adalah tindakbalas normal yang baik untuk kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakbalas refleks, di mana batuk berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan-bahan irritant (penganggu).

Ada dua jenis batuk yang utama:

* batuk yang berkahak (productive cough)

* batuk yang tidak berkahak (non-productive cough atau unproductive cough)

Kedua-dua jenis batuk ini adalah berbeza dari segi sebab berlakunya dan juga ubatnya. Oleh itu adalah penting untuk anda mengenalpasti jenis batuk yang anda alami supaya ubat yang diberi memberikan kesan yang sepatutnya.

Pesakit asma (lelah) kerap mengalami batuk kerana saluran pernafasan mereka yang menjadi sempit. Bagi pesakit asma, pengambilan ubat asma yang diberikan adalah penting untuk melegakan batuknya.

Ada juga orang yang batuk kerana pengambilan ubat tertentu seperti Zestril dan Renitec (untuk darah tinggi). Dapatkan nasihat doktor anda untuk menukar dengan jenis ubat darah tinggi yang lain.

Batuk yang berkahak

Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.

* Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya.

* Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang kronik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis.

* Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria.

* Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut.

Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:

* guaifenesin (Breacol)
* carbocisteine (Rhinothiol)
* ambroxol (Mucosolvan)
* cyclidrol (Mucoflux)
* herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.

Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja. Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Sila lihat generik.htm. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.

Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda.

Batuk tidak berkahak

Batuk yang tidak berkahak dirasakan kering, gatal dan perit yang berlaku di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.

Pengambilan ubat perlu untuk mengawal rasa pedih yang dirasai. Antara jenama yang popular ialah Cofcare. Jenama yang lebih kuat pula boleh didapati di farmasi atau klinik. Pastikan anda dapatkan penerangan yang lengkap sebelum mengambilnya. Ubat batuk jenis yang tidak bekahak yang lebih kuat ini (ubat ini dikenali sebagai anti-tussive) adalah seperti codeine, pholcodine, dextromethorphan dan clobutinol.

Dextromethorphan boleh didapati dalam bentuk sirap, pil dan juga gula-gula untuk dikemam. Ia adalah antara jenis yang popular dan jenama yang ada termasuklah Actifed DM, Sedilix DM, Cofdex (pil), Tussil (gula-gula) dsb. Jenama Duro-tuss pula mengandungi pholcodine dan ia sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak mengandungi gula. Pholcodine tidaklah menyebabkan ketagihan seperti codeine. Jenama yang mengandungi codeine hendaklah dijauhi sekiranya boleh kerana ada alternatif lain seperti yang dinyatakan di atas. Codeine boleh menyebabkan ketagihan. (Tambahan: Mulai tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pembuatan ubat batuk yang mengandungi kodein (codeine) diberhentikan.)

Kesemua ubat di atas mungkin menyebabkan pengambilnya mengantuk dan khayal (codeine). Ubat yang mengandungi clobutinol seperti Silomat tidak menyebabkan rasa mengantuk.

Sekiranya anda merasa sakit tekak yang teruk, ubat seperti Dequadin, Strepsil dsb. boleh membantu. Untuk yang lebih kuat lagi, dapatkan dari farmasi atau klinik, seperti Difflam dan Strepsil Dual Action.

Perkara-perkara lain

Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:

* minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.

* pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih dsb hendaklah dikurangkan.

* sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok.

* persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini.

* sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.

* hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

Selain itu, perkara-perkara ini haruslah diperhatikan:

* ada sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik.

* kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh.

* sekiranya batuk anda tidak baik dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan.

* batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber: Farmasi Anis

Monday, February 27, 2012

Foto Resepsi Lisa Surihani & Yusri KRU


Tahun ni ramai artis kawen
ramai yang dah berubah ke arah kebaikan 
dan ramai jugak dah tau....
walaupun ramai dah tengok gambar yusri dan Lisa kawen tapi aku TATAP mau letak sekeping dua kat blog aku ni...hahahhaha... ko ade???

ko mampu?????
yusry & lisa eszhan studio-2

yusry & lisa eszhan studio-17

yusry & lisa eszhan studio-19

alololo...shomelnye pelamin....hakhak....moga di rahmati la hendaknya...amin

An Awkward Moment- Cerita Penuh Confident


sejak akhir ini dari pemerhatian saya, ramai yang salah cakap salah faham dan lain-lain lagi...
benda ni dah jadi lame dulu da... tapi malam tadi tetibe terfikir nak tulis....kadang2 ase mcm ouhhhhhhh janggal gak situasi yang sedang berlaku ini..
..hahahhaha meh layan

situasi 1
Pn A nak hantar kawan2 nya pulang ke rumah, namun oleh kerana kawan2 nya duduk di apartment yg mewah maka kehadiran Pak Guard menjadi kewajipan disitu...so sebelum masuk Pn A terpaksa memperlahankan keretanya seraya tingkap diturun...dengan tidak semena Pn A berkata kepada Guard

PN A : Saya nak hantar MEWAN je, nanti saya kuar balik

Guard : Onion Icons

MEWAN = Membe + kawan

confident level = High
*********************************************************************************
Situasi 2

Cik S bersama , Cik F dan juga Cik A sedang menonton television, kemudian iklan drama vanila cokelat pun muncul dengan dialog

"papa suruh zara kawen zara kawen, papa suruh zara cerai, zara cerai, ape ni pa!!!" Cik S yang mendengar Dialog ini terus tanya

Cik S : Izara ni pun problem sebut "R" jugak ke???

dengan penuh confident Cik A berkata

Cik A : die dulu bapak die suruh kawen dengan aiman, memula gaduh, pas tu dah ok...skang bapak die plak blaaa...blaaa...blaaa.......

aku .......Onion Icons.............."krikkkkk....krikkkkk...krikkkkkk " <---- efek bunyi cengkerik

confident level = High
*********************************************************************************
Situasi 3

Cik S bersama Cik F di Night market Batu feringgi

Cik S sedang berjalan2 ternampak tempat jual gelang2 yang sangat comel...tapi harga nya tidak secomel gelang tersebut... 
"Murah saja kak RM 120.00 ini silver punye"

Cik F tanpa ragu2 menghalang Cik S dari ambil gelang tersebut walaupun tak terdetik di hati Cik S untuk beli gelang mahal macam tu....

Cik F: eh ko jangan amek yang ni, kat hujung tadi 20 hengget aje ko tau....gelang same....ni gile punyer harga...yang tadi 20 ringgit aje.....Onion Emoticon Set

Cik S : biar betik ko...ke ko tak dengar die sebut seratus tadi....ko dengar 20 je...

Cik F : Tak.... Aku dengar 20 HENGGET aje, die bisik kat aku....MSN Onion Icon

kalau dah murah kena la beli kan sebab comel..tapi kalau seratus tak berbaloi pulak aku rase untuk gelang macam tu...

sampai saje di gerai yang Cik F maksudkan aku terus tanye...berape????

penjual : 120 saja...ni silver punye

aku Onion Emoticon

onfident level = Very High
*********************************************************************************
Situasi 4

situasi berlaku ketika cik S dan Cik F sedang menuju ke salah sebuah rangkaian hotel dan cafe yang terkemuka 

Cik S : eh baju2 die mesti mahal kan??
Cik F : tak de lah standard aje la... dalam 40 je...
Cik S : eh biar betik ko...xkan 40 je...
Cik F : betul la
cik S : oh aku ade 50 ringgit boleh la aku beli sehelai ni...<--- penuh ke azaman

sampai aje butik nye...
yang paling murah adalah keychain die yang berharga RM 50.00

Cik S :; 40 HENGGET la sangat kan!!!!!!standard aje kan harge t-shirt die kan!!!!!
Cik F : ohhhh aku beli kat Singapore, 40 sing dolar

sekian

onfident level = Very High
*********************************************************************************

situasi 5

Cik F letak cermin die di sebelah tv...setelah pulang dari menjamu mata di sogo maka Cik  F nak cuci make up die dengan menggunakan wet tissue.... 

Cik F : Wei A amek jap aku punyer cermin tu...
Cik A : Orang biase guna surat haba la...baru berkilat ...bazir la guna wet tissue tu...
Cik F : Jadah guna surat khbar, aku nak lap muke aku.....
Cik A: ooo aku ingat ko nak lap cermin....

Sunday, February 26, 2012

Nokia Lumia 800 dah boleh beli....


macam yang korang perasan dalam paper baru- baru ni Nokia dah keluarkan phone baru...
Nokia Lumia 800. Harga pasaran lebih kurang 1+++ ... tak berape pasti...korang boleh usha sendiri la...
bersempena dengan kemurahan hati Nuffnang memberi blog aku ni BE dari Nokia Lumia ni , meh la kita bercerita pasal Nokia Lumia ni ok...

dengan tagline GET YOU TO INTERESTING FASTER macam menarik aje kan Nokia ni... 
meh kite tengok rupe die dulu

umang aih....

juga dipanggil sea ray....

meh kite tengok die punye isi perut

BODYDimensions116.5 x 61.2 x 12.1 mm, 76.1 cc
Weight142 g
- Touch-sensitive controls
DISPLAYTypeAMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Size480 x 800 pixels, 3.7 inches (~252 ppi pixel density)
MultitouchYes
ProtectionCorning Gorilla Glass
- Nokia ClearBlack display
SOUNDAlert typesVibration; MP3, WAV ringtones
LoudspeakerYes
3.5mm jackYes
MEMORYCard slotNo
Internal16 GB storage, 512 MB RAM
DATAGPRSClass 33
EDGEClass 33
SpeedHSDPA 14.4 Mbps, HSUPA 5.76 Mbps
WLANWi-Fi 802.11 b/g/n
BluetoothYes, v2.1 with A2DP, EDR
USBYes, microUSB v2.0
CAMERAPrimary8 MP, 3264x2448 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, dual-LED flash, check quality
FeaturesGeo-tagging
VideoYes, 720p@30fps, check quality
SecondaryNo
FEATURESOSMicrosoft Windows Phone 7.5 Mango
ChipsetQualcomm MSM8255 Snapdragon
CPU1.4 GHz Scorpion
GPUAdreno 205
SensorsAccelerometer, proximity, compass
MessagingSMS (threaded view), MMS, Email, Push Email, IM
BrowserWAP 2.0/xHTML, HTML5, RSS feeds
RadioStereo FM radio with RDS
GPSYes, with A-GPS support
JavaNo
ColorsBlack, Cyan, Magenta, White
- MicroSIM card support only
- SNS integration
- Active noise cancellation with dedicated mic
- MP3/WAV/eAAC+/WMA player
- MP4/H.264/H.263/WMV player
- Document viewer/editor
- Video/photo editor
- Voice memo/command/dial
- Predictive text input
BATTERYStandard battery, Li-Ion 1450 mAh (BV-5JW)
Stand-byUp to 265 h (2G) / Up to 335 h (3G)
Talk timeUp to 13 h (2G) / Up to 9 h 30 min (3G)
Music playUp to 55 h
hah...pe ag korang...cepat cari skang...then bagitau aku rege die...leh kumpul2 g beli

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers