Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, November 29, 2011

Ko sakit Mata ke???? aku sakit bontot


bunyi macam tak senonoh aje kan tajuk... cakap pasal sakit mata ni teringat masa aku kecik2 dulu.. cuti sekolah kot sebab masa tu sepupu sepapat aku seme ada kat umah wan...mula-mula sorang je sakit mata pas tu abes satu umah berjangkit..pas tu pagi2 memasing bangun ngan taik mata bertepek2 kat mata...dengan mata merahnya...mata xleh bukak..pas tu pakat2 gelak kat orang sebab mate dorang lagi merah....auhhhhhhhhhh sangat tak suka time sakit mata, mata berair, gatal lagi..ngan taik mata 24 jam ade kat situ... tapi aku tak pernah dengar lak ngan satu petua ni...
kalau ade orang sakit mata ko kena cakap ko sakit buntot nanti ko tak berjangkit ngan orang tu...haihhhhhh benar kah???

kalo macam tu tiap kali terserempak ngan orang sakit mata
"aku sakit buntot"
"aku sakit buntot"
"aku sakit buntot"
"aku sakit buntot"

bhahhahahahaa kelakor lak ase...tapi aku tak tau la betul ke tak petua ni.. ni pun pn ain yang kabo kan...tadi first time la aku dengar...

**wan tu nenek incase kalo korang tak faham

Me???? The Boss of course


AQUARIUS - The Sweetheart
Optimistic and honest. Sweet personality. Very independent. Inventive and intelligent. Friendly and loyal. Can seem unemotional. Can be a bit rebellious. Very stubborn, but original and unique Attractive on the inside and out. Eccentric personality.

VIRGO - The Perfectionist
Dominant in relationships.. Conservative. Always wants the last word. Argumentative. Worries. Very smart. Dislikes noise and chaos. Eager. Hardworking. Loyal. Beautiful. Easy to talk to. Hard to please. Ha rsh. Practical and very fussy. Often shy. Pessimistic.

SCORPIO - The Intense One
Very energetic. Intelligent. Can be jealous and/or possessive. Hardworking. Great kisser. Can become obsessive or secretive. Holds grudges. Attractive. Determined. Loves being in long relationships. Talkative. Romantic. Can be self-centered at times. Passionate and Emotional.

LIBRA - The Harmonizer
Nice to everyone they meet. Can't make up their mind. Have own unique appeal. Creative, energetic, and very social. Hates to be alone. Peaceful, generous. Very loving and beautiful. Flirtatious. Give in too easily. Procrastinators. Very gullible.

ARIES - The Daredevil
Energetic. Adventurous and spontaneous. Confident and enthusiastic. Fun. Loves a challenge... EXTREMELY impatient. Sometimes selfish. Short fuse. (Easily angered.) Lively, passionate, and sharp wit. Outgoing. Lose interest quickly - easily bored. Egotistical. Courageous and assertive. Tends to be physical and athletic.

GEMINI - The Chatterbox
Smart and witty. Outgoing, very chatty. Lively, energetic. Adaptable but needs to express themselves. Argumentative and outspoken. Likes change. Versatile. Busy, sometimes nervous and tense. Gossips. May seem superficial or inconsistent, but is only changeable. Beautiful physically and mentally.

LEO - The Boss
Very organized. Need order in their lives - like being in control. Like boundaries. Tend to take over everything. Bossy. Like to help others. Social and outgoing. Extroverted. Generous, warm-hearted. Sensitive. Creative energy. Full of themselves. Loving. D oing the right thing is important to Leos. Attractive.
**terpaksa bold kan incase korang tak nampak**
bhahahahhahahahahaaaaa... serius maa boss ok

CANCER - The Protector
Moody, emotional. May be shy. Very loving and caring. Pretty/handsome. Excellent partners for life. Protective. Inventive and imaginative. Cautious. Touchy-feely kind of person. Needs love from others. Easily hurt, but sympathetic.


PISCES - The Dreamer
Generous, kind, and thoughtful. Very creative and imaginative. May become secretive and vague. Sensitive. Don't like details Dreamy and unrealistic. Sympathetic and loving. Kind. Unselfish. Good kisser. Beautiful.


CAPRICORN - The Go-Getter
Patient and wise. Practical and rigid. Ambitious. Tends to be good-looking. Humorous and funny. Can be a bit shy and reserved. Often pessimists. Capricorns tend to act before they think and can be unfriendly y at times. Hold grudges. Like competition. Get what they want.


TAURUS - The Enduring
One Charming but aggressive. Can come off as boring, but they are not. Hard workers. Warm-hearted. Strong, has endurance. Solid beings who are stable and secure in their ways. Not looking for shortcuts. Take pride in their beauty. Patient and reliable. Make great friends and give good advice. Loving and kind. Loves hard - passionate. Express themselves emotionally. Prone to ferocious temper-tantrums. Determined. Indulge themselves often. Very generous.


SAGITTARIUS - The Happy-Go-Lucky
One Good-natured optimist. Doesn't want to grow up (Peter Pan Syndrome). Indulges self. Boastful. Likes luxuries and gambling. Social and outgoing. Doesn't like responsibilities. Often fantasizes. Impatient. Fun to be around. Having lots of friends. Flirtatious. Doesn't like rules. Sometimes hypocritical. Dislikes being confined - tight spaces or even tight clothes. Doesn't like being doubted. Beautiful inside and out.

**untuk suka-suka jangan serius sangat k

Baskin Robbins Icecream Cake



terasa nak makan kek birthday orang belanje hari ni....
Sila faham... =,=!
bhahahahhahahahaa

Monday, November 28, 2011

Menang di puja kalah di keji



adat manusia.. 
setahu aku team Malaysia berderet game...
robot pun leh rosak kalau hari-hari wat keje..
cuba letakkan diri kita  tempat dekat dorang
ape yg kita rasa bila kalah..
kecewa kan..at least dorang cuba...
satu aku leh cakap
SYABAS HARIMAU MUDA
KAMU DAH CUBA YANG TERBAIK

Makanan Baik Untuk Perempuan




1. Avokado

Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.
Khasiat: Avokado berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik. Buah ini juga membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik, selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.



2. Strawberi


Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah.
Khasiat: Buah yang menjadi kegemaran ramai ini berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degenerasi sel di seluruh tubuh. Strawberi juga boleh menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong.




3. Minyak Kelapa

Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga.
Khasiat: Minyak kelapa boleh menambahkan tenaga tetapi pada masa yang sama tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet. Makanan ini berperanan mempertahankan kadar kolesterol sihat dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, minyak kelapa juga baik untuk kulit dan rambut.



4. Brokoli

Kandungan: Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.
Khasiat: Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.



5. Kacang soya

Kandungan: Isoflavon yang berfungsi seperti estrogen.
Khasiat: Kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser rahim bagi wanita.



6. Yogurt

Kandungan: Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.
Khasiat: Yogurt berupaya mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoperosis, serta melancarkan proses percernaan.



7. Ikan Salmon


Kandungan: Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D.
Khasiat: Ikan Salmon berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer. Selain itu, ikan ini juga berperanan menyihatkan kulit kepala.



8. Tomato


Kandungan: Antioksida dan likopen.
Khasiat: Selain mencegah kanser payudara, tomato juga efektif memerangai penyakit jantung. Fungsi lainnya yang melindungi kulit daripada sinar UV secara tidak langsung mampu mengekalkan keremajaan kulit anda.



9. Lobak Merah

Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta beta karoten.
Khasiat: Lobak merah sememangnya baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku.



10. Jus Oren

Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavanoid dan karotenoid.
Khasiat: Jus ini mampu mencegah osteoperosis, menurunkan risiko kanser payudara dan ovari.

Sunday, November 27, 2011

Alhamdulillah



Alhamdulillah....

Satu muharram detik permulaan ~pengertian hijrah korang?


selamat tahun baru semua.......awal muharam tiba-tiba teringat kan lagu ni. selalu nyanyi dengan semangat untuk sambutan awal muharam.. semangat sambil nanges2. =,=  rindu nak jadi kanak-kanak balik and nyanyi lagu ni dengan penuh semangat..

Satu Muharram Detik Permulaan 
Perkiraan Tahun Islam Hijrah 
Perpindahan Nabi dan Umat Islam 
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh 
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu 
Rela Berkorban Harta dan Nyawa 
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan 
Hijrah Itu Perjuangan 
Hijrah Itu Persaudaraan 
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua 
Kita Sambut Maal Hijrah 
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam 
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman....

meh sama-sama kita wat penghijrahan sikit atas diri kita..mana yang buruk kita ketepikan... yang baik kita tingkatkan..semoga tahun ni beri kita lebih makna dan pengertian.marilah kita sama sama menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. dengan kehadiran 1 Muharram iaitu Awal Tahun Hijrah, di mana, Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Saturday, November 26, 2011

Jenis-jenis Sindrom Pra-Haid ataupun PMS.



Si A: ko nak marah2 ni kenape perempuan oiiiii....nak period ke ape????
Si B : sikit2 sentap..sikit-sikit sentap.. eh tahulah perempuan, tapi ko tak boleh guna period sebagai alasan ko nk emo..

aku rasa kebanyakkan korang mesti selalu guna ayat ni.. perempuan kalau marah je orang kata period. tapi tahukah korang apa yang menyebabkan emosi kita perempuan-perempuan ni berubah-ubah time nak period?? meh aku share sedikit untuk tatapan kome2 semua



Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

PMS Jenis A
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.

PMS Jenis C
Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.

PMS Jenis D
Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.

PMS Jenis H
Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium

sooo kengkawan sekalian. masih rasa PMS itu cuma alasan perempuan untuk marah2??

psstt** aku rasa golongan tomboy dan pengkid juga alami sindrom yang sama.. golongan auww2 tak kan alaminya ..

Friday, November 25, 2011

Bacalah.....

 

Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan di laman FB dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin

Dikatakan :-

۞                       Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞                       Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan    
pada hari Kiamat.
۞                       Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞                       Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞                       Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞                       Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞                       Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞                       Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞                       Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞                       Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-


۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

Cappucino


Pada era 50-an dahulu, terdapat seorang jutawan yang memiliki segala kemewahan. Daripada rumah besar, kilang-kilang, ladang-ladang sehinggalah ke syarikat-syarikat korporat; semuanya dimiliki oleh jutawan tersebut. Jutawan tersebut mempunyai seorang anak lelaki yang kurang sikit akalnya dalam menilai sesuatu.

Pada suatu hari, jutawan tersebut menyuruh anak lelakinya membancuh secawan Cappuccino. Anak lelakinya dengan taat dan patuh melaksanakan suruhan ayahnya. Selepas seketika, anak lelakinya membawa secawan Cappucino panas dan memberikan kepada ayahnya. Ayahnya menghirup sedikit sekadar untuk merasa, ternyata jutawan itu terkejut apabila Cappucino yang dihirupnya itu terasa lemak berkrim. Maka bertanyalah jutawan tersebut kepada anak lelakinya, “sedap betul Cappucino ini, apa rahsianya?”

Sambil tersenyum dengan penuh keyakinan, anak lelakinya menjawab, “tadi masa saya ke belakang rumah untuk mengambil kayu api… saya dapati kayu api basah. Sebagai penyelesaian alternatif, saya ambil duit kertas ayah di dalam peti besi sebagai bahan bakar.”

Bagaikan hendak tercabut jantung jutawan tersebut apabila mendengar kata-kata anak lelakinya itu. Cappucino yang terasa lemak berkrim di permulaan, kini menjadi pahit menekak dan hilang segala kenikmatannya….

Sahabat-sahabatku sekalian..

Tentu terlintas di fikiran kita bahawa betapa ‘kurang akal’nya anak jutawan tersebut kerana sanggup membakar duit kertas demi secawan Cappucino. Tetapi pada realiti hidup kita hari ini, sebahagian besar daripada kita saling tak tumpah seperti budak itu.

Alangkah ‘kurang akal’nya kita apabila di akhirat nanti kita dibakar di dalam neraka jahanam semata-mata kerana kita leka dan terpesona dengan kehidupan dunia yang bersifat sementara ini. Manusia yang terbijak adalah mereka yang banyak mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah , ayat 216.

sumber: iluvislam

Thursday, November 24, 2011

Ujian Psikologi Mengenal Sahabat


Boring la kan. hari-hari makan menu yang sama, nak masak memang malas, kalau weekend ok la kalau nak masak, kalau weekday. aiyooooooo malas ko tau, malas. tak pe pada siapa yang boring meh kita buat ujian psikologi sikit 

Ujian psikologi ini adalah bertujuan mengetahui sejauh mana ketulusan sahabat-sahabat kita....soalannya mudah:
Anda diminta menanam pokok kelapa. Ada 4 tempat pilihan anda kena pilih...
1- tepi sungai 
2- halaman rumah 
3-tepi/tengah padang 
4-belakang rumah/tepi dapur 

Jawap dengan jujur ya













dah pilih????
ok setiap tempat yang dipilih membawa maksud tertentu
1- tepi sungai 
-boros
-sukar berjimat
-boleh juga dikatakan sangat pemurah/pemboros

2- halaman rumah 
-sangat suka dipuji
-pantang dibodek/dipuji akan melayan orang yang dipuji dengan beitu baik sekali

3-tepi/tengah padang 
-sangat berkira/kedekut

4-belakang rumah/tepi dapur
-penjimat
-pandai menguruskan kewangan dengan baik
-paling bersederhana dalam semua segi

mine.. belakang rumah, sebab fikir x semak kat depan rumah kalau die dah tinggi =,=! terfikir jugak nk tanam halaman rumah, senang nak minum air kelapa bila dah tinggi kasi tebang

Monday, November 21, 2011

Pilih Menantu ikut Negeri - LOL

sumber gambar google

seyesli aku tak pernah melalui benda ni..tapi kawan-kawan aku pernah. bukan sorang dua, tapi lebih dari 4 orang kot. Bila lelaki or prempuan bawak balik pasangan untuk kenalkan pada family, of course mak pasangannya sangat berkenan. baiknye budak ni, sopan santun, baik budi pekerti , cantik/hensem, hati bakal mak mertua pun senang, pendek kata tak de cacat cela la. tapi bila tau pasangan anak die tu dari negeri mana terus reject!!! hilang terus sifat baik, sifat sopan, sifat hormat orang tua yang ade pada lelaki/perempuan tu. family terus desak suruh putus hubungan..seyesli KUNO!!! KUNO!!!KUNO!!LAPOK!!!

konon kalau anak lelaki kahwin dengan orang negeri semua harta lelaki tu perempuan bolot. Kalau kahwin ngan orang johor hantaran tinggi melangit, kahwin dengan orang kedah begini-begini pulak ceritanya, kahwin dengan orang kelantan pulak macam ni.orang pahang ni macam ni pulak, sampai family tak restui hubungan korang sebab takut benda2 ni berlaku.. aku tak faham betul bila nak kahwin pun ade yang bersifat kenegerian. 

yee..mungkin sedare mare or orang terdekat korang tak bahagia dengan perkahwinan tapi tak semestinya semua orang dari negeri tu macam tu..pokok pangkalnye perangai die tu dari family die. cara didikan die..dengan siapa die bergaul.. bukan dari negeri mane die berasal. hellooooooo buka sikit minda, buang sikit persepsi negatif tu. sifat orang bukan ditentukan melalui negeri mana dia lahir. kita tak boleh nilai hati budi orang melalui negeri orang tu. 

kadang-kadang terfikir gak aku, boleh ke kebahgiaan orang tu ditentukan mengikut mana negeri yang die duduk.. anak kamu masih hidup kan walaupun die duduk bekerja di lain negeri.

sedih bila tengok orang merana sebab family tak restu atas alasan bakal menantu die bukan dari negeri yang die berkenan.. ye aku tau tu bukan jodoh dorang.. tapi please bukak minda .. no more sifat kenegerian dalm perkahwinan ..kalau belum kahwin xpe lagi..tapi kalau dah kahwin?? merana kan bila family mertua tak alu-alukan kedatangan ko dalam family..











Sunday, November 20, 2011

Model Lelaki Vs Model Perempuan


kereta dengan model perempuan ni memang sinonim kan.. tengok aje la kalau F1 ke A1 ke ape-ape 1 la kompem ade perempuan jadi gadis litar. kalau tengok pameran lak.. tak kira la autoshow ke auto pape la mesti model die perempuan. Laki suka la kan.. tapi kalau perempuan yang tengok TDDMKA.. sesekali letak la model lelaki lak kan wat stok cuci mata..bahahhahaha tapi tau ke korang kenapa letak model perempuan dan bukan lelaki.. ni la sebab die..




  



kan x kena kalau model lelaki jadi model tempelan... TDDMKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers