Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Showing posts with label Tips cantik. Show all posts
Showing posts with label Tips cantik. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Iklan shampoo semua bajet best aje...









kalau nak cerite pasal rambut gugur..perghhhh 3 hari 2 malam pun tak habis lagi agaknye...
usia dah meningkat ni rambut asyik gugur aje...
kalau bangun tido tu tak sah kalau tak selonggok lekat dekat bantal..tu lom kire yang bersepah2 kat tilam lagi...
kire kalau CSI nak wat investigated memang x susah la nak cari rambut...xpayah guna kanta pembesar  bagai...

iklan shampoo kat tv pulak tak sah kalau tak bajet best...
shampoo die aje la satu2nye yang terbaik kat dunia...perghhhh
kalau pakai shampoo die rambut gugur leh kurang dalam masa 2 minggu..2 minggu beb... meh aku bagi contoh2nye ea..

fentene cakap kalau pakai dalam masa 2 minggu rambut gugur dah mula kurang ... 
Hasilnya... hari pertama


Hari ke 14


senselk kata shampoo die mengatasi rambut gugur 

dah pakai sebulan

pakai la shampoo pape pun ...rambut aku tetap gugur gak.. tapi ade satu cara je nak atasi rambut gugur..kalau aku la..meh aku kasi TIP die..........cara-caranya adalah

potong pendek

kompem tak ade rambut yang gugur ag TT_TT ... cara ni memang tiap2 kali berjaya...rambut aku kalau dah lepas bahu sikit memang tak sah kalau tak gugur...





Thursday, December 15, 2011

Petua Hilangkan Jerawat


Jerawat penuh di muka????
bosan dengan kehadiran jerawat??
jerawat mencacatkan penampilan??
jangan risau saya ada penyelesaiannya...guna lah harpic ianya membasmi 99% kuman di toilet...
bhahahhahhahahaaa

ok time to get seriyesss
sumber gambar encik gugel

sape tak bosan kan jerawat 24 jam bertempek aje kat muka...macam aku ni hah da berape tahun tak merasa muka flawless bak ...bak...bak ape ea biasa orang guna.. kulit telur ke ape?? kulit telur pun macam x licin sangat.... ahhhh abaikan...sambung balik

pada gegurl and boboy yang ada masalah ni semua jangan risau meh kita cuba petua ni pulak....

ambil putih telur.
 Kemudian campurkan dengan satu sudu madu dan dua ulas bawang putih yang telah ditumbuk. 
Kemudian sapukan pada muka. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas atau dibasuh muka

Buatlah setiap hari untuk hasil yang lebih baik.

aku belum cuba... malam nanti baru nak cuba.. 

" scha malam ni kite bukak spa Q kite balik okeyh" 
tapi madu tadek..xpe2 jgn risau ... guna ape yang ada

Monday, November 28, 2011

Makanan Baik Untuk Perempuan




1. Avokado

Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.
Khasiat: Avokado berfungsi menurunkan kadar kolestrol jahat dan meningkatkan kadar kolestrol baik. Buah ini juga membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik, selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.



2. Strawberi


Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah.
Khasiat: Buah yang menjadi kegemaran ramai ini berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degenerasi sel di seluruh tubuh. Strawberi juga boleh menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong.




3. Minyak Kelapa

Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan ini diserap dan ditukarkan kepada tenaga.
Khasiat: Minyak kelapa boleh menambahkan tenaga tetapi pada masa yang sama tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet. Makanan ini berperanan mempertahankan kadar kolesterol sihat dan meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, minyak kelapa juga baik untuk kulit dan rambut.



4. Brokoli

Kandungan: Vitamin A, C dan K, asid folat serta zat besi.
Khasiat: Selain mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, brokoli sangat baik untuk wanita hamil kerana fungsinya yang melindungi janin dan mencegah anemia. Bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas, disarankan untuk memakan brokoli dengan kerap bagi membantu meningkatkan daya kerja otak.



5. Kacang soya

Kandungan: Isoflavon yang berfungsi seperti estrogen.
Khasiat: Kacang soya mampu mengurangkan risiko kanser rahim bagi wanita.



6. Yogurt

Kandungan: Probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi kalsium, vitamin B dan protein.
Khasiat: Yogurt berupaya mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoperosis, serta melancarkan proses percernaan.



7. Ikan Salmon


Kandungan: Omega 3 dengan DHA dan EPA yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D.
Khasiat: Ikan Salmon berfungsi menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer. Selain itu, ikan ini juga berperanan menyihatkan kulit kepala.



8. Tomato


Kandungan: Antioksida dan likopen.
Khasiat: Selain mencegah kanser payudara, tomato juga efektif memerangai penyakit jantung. Fungsi lainnya yang melindungi kulit daripada sinar UV secara tidak langsung mampu mengekalkan keremajaan kulit anda.



9. Lobak Merah

Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta beta karoten.
Khasiat: Lobak merah sememangnya baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku.



10. Jus Oren

Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavanoid dan karotenoid.
Khasiat: Jus ini mampu mencegah osteoperosis, menurunkan risiko kanser payudara dan ovari.

Saturday, August 20, 2011

Untuk wanita-wanita yang nak sihat JANGAN KETERLALUAN SANGAT


1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadikembang. Liang vagina sentiasa basah.


MSN Onion Icons
2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
MSN Onion Icons
3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

MSN Onion Emoticons
4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.



MSN Onion Icons

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.


MSN Onion Icon
6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

Onion Icons

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Onion Emoticons

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

MSN Onion Emoticon Set

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

MSN Onion Icons

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

Onion Emoticon

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, bolehmengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

MSN Onion Emoticon

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.


MSN Onion Icons
13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan,malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)


Onion Emoticon
14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda
.
.
.MSN Onion Emoticons
.
mencik r cam ni
.
.
.
.
15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .


Onion Emoticons





pstttt*** bila terlalu-terlalu xboleh jugak..tak buat tak leh jugak..hueee seme xleh



Thursday, December 9, 2010

Tips Untuk Mata Cantik

ni tips untuk mata cantik ye...mate duitan, mata keranjang atau mata2 xde kaitan dengan artikel kali ni


Mata Cantik


Okey anak2 semua mata 2 memainkan peranan yang penting dalam hidup kite ye... penampilan mata Anda harus dijaga agar tetap menarik dan cantik. Mata dapat menyampaikan banyak hal, termasuk keperibadian Anda. Pernah dengar tak lagu ni


dari kerana mata yang mempunyai kuasa
oooohhhh aku tergoda, aku tergoda terkeciwa...


Masalah pada mata kita yang sering terjadi


Lingkaran Hitam
Salah satu penyebabnya adalah faktor keturunan, sebab yang x boleh dihindari adalah kerana usia. makin bertambah umur, lingkaran di sekitar mata makin menggelap.
Kurang tidur juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam ini, atau  stres.

so kengkawan stress no more okey






Kantung Mata
Kantung mata sebenarnya adalah cairan tubuh atau lemak yang tidak dapat dibuang dengan sempurna. Hal ini cukup mengganggu kerana membuat mata kelihatan bengkak.




Kerutan
Faktor utamanya adalah pertambahan usia yang mengakibatkan kurangnya kandungan kolagen . Walau secara biologi umur seseorang belum tua, tetapi penuaan boleh terjadi pada siapa saja. Penyebabnya adalah sinar matahari yang berlebihan dan dehidrasi.
ni maksudnya kene lebihkan minum air





okei yang itu tadi adalah masalah mata sekarang kita tengok penyelesaian die plak okei
  • Bersihkan mata dari kosmetik sebelum tidur

    Bila tidak dibersihkan, sisa kosmetik akan menyumbat pori-pori. Untuk membersihkan bagian mata, sebaiknya gunakan pembersih mata khusus untuk mata mata, sebab mata memiliki bahagian yang lebih sensitif dibandingkan bahagian wajah lain.  Setelah itu, oleskan krim mata yang akan membantu merawat mata pada malam hari.
  • Lindungi mata dari sinar matahari

    Kalau buat aktiviti siang hari pastikan guna sunblock atau eye gel untuk segarkan mata. Guna Kacamata (ala beli kat masjid jamek 10 hengget pun bleh dapat). Gunakan payung atau topi.
  • Cukup minum air putih

    Ini dapat mencegah dehidrasi
  • Banyak makan buah dan sayuran

    Kandungan mineral, vitamin pada buah merupakan nutrisi yang berguna untuk kecantikan mata, disamping juga bermanfaat untuk kulit dan kesihatan tubuh. Terutama, kandungan vitamin C pada buah atau sayur dapat membantu pembentukan kolagen 
  • Rehatkan mata

    Boleh menggunakan potongan kentang atau mentimun selama 10 minit  berguna untuk mengurangi lingkaran hitam. Untuk memperlancar peredaran darah pada mata, juga boleh  menggunakan ais batu dan diusapkan di sekeliling mata. Sebagai antiseptik untuk mata, masukkan daun sirih pada air panas, dan biarkan wap air mengenai mata Anda.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers