Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Sunday, December 11, 2011

Menguap Berjangkit


hoihhhh...ngantuknye yawnnnnnnn.. perasan tak 

kalau kat office memang aku mengantuk gila. pagi-pagi aku masih boleh tahan lagi tapi bila dah masuk tengahari nasi lauk-pauk semua dah masuk dalam perut , dengan keadaan office yg berecok lagi..perghhhhh memang mata ni macam digantung dengan lesung batu la..susah betul nak bukak.. duduk depan pc menguap berkali-kali...perghhhhhhhhhhhh... kalau dalam kereta lagi la..kalau aku menguap semua sibuk nak tiru kan..kalau sorang menguap memang tak sah kalau yang lain x ikut mesti semua menguap jugak... berjangkit ape???? persoalan aku ialah kenapa menguap boleh berjangkit atau contagious yawning?asal nak tiru aku..kenapa lepas aku menguap ko nak menguap jugak..??? haa kan bajet menguap tu hak milik aku sorang......meh sini kita baca bab saintifik- saintifik ni... aku ni medical term ni x faham sangat tapi yang ni simple punye term....
***********************************************************************************************************
Umum tahu menguap adalah proses yang tidak dapat dikawal (involuntary process) yang membuatkan kita  sedut nafas secara dalam, meregangkan otot di sekitar telinga dan diakhiri dengan hembusan nafas. Terdapat beberapa teori mengapa manusia menguap.

1. Teori fisiologi
Dikatakan menguap mampu menarik lebih banyak oksigen ke dalam badan dan membuang pembentukan karbon dioksida yang berlebihan. Persoalannya, jika menguap mampu menyedut lebih banyak oksigen, yang anehnya tidak pula kita menguap semasa sedang bersenam? Menurut kajian seorang saintis neuro, bekalan oksigen tambahan atau mengurangkan bekalan karbon dioksida tidak akan mencegah perbuatan menguap.

2. Teori bosan
Kita cenderung untuk menguap semasa kita bosan menunggu giliran membayar bil air atau bil elektrik di pejabat pos, berada dalam trafik kesesakan lalu lintas. Tetapi  teori ini tidak menjelaskan kenapa atlet suka menguap sebelum bermulanya pertandingan. Ini membawa kepada teori seterusnya..

3. Teori menyejukkan otak (brain-cooling theory)
Menguap sedikit sebanyak mampu membekalkan aliran keluar masuk oksigen ke dalam otak melalui saluran darah. Suhu otak akan lebih sejuk dan ini mampu membantu menajamkan fikiran dan seseorang itu kembali fokus. Secara tidak langsung, menguap membantu kita untuk lebih berjaga-jaga. Bayangkan jika satu kelompok menguap serentak, maka semua orang akan lebih alert sama ada dalam menentang musuh atau fokus di dalam kelas.

4.Kenapa menguap boleh berjangkit?
Sama ada kita melihat orang menguap, mendengar atau membaca tentang menguap, tidak semena-mena kita akan turut ikut menguap. Ini semua adalah keraan mirror neuron (neuron yang menyebabkan satu makhluk dalam satu spesis yang sama mengajuk perbuatan masing-masing). Jadi tidak salahlah jika dikatakan manusia itu suka meniru perbuatan orang lain kerana mereka memang dilahirkan, diimplantkan sebegitu.

Kajian mendapati mereka yang menghidapi penyakit autism (tidak mempunyai social skill yang baik) tidak banyak 'mangajuk' perbuatan menguap ini. Oleh itu, ini menyokong bahawa teori menguap berjangkit ini juga bergantung kepada keboleh upayaan empati (perasaan) seseorang.
5.Kepercayaan orang dahulu kala
Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greeks yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang tu menguap, dia akan ditimpa bahaya.

psttt*** tiap2 hari la macam tu ditimpa bahaya....bhahahaaahahaa... 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers