Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, July 26, 2013

nuzul Quran! hari yang Allah menurunkan ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW


nuzul Quran! hari yang Allah menurunkan ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW


Tanggal 17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang selalu diperingati oleh umat Islam. Pada tarikh inilah masjid-masjid dipenuhi dengan ceramah dan media massa terutamanya televisyen tidak akan terlepas menyiarkan rancangan atau kuliah sempena memperingati Nuzul (penurunan) Al-Qur’an. Majlis Tilawah Al-Qur’an juga tidak pernah ketinggalan diadakan bersempena meraikan bulan yang penuh keberkatan ini. Ratusan ribu dibelanjakan setiap tahun semata-mata untuk memperdengarkan bacaan Al-Qur’an oleh peserta-peserta yang bersaing merebut gelaran Qari atau Qari’ah. Pendek kata, pelbagai program tak putus diadakan sempena menyambut tarikh penurunan Al-Qur’an ini. Bagi kebanyakan individu pula, pada bulan inilah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Seperti yang di ketahui, Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
Memang benar bahawa setiap Muslim sepatutnya memperingati tarikh penurunan Al-Qur’an. Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk disampaikan kepada umat manusia. Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqân). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusiadan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)”  [TMQ al-Baqarah (2):185].
Seperti penjelasan Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan bahawa Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia; menjelaskan kepada mereka yang halal dan haram, berbagai peringatan dan hukum-hakam, serta pembeza antara yang haq dan yang batil. Al-Qur’an adalah huda (petunjuk), artinya AlQur’anlah yang seharusnya memandu dan memimpin kehidupan umat manusia. Al-Qur’an telah menjelaskan perbuatan  apa yang wajib dilakukan, mana  yang sebaiknya dilakukan, mana yang boleh dilakukan, mana yang sebaiknya ditinggalkan dan mana yang wajib ditinggalkan. Al-Qur’an juga menjelaskan apa yang boleh diambil dan apa yang tidak. Al-Qur’an adalah furqân (pembeza), artinya menjadi piawai yang menentukan mana yang haq dan mana yang batil. Oleh kerana itu, al-haq (kebenaran) adalah apa saja yang dinyatakan benar oleh Al-Qur’an dan al-bâthil (kebatilan) adalah apa saja yang dinyatakan batil oleh Al-Qur’an. Yang dituntut dari kita hanyalah menjadikan Al-Qur’an sebagai petunjuk yang memandu dan memimpin kehidupan kita; sebagai sumber hukum yang wajib kita ambil dan kita terapkan; juga sebagai sumber penyelesaian bagi seluruh masalah kehidupan kita.
KESIMPULAN
Sama-samalah kita menghayati apa itu Al-quran dan ayat2 yang terkandung di dalamnya..  Jadikan peristiwa Nuzul-alquran  ini suatu peristiwa besar yang penuh bermakna dan hikmah. kita seharusnya melihat al-quran itu sebagai kitab induk panduan ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.umat islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Allah yang tidak terhingga kepada umat Islam  akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjalan pahala seolah-olah beridadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan. Mari lah sama2 kita menambahkan harta akhirat. semoga diberkati olehNya... Amin...

copypaste : http://ahmadfaizar.blogspot.com/2012/08/salam-hari-nuzul-al-quran.html

3 comments:

Zura said...

Selamat hari Nuzul Quran ye Sheyla...

Nisha said...

Selamat Hari Nuzul Al Quran ^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

Ann Ishak said...

selamat bercuti panjang sekiranya bercuti la hiksss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers