Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Tuesday, March 15, 2011

Supermoon

Minggu lepas kita dah belajar berkenaan bumi. Hari ini ada kelas tambahan kerana ada satu soalan yang cikgu padlie terima daripada Ana. Soalannya berbunyi "en.padelie betol ke cuaca sekarang yang extremely raining and sunny punca daripada supermoon this 19thmarch?? ana dengar la.." 

Soalan tu betul-betul copy and paste tanpa sebarang suntingan. Nama cikgu pun salah heheh.. Cikgu nak bagitau awal-awal, cikgu padlie bukannya ahli astronomi atau astrofizik. Jawapan ni hanya berdasarkan pembacaan je.



Sebelum menjurus kepada soalan ni, ada baiknya kita berkenalan dengan satelit semulajadi bumi iaitu bulan ni terlebih dahulu. Besar ke bulan ni? Senang cerita saiz bulan lebih kurang satu per empat saiz bumi. Sains tu mudah kan.. Kita faham cara mudah cukup la.. Tak payah nak ambil nombor-nombor tu secara tepat.. Betul tak?




Bulan mengelilingi bumi. Satu orbit (pusingan) yang lengkap mengambil masa lebih kurang 27 hari. Bentuk orbitnya hampir bulat. Oleh sebab itu jarak bumi dan bulan tidak tetap. Kita lihat gambar diatas, yang menunjukkan wujudnya perigee dan apogee orbit bulan. Apogee adalah titik paling jauh orbit dengan pusat orbit iaitu bumi, manakala perigee adalah titik paling dekat. Maknanya di sini, dalam setiap 27 hari, bulan akan berada di perigee dan apogee sebanyak sekali. 

Jarak purata apogee adalah 405,000 km dan jarak purata perigee adalah lebih kurang 364,000 km. Sewaktu perigee, bulan akan lebih dekat jadi secara logik, sepatutnya sekali sebulan kita akan nampak bulan lebih besar daripada biasa.  Begitu juga sewaktu apogee, sepatutnya kita nampak bulan tu kecil la kan? Ada sesiapa pernah perasan?

Cikgu padlie percaya semua tak pernah perasan sebab bezanya terlalu kecil. Ops, ada pengecualian di sini, kalau kita nampak bulan tu besar waktu ia berada di ufuk. Itu adalah disebabkan ilusi optik. Mata kita menipu kita. Cikgu tak nak bagi penerangan lanjut (nanti makin melencong), murid-murid boleh rujuk di sini : Ilusi Optik Bulan.

Itulah sedikit pengenalan mengenai bulan. Kalau kita nak cerita pasal bulan, memang sampai ayam berbunyi pun tak habis cikgu nak cerita. Apa kata kita berbalik kepada persoalan asal iaitu Supermoon.

Istilah supermoon ini diberi oleh seorang ahli astrologi berkenaan kedudukan bulan dalam keadaan perigee sewaktu anak bulan atau bulan penuh (purnama). Ingat, ahli astrologi yang beri istilah ni bukannya ahli astronomi. Siapa ahli astrologi? Ahli astrologi ialah orang yang meramal peristiwa atau kejadian di bumi menggunakan kedudukan objek-objek di angkasa. Istilah mudah adalah tukang tilik nasib. Ramalan bintang (pisces, libra, aquarius dll) dalam majalah pun kerja dia la.. Haram baca tu..

Pada 19 Mac ini akan berlaku supermoon. Kecoh satu dunia tentang bencana besar yang akan berlaku. Betul ke ni? Sebenarnya bencana yang dihebohkan ini diramalkan oleh ahli astrologi. Islam bagi ke kita percaya ngan tilikan nasib?

Jarak bulan dengan bumi pada 19 Mac ini adalah 356 000 km. Ia adalah yang terdekat dalam 18 tahun ini. Tapi kalau kita tengok jarak ni, tak jauh beza pun dengan perigee biasa. Padlie tak pasti ada beza tak saiz bulan malam tu. Takpe, kita tunggu malam tu..

Apa yang berlaku masa perigee ni? Benda yang berlaku adalah perkara normal iaitu air pasang. Secara saintifik, adalah logik jika ketika air pasang, gempa bumi berlaku. Ini kerana sewaktu air pasang, tekanan ke atas plat bumi berkurangan. Maka plat boleh bergerak dan gempa bumi berlaku. Namun begitu, logik ini tidak dapat dibuktikan. Padlie pun tak jumpa lagi bukti berkenaan ini. 

Satu lagi yang menarik perhatian, waktu bulan purnama, ramai orang menghadapi masalah mental. Banyak kajian dibuat pasal ni dan dipercayai betul berlaku. Padlie pun turut perhatikan masalah ni dan dari pemerhatian tu memang ada betulnya. Wallahualam.

Berkenaan cuaca yang tidak menentu sekarang, ia disebabkan oleh musim peralihan monsun, fenomena La Nina dan lain-lain lagi.. Yang padlie pasti ia bukan disebabkan supermoon. Bab ni lagi best kalau ada orang Meteorologi yang terangkan.. Sebab diorang lebih faham.

Sebelum tutup cerita ni sebab ayam dah nak berbunyi, padlie nak share kejadian yang berlaku dan dikaitkan dengan supermoon.

2011 : Supermoon berlaku sembilan hari selepas tsunami Jepun 
2005 : Supermoon berlaku dua minggu selepas tsunami di Acheh 
1989 : Supermoon berlaku beberapa hari sebelum gempa bumi di San Francisco 
1886 : Supermoon berlaku beberapa hari sebelum gempa bumi di Charleston  
1883 : Supermoon berlaku tiga hari sebelum Krakatoa meletup.

Ni antara kejadian yang berlaku dan dikaitkan dengan bencana yang kononnya akan menimpa kita pada 19 haribulan ni.. Kajian dah dibuat dan kedudukan bulan pada masa kejadian di atas, gagal menunjukkan bulan bersalah dalam kes ini. Buang kes.

Kesimpulan di sini, kesan supermoon memang ada tetapi tidak besar. Perbezaan ketinggian air pasang dan surut mungkin meningkat lebih kurang 1%. Kebanyakan maklumat sekarang, berasal dari ahli astrology dan bukannya ahli astronomi, metereologi dan lain-lain. Perlukah kita percaya kepada ramalan sedangkan dalam Islam pun ada hukum pasal ni..

Diharap semua tak bimbang. Apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan untuk menguji kita.

copy paste tanpe diedit dr : http://ceritapadlie.blogspot.com/

1 comment:

SherilH said...

thanks for da great info... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers