Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, October 29, 2010

Perempuan Mesti Bace

peringatan pada kaum hawa. mesti baca( saper nak share silakan)

Amaran pd Kaum Hawa

Amaran pada Kaum Wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, Kes ni betul2 menakutkan.





Kesah ini betul2 terjadi kat Penang

Ingat lagi tak dgn kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??



Kisah nya..ada seorang perempuan ni berhenti dekat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak..sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar,seorang pekerja kat situ buat pngumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit..pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar..tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masaalah apa2 pun.. so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik..tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam..perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam...sebaik aje dia masuk kat dalam..dia mula marah kat pekerja tu..



lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya.. .nak tau apa?



sebenarnya masa perempuan tu dok isi minyak,pekerja tu nampak ada laki menyelinap kat belakang kereta perempuan tu dan pekerja tu dah pun telepon polis..



perempuan tu pun apalagi, takut la..dia pun try intai dan dia nampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia..



Sekarang ni..ada laporan yg mengatakan yg sekang ni ada gang yang amik body part orang pompuan..salah satu cara diorang adalah dgn menyelinap masuk kereta ornag perempuan masa perempuan tu tengah pump gas atau beli barang kat kedai TGH2 MLAM!!



kemudian,dia orang akan potong kaki perempuan tu untuk memudahkan diorang culik dan bunuh perempuan tu..



satu cara lagi pulak,dia orang akan masuk kedalam kereta yg tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang.

Semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yg sama di Hong Kong . Tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.



Sila panjangkan email ini pada sesiapa yg anda kenali.



Bagi kaum perempuan elakkan keluar bersaorangan diwaktu malam

Pakai Cincin, Potong Kuku

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam

Asal Usul Nama Pahang

PAHANG DARUL MAKMUR.

Sebelum terbentuknya kerajaan Melayu Melaka, seluruh kawasan Tanah Melayu dikatakan termasuk ke dalam kawasan kerajaan Pahang. Kerajaan Majapahit, misalnya, pernah menyebut Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja.

Pada zaman dahulu, Pahang disebut dengan pelbagai nama oleh penduduk tempatan mahupun penduduk tanah asing. Pengarang-pengarang Cina mengenalinya sebagaiPang-heng, Peng-Heng, Pang-hang, Pong-fong, Phe-hang dan berbagai-bagain lagi. Orang Arab dan orang Eropah pula menyebutnya sebagai Panm Pam, Phang, Paam, Pao, Poam, Phaan, Paham, Panham, Phaung dan Pahangh.

Dalam bahasa Khmer, perkataan ‘pahang’ bermakna ‘timah’. Pada masa dahulu banyak lombong bijih timah diusahakan di Pahang, terutama di sekitar Sungai Tembeling. Mungkin dari perkataan Khmer itulah timbulnya nama Pahang.

Dalam penulisan Melayu lama pula, Pahang dikenali sebagai Inderapura. Di samping itu, ada juga yang memberikannya gelaran Zamin Eran. Gelaran ini timbul berpandukanSyair Juragan Budiman. Kononnya menurut syair itu, Zamin Tauran merujuk kepada Kelantan, Zamin Ambar kepada Terengganu, dan Zamin Eran kepada Pahang.


Akan tetapi, mengikut cerita lisan, nama Pahang itu berasal daripada nama pokok, iaitu pokok mahang. Pokok  mahang berkenaan tumbuh di Kampung Tanah Nyior di Mukim Pedah, Jerantut.

Kononnya sebatang pokok mahang tumbuh di tebing sungai yang ketika itu belum bernama. Pokok itu tumbuh dengan cepat, menjadi sebatang pokok yang amat besar dan tinggi. Tidak ada pokok di seluruh negeri Pahang yang boleh menandinginya. Pokok mahang yang tinggi dan besar itu bukan sahaja dapat dilihat oleh penduduk di sekitarnya tetapi juga oleh pemerintah Pahang yang pada ketika itu bersemayam di Pekan. Pokok mahang itu juga dapat dilihat dari Laut Cina Selatan lalu dijadikan pedoman oleh nelayan-nelayan dan juga pedagang yang belayar di situ.

Pemerintah Pahang pada ketika itu amat risau dengan keadaan pokok mahang yang boleh dijadikan pedoman pelayaran itu. Baginda terus memanggil pembesar-pembesar negeri untuk masuk mengadap.

“Tujuan beta memanggil kamu sekelian ialah untuk menyelesaikan masalah pokok mahang itu. Beta bimbang kalau-kalau pokok itu dijadikan pedoman oleh lanun atau musuh kita untuk menyerang negeri ini,” titah baginda.

“Tuanku, petik pu merasakan pokok itu mengancam keselamatan negeri ini.” Jawab Bendahara.
“Kalau begitu, beta mahu pokok mahang itu ditebang agar lanun tidak menjadikannya pedoman untuk menyerang negeri ini,” titah baginda lagi.

“Patik sekelian bersetuju dengan pendapat tuanku itu. Esok patik akan mengarahkan rakyat negeri ini menebang pokok mahang itu,” kata Bendahara.

Maka esoknya canang pun dipukul untuk memberitahu rakyat jelata mengenai hasrat tuanku itu. Sesiapa yang dapat menebang pokok itu akan diberi hadiah yang lumayan.

Sejak berita itu tersebar ramailah anak muda dan tukang kayu yang gagah perkasa menawarkan diri untuk melaksanakan tugas tersebut. Akan tetapi, apabila mereka melihat pokok itu dari dekat ramai yang gementar ketakutan lalu pulang ke kampung masing-masing tanpa mencuba. Ada pula di kalangan mereka itu yang menganggap pokok itu keramat dan mungkin membawa bencana kepada penebangnya.

Setelah beberapa lama perintah tuanku disebarkan masih tidak ada seorang pun rakyat yang berani menebang pokok mahang itu. Akhirnya berita itu, sampai kepada batin tujuh beradik yang tinggal di Kangsa. Batin tujuh beradik itu berbincang sesame mereka dan bersetuju untuk menjalankan tugas menebang pokok itu. Mereka telah bersumpah akan terus menebang pokok itu walau apa sekalipun akibatnya. Mereka berasa, sudah tiba masanya untuk mereka berbakti kepada pemerintah.

Sebelum menjalankan tugas yang berat itu, mereka menyiapkan perkakas yang perlu dibawa. Mereka menempa sebilah mata beliung khusus dan melarik perdah atau hulunya. Beberapa hari kemudian beliung itu siap dan mereka bertujuh berkayuhlah memudiki sungai menuju ke tempat berdirinya pokok mahang itu.

“Kita dirikan pondok dan bermalam di sini,” kata batin yang sulung apabila mereka sampai di situ. “Kerja ini tidak dapat disiapkan dengan cepat.”

Adik-beradiknya mengangguk.




Esok, pagi-pagi lagi mereka telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas yang mencabar itu. Batin sulung membakar kemenyan sambil mengelilingi pokok tersebut beberapa kali untuk menghalau penunggunya, jika ada. Setelah upacara itu selesai, batin sulung terus menghayunkan beliungnya untuk melukakan kulit pokok mahang itu. Batin-batin yang lain melihat ikhtiar abang mereka itu dengan penuh debar. Apabila batin sulung letih, mereka bergilir-gilir menyambung kerja itu. Setelah hari jauh petang mereka pulang ke pondok untuk tidur dan berehat.

Pagi esok mereka meneruskan usaha itu. Setelah beberapa hari berusaha, akhirnya batin sulung jatuh sakit. Adik-adiknya berikhtiar untuk mengubatinya tetapi gagal. Batin sulung pun meninggal dunia. Mereka mengebumikan jenazah abang mereka tidak jauh dari pokok mahang itu.

Kini tinggallah enam orang batin meneruskan usaha untuk menebang pokok mahang itu kerana mereka telah bersumpah tidak akan berhenti sehingga mereka berjaya menumbangkannya. Mereka menghadap pokok itu secara bergilir-gilir. Beberapa hari kemudian seorang lagi batin jatuh sakit lalu meninggal dunia. Lima orang batin yang masih hidup tetap meneruskan usaha mereka. Namun, satu demi satu mereka ditimpa kejadian yang serupa. Akhirnya tinggallah batin bongsu sebatang kara.



“Kalau aku meneruskan tugas ini,aku juga akan mati seperti abang-abang aku," fikir batin bongsu. “Tetapi, kalau aku tidak meneruskan tugas ini tinggallah aku seorang diri di bumi ini tanpa saudara-mara. Lagipun, aku telah bersumpah untuk menjalankan tugas ini walau apa pun yang terjadi.”

Batin bongsu terus menebang pokok mahang itu seorang diri. Dengan takdir tuhan dia berjaya menumbangkan pokok yang besar itu. Sebaik saja pokok itu tumbang, batin bongsu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Batin tujuh beradik itu telah mengambil masa selama 40 hari untuk menumbangkan pokok tersebut.

Jenazah batin bongsu dikebumikan berdekatan dengan kubur batin-batin yang lain. Tempat itu dinamakan ‘Kubur Batin Tujuh’.

Pokok mahang yang tumbang ke arah sungai dengan bunyi bak guruh. Mengikut cerita orang tua-tua, di atas tunggul pokok mahang itu boleh diletakkan 40 hidangan. Pucuk pokok itu dikatakan tumbang ke arah Bukit Saamat. Batangnya melintangi sungai dan menghalang perjalanan pedagang-pedagang untuk mudik ke Sungai Tembeling. Oleh kerana itu, perahu mereka terpaksa berlabuh jauh dari situ. Di pengkalan itu terbangunlah sebuah bandar baru yang dikenali sebagai ‘Kampung Bandar’.

Sejak daripada peristiwa itu, sungai tersebut telah dinamakan Sungai Mahang. Akan tetapi, sebutan ‘Mahang’ itu lama-kelamaan bertukar menjadi ‘Pahang’. Seterusnya, negeri yang terbentuk di sepanjang sungai itu turut memakai nama Pahang, nama yang lahir dari pokok yang besar lagi tinggi itu.

mekasih pade admin i l0ve pahang... cerita ini diambil dalam group i love pahang dalam fesbuk...

Sumber:buku Salasilah Nama Tempat 
oleh Mohd. Roselan Ab Malek

Asal Usul nama Kuala Lipis



KUALA LIPIS

Kuala lipis terletak di kuala dua batang sungai iaitu Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Ada dua cerita bagaimana Bandar ini mendapat namanya.

Cerita pertama mengatakan bahawa nama Kuala Lipis berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang banyak terdapat di situ pada masa dahulu. Tumbuhan tersebut ialah serau lipis yang merupakan tumbuhan memanjat dan berbunga putih.

Menurut cerita kedua, nama Kuala Lipis berasal daripada perkataan ‘lepas’. Dahulu, sungai adalah alat perhubungan yang terpenting bagi masyarakat Melayu. Sungai Lipis dan Sungai Jelai membolehkan penduduk kampong di sepanjang sungai tersebut ‘lepas’ ke sana ke mari. Maksudnya, mereka bebas untuk ke mana-mana.

Jadi, apabila mereka berhajat untuk pergi ke bandar, mereka berkata; ‘Keh nok ke Kolepas (Kuala Lepas)’. Namun lama-kelamaan perkataan ‘lepas’ itu bertukar menjadi ‘lipis’ dan bandar itu pun dikenali sebagai Kuala Lipis atau Kolepih mengikut loghat orang-orang Kuala Lipis.


Kuala Lipis menggantikan Pekan sebagai ibu negeri Pahang pada Jun 1898. Pada 27 Ogos 1955, ibu negeri Pahang berpindah pula ke Kuantan. Bangunan Kelab Pahang (Pahang Club) merupakan bangunan kerajaan yang pertama di Kuala Lipis. Bangunan ini asalnya ialah rumah residen Pahang pada masa itu, Sir Hugh Clifford.

Istana Hinggap yang pertama dibina pada tahun 1926 pernah dijadikan kediaman pegawai British, kemudian menjadi kediaman Menteri Besar Pahang pertama, Datuk Sir mahmud Mat dan penggantinya, tengku Panglima Perang Pahang, Tengku Mohd Almarhum Sultan Zainal Abidin III.

Pada 20 April 1954, berlangsung pula di situ upacara perkahwinan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dengan Tengku Afzan Tengku Muhammad.

Di Kuala Lipis juga terdapat sekolah menengah yang tertua di Pahang iaitu Government English School (Sekolah Inggeris kerajaan). Sekolah ini asalnya sebuah rumah kayu beratap nipah dengan bilangan muridnya seramai dua belas orang. Pada tahun 1919, sekolah ini mendapat bangunan baru. Perasmian sekolah ini dilakukan pada 1929 oleh residen Inggeris pada waktu itu, Sir Hugh Clifford.


sumber  fb : i love pahang


** keh bange jadi orang pahang..nok2 lagi duk lepeh

Thursday, October 28, 2010

MAKANAN YG DILARANG UTK PENGANTIN PEREMPUAN

RASULULLAH S.A.W. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabilakamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar
)4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna

.Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKUTELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

senyum

Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman, tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah kita. Hati mana yang tidak tenang, apabila sedang dalam kekusutan kita masih lagi boleh tersenyum kepada rakan-rakan. Senyuman itu adalah sebuah ciptaan yang paling indah yang Allah pernah ciptakan, malahan senyuman juga adalah kuntuman-kuntuman indah yang sentiasa Rasulullah persembahkan.

Siapa tidak kenal dengan Muhammad bin Abdullah. Nabi Muhammad saw. adalah manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap, dan tingkah lakunya. Ada beberapa hal menarik pada diri baginda yang jarang diungkapkan oleh orang ramai iaitu mengenai senyum Rasulullah. Sepintas lalu hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti. Tetapi apabila dikaji sebenarnya senyuman Rasulullah memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah dalam misinya sebagai penyebar risalah Tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan baginda. Disebabkan itu, Rasulullah dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan baginda dicintai dan disegani oleh kawan dan juga lawan.

Para sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar, “Rasullullah s.aw tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya). Manakala seorang lagi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah s.a.w.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Cucu kesayangan baginda, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi, beliau berkata, “Aku bertanya kepada Ayahku( Saidina Ali ra) tentang adab dan etika Rasulullah s.aw. terhadap orang-orang yang bergaul dengan baginda. Ayahku mengatakan, ‘Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, beliau bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas…..”

Tambahan itu, Rasulullah walaupun dalam keadaan marah baginda tetap mempamerkan senyumannya, hatta kepada orang yang baginda tidak sukai. Perkara ini pernah direkodkan oleh Imam Bukhari disebukan bahawa Saiditina Aisyah r.a berkata, “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah. Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat”. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”. Kemudia Rasulullah bersabda “Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.”

Imam al-khataby ketika mensyarahkan hadith ini, beliau berkata, “Hadith ini dilihat dari sudut adab dan ilmu. Ucapan Rasulullah tentang diri Uyainah tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH. Ghibah ini berlaku diantara sebahagian orang dari umat islam terhadap sebahagian yang lain. Namun begitu, perlakuan baginda ini adalah menjelaskan dan mengungapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya. Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka baginda memperlihatkan wajah yang beseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda, agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya.” (Fathul Bari, 10/469).

Begitu indah akhlak Rasulullah, walaupun seseorang itu tidak disukai oleh baginda namun baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Oleh sebab itu Saiditina Ai’syah menkhabarkan bahawa sesungguhnya akhlak Rasulullah adalah aklak al-Quran, sepertimana yang direkodkan dalam hadith Sahih Muslim. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang Nabi dan Rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.

Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga sebuah senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 21, “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullullah itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu) bagi orang-orang yang mengharap(rahmat) ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH”

Malahan baginda Rasulullah s.a.w berkata, “Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah.” (Direkodkan Imam Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi)

Walaupun baginda adalah seorang insan mulia yang sentiasa mempamerkan senyumannya kepada orang ramai, namun dalam beberapa keadaan baginda tidak akan senyum. Lebih-lebih lagi apabila hukum-hukum Allah dipermainkan dan dilanggar oleh umatnya. Bukan sahaja senyuman tidak dihadiahkan, tetapi wajah baginda akan bertukar serta-merta menjadi merah kerana kemarahan. Menurut Saiditina Aisyah sepertimana yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, beliau berkata, “Pada suatu hari, Rasulullah baru kembali dari sebuah musafir. Sebelumnya aku telah meletakkan tabir di pintu rumahku dengan langsir tipis yang bergambar. Ketika baginda melihat gambar tersebut, Rasulullah terus mengoyakkannya hingga berubah rona wajah baginda, kemudian baginda berkata, “Wahai ‘Aisyah ! sesungguhnya orang yang paling keras siksanya di sisi Allah pada hari kiamat adalah orang-orang yang meniru ciptaan Allah”.

Selain itu, ketegasan baginda juga dapat dilihat dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim tentang seorang wanita dari kabilah Makhzumiyah yang telah mencuri. Kaum Quraisyh berasa binggung dengan permasalahan tersebut kerana mereka tahu bahawa hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah tangan pencuri tesebut harus dipotong (mengikut syarat-syarat yang ditetapkan). Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa dengan Rasulullah dan memohon baginda melepaskan wanita tersebut. Kemudian sebahagian dari mereka menyarankan agar Usamah bertemu dengan Rasulullah, kerana Rasulullah menyayangi Usamah.

Maka Usamah pun pergi dan berbicara kepada Rasulullah saw. untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Jadi kamu ingin memohon syafaat (pebelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?” Setelah mengucapkan ayat tersebut, baginda berdiri dan berkhutbah, “Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum kalian ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiar-kannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah!, sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.”

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah sebagai Ibrah dan dalam masa yang sama menilai hikmah yang ada disebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malahan dengan senyuman hati kita akan berasa tenang dan sentiasa disenangi oleh orang ramai. Manakala, bertegaslah dalam beberapa keadaan agar agama tidak diperkotak-katikkan.

sumber: fb iema ramly

7 keajaiban dunia

Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.

Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc

Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….


Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”

Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai

Kelas pun sunyi sekejap….

Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal “Biasa”….

Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.




aishhhh.... aku pun selalu tergolong lam insan2 cam ni...lau sebut sal keajaiban xpernah terlintas pun kat fikiran aku yang kebolehan aku untuk melihat, mendengar, menyentuh dan lain2 2 satu keajaiban...aku sanggup potong kuku la lau ade yg terfikir cam student kat atas 2...sorang pun x rase itu keajaiban...memang kebolehan2 2 boleh diexplain dengan sains tapi terfikir x kite dari mane mulanya seme2 2....


bayangkanlah kalau Allah S.W.T tarik seme keajaiban 2 dari diri kite....kita da x boleh melihat, mendengar, merase, menyentuh etc adakah kita masih rasa ser0nok mcm sekarang????? aku x dpt bayangkan lau Allah tarik salah satu nikmat 2 dari idup aku...sedangkan main tutup mate yg x smpai 15 minit 2 pun da mcm2 aku langgar, da mcm2 aku tendang da mcm2 rungutan aku, mcmmane agaknye lau aku ilang trus seme 2....iskhhhh x dpt aku bayangkan seme 2...


kalau tengok sekarang berape ramai sgt la yang bersyukur dengan keajaiban yang kite dapat 2...xpernah aku rase..mcm mane plak dengan aku?? pernah ke aku bersyukur dengan seme anugerah ni????


alhamdulillah atas segala kesempurnaan hidup ini....mungkin ini kali pertama aku ucapkan syukur atas keajaiban yg ade dalam diri aku... :( betape aku alpa  dengan anugerah yg diberi tuhan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers